19. Feena dan Sikapnya

6.5K 182 56
                                    

POV Shahfri.

Tanpa aku sedar, air mataku menitik saat melihat Chyra menangis melihat anak - anak kami memanggilnya.

Paling aku tak sangka, walau remuk mana sekalipun hati bekas isteriku itu, dia tetap memaafkan aku kerana sikap melampauku ini.

Hidup ini penuh dengan peluang.

"Peluang untuk awak, dah berkali - kali Shah." Chyra kesat air matanya.

"Maafkan saya Chyra. Awak tahu, awak wanita terbaik pernah saya ada." Aku tunduk, merenung tanah yang basah dengan bekas titisan hujan.

"Kalau saya wanita terbaik, kenapa awak tinggalkan saya dan pergi pada Feena? Bukan ke maknanya Feenalah yang terbaiknya?" Chyra seakan menyindir. Aku mengeluh berat.

"Awak tahu kan, saya ni jenis suka bertindak melulu tapi saya sedar kelemahan saya ni. Maafkan saya. Boleh kita mulakan kembali dengan nafas baru?" Aku cuba pujuk Chyra.

"Nafas baru?" Chyra senyum sinis.

"Nafas baru saya, adalah kebebasan hidup saya selepas dipersiakan awak." Tegas suaranya.

"Chyraaa.." Aku mati kata.

"Wake up, Shahfri. You mengigau lagi." Bahuku ditepuk kuat. Aku terpisat - pisat menggesek mata yang perit terkena pancaran cahaya lampu terang. Feena cekak pinggang, namun kelihatan sangat lain penampilannya.

"You nak ke mana ni? Sekarang jam berapa?" Aku kerling jam di pergelangan tangan. Pukul sepuluh malam, aku tertidur di ruang tamu lepas balik kerja, dan Feena berpakaian seperti mahu ke kelab malam.

"I nak jumpa kawan. Anak - anak you dah tidur. Kalau lapar, makanan ada I sediakan di dapur tu. Ok I dah lewat. See you soon!" Tanpa mendapat keizinanku, Feena sudah hilang di sebalik dinding konkrit. Bunyi derapan kasut tumit tingginya juga makin sayup.

Aku mendengus lemah. Apa yang tak kena dengan diriku sekarang? Kenapa makin kerap Chyra muncul dalam ingatan?

Mainan tidur barangkali mimpi bertemu bekas isteriku itu. Tak apa, bulan depan aku akan pulang, dan mungkin dengan memohon berjuta kemaafan darinya aku akan jadi tenang.

Dan Feena, apa yang berlaku sekarang? Aku langsung tak mampu nak menghalang ke mana saja destinasi Feena ingin tujui. Setelah berminggu tak bertegur sapa kes aku terpanggil namanya sebagai Chyra malam itu, dia memang dingin denganku.

Aku menapak ke tingkat atas, namun belum sampai ke puncak tangga lagi, aku sudah dengar dua beradik itu menangis teresak - esak. Sangkaku mereka hanya mengigau, sebelum aku terdengar Sofea memujuk Aiman.

"Ingat, jangan bagitahu daddy. Kalau bagitahu daddy nanti kita tak dapat jumpa mommy."

Aku matikan langkah. Ini bukan mengigau namanya. Mesti ada sesuatu yang berlaku pada anak - anakku.

Aku pulas tombol pintu. Serentak dua beradik itu diam tak berkutik.

"Pia? Aiman?" - Senyap.

Aku buka suis lampu. Kedua - dua mereka memisat mata.

"Jangan ingat daddy tak dengar. Kenapa menangis?" Aku duduk di kaki katil. Aiman pantas keluar dari selimut dan terus duduk di ribaku. Sofea masih mengurung dirinya di balik selimut tebal.

"Rindu mommy." Aiman makin kuat esakkannya.

"Kenapa ni sayang? Kan daddy dah cakap, tak lama lagi kita jumpa mommy. Dah jangan sedih lagi." Aku peluk Aiman kemas, dan kepalanya aku usap.

"I have something for you." Dalam bahasa inggeris pelatnya, Aiman ke meja dan hulurkan aku sebuah lukisan orang lidi yang terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa berambut hitam dengan headband reben warna merah jambu, serta dua kanak - kanak lelaki dan perempuan.

"How nice, tapi kenapa koyak ni sayang?" Aku ambil lukisan yang terkoyak dua itu, lalu aku sambungkan.

"Pia berebut dengan Aiman." Sofea yang dari tadi diam membatu dalam selimut tiba - tiba muncul dan memeluk belakangku.

"Apa ni berebut - rebut. Pia kenapa tak lukis sendiri?" Aku pandang wajah Sofea dengan pandangan tegas. Namun Sofea tak mampu menjawab soalanku itu.

"Dah, lukisan ni nanti daddy letak dalam frame. Oh ya. Ni siapa ya Aiman?" Aku tunjuk jariku pada Aiman, menelusuri wajah orang lidi perempuan yang senyum manis itu. Aku tahu, itu Chyra ibu mereka berdasarkan rambut hitam dan headband yang dipakai. Dan, koyakan itu betul - betul membelah wajah Chyra.

"Er.. Acik Feena." Sofea menjawab. Aku tergelak kecil. Entah apa agaknya yang budak - budak ni selindung dari aku.

"Tapi Acik Feena punya rambut warna blonde." Aku menduga.

"Aiman kan tak tahu color apa." Aiman sembam wajah di dadaku.

"Dah. Tidur. Esok ada kelas renang. Tak excited?"

"Yey boleh berenang esok! Daddy teman tido sini boleh?" Pinta Sofea dan Aiman serentak. Aku angguk lalu memeluk mereka berdua.

WAKTU mereka berdua sudah lena, aku selimutkan mereka agar lebih selesa. Saat itulah, aku perasan ada kesan calar di lengan Aiman. Aku belek pula lengan Sofea. Ada kesan yang sama, seperti dicengkam kuku.

Tapi aku tak pasti, apa yang berlaku pada mereka sebenarnya. Harapnya, itu cuma kesan calar kerana kenakalan mereka ingin membesar. Feena banyak mengadu, Aiman dan Sofea suka berebut barang, dan aku sendiri tahu kelakuan anak - anakku itu selama ini.

* * *

Menanti Feena pulang, bagai menanti kucing beranakkan arnab. Sudah jam tiga pagi namun Feena masih tak pulang - pulang. Puas ditelefon juga tak dijawabnya. Akhirnya, aku terlena sekali lagi di sofa di ruang tamu.

Suami mana yang tak risaukan isterinya dalam keadaan sebegini? Keluar hingga dinihari, entah bersama siapa. Feena, kenapa semata - mata silap panggil nama kau boleh balas pada aku sampai macam ni?

Aku berteka - teki sendiri.

Jam empat pagi, Feena pulang tergesa - gesa menanggal kasutnya namun dia bertengking di telefon. Entah bercakap dengan siapa. Setelah nampak aku yang berbaring di sofa, barulah diperlahankan sedikit suaranya.

Aku mengeraskan diri, berpura - pura masih lena.

"Tak payah acah busy. Macam I tak tahu dekat sana tengah lunch hour. Sekarang jawab soalan I. Mana duit I untuk bulan ni? Jangan sampai I balik sana and hebohkan semua benda pada diorang. Sekarang you dah merancang sampai macam ni, tiba - tiba liat you nak bayar I. Fuck la! Mana 15k I bulan ni? Hello? Hello! Fuckkkk!" Feena hempas telefonnya ke sofa.

"Feena? Kenapa ni?" Aku pura -pura baru bangun tidur sambil memisat mata. Sedangkan dalam dada aku dah berdebar - debar dengan pelbagai persoalan.

Feena mendengus, berat hati untuk bercerita.

"I dengar you sebut 15k tadi. Whats wrong?"

"Hm.. Share partner I dekat Butik Cherry n Mascara tu liat nak bayar I duit." Feena mengeluh berat. Telefon diambil kembali, dia bangun, mahu naik ke bilik tidur.

"Kenapa balik lewat? Kenapa I call tak dapat? You blocked call I ke apa? Pergi mana sebenarnya? Jumpa kawan? Really? Siapa je kawan you ada kat sini?" Aku hentam Feena dengan pelbagai persoalan. Feena kelihatan cukup rimas.

"I takde masa nak berdebat dengan you sekarang. Now shut the f up. I takde mood. Please." Feena terus panjat tangga, dengan kaki sengaja dihentak keras.

Aku diam. Malas mahu bergaduh teruk.

Walaupun begitu, hatiku berdebar - debar mahu mengetahui perkara sebenar. Apa kenanya dengan si Feena ni? Memang berubah 100 peratus sikapnya sekarang.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now