Aku termenung mendengar penjelasan pakar sakit puan, Doktor Mazidah tentang keadaan uterusku yang rosak selepas kemalangan tempoh hari. Walaupun sedang dalam fasa penyembuhan, tetapi kemungkinan besar aku sudah tidak mampu untuk mempunyai anak lagi akibat sebab - sebab tertentu. Wajah Shahfri terus terakam dalam kepala. Bolehkah dia menerima berita ini?
Dan entah kenapa, aku rasa usapan jemari Julia yang hangat menyentuh tanganku membuatkan aku rasa sedikit terpujuk.
"Remember Sahairah, focus on your health first. Hal - hal lain tu, kita sort out kemudian okay?" Doktor Mazidah turut memujukku saat melihat airmataku sudah mula berat di tubir mata.
"Yeah Im good. Lagipun memang my husband and I tak fikir lagi tentang itu buat masa ni. Cuma saya rasa tak selesa kat bahagian perut ni, sometimes ada rasa macam sharp pain for few minutes."
"Tengok image scan tadi nothing serious. Your uterine wall pun nampak okay walaupun bumpy and nampak scars sikit. Takde cyst, bloodclump or foreign body." Doktor Mazidah kembali melihat imej ultrasound scan di buku kesihatanku.
"I'll provide you some muscle relaxant and painkillers. Kejap I tanya your physician dulu boleh ke tak nak tambah ubat." Tambah Doktor Mazidah.KAMI berdua beriringan berjalan ke tempat parking kereta. Agak perlahan kerana kakiku masih belum mampu bekerja dalam full power mode. Masih terasa kebas dan nyeri jika berjalan terlalu lama.
"Akak, how come accident boleh rosak rahim pulak? Bukan selalu kalau uterine ruptured ni sebab pregnancy punya complication ke?"
"Kalau ikut report doktor, masa accident tu akak tersepit dekat pintu and tercucuk besi divider jalan. Tercucuk kat belakang tembus kt perut. Selalunya kalau accident rare jugak effect kat uterus, but yeah.. Shit happens."
"Kak Chyra jangan sedih-sedih tau? Let me treat you with the most delicious chicken rice in town." Julia menghidupkan enjin dan keluar dari kawasan parking dengan berhati-hati kerana petak parking di hospital itu tidak mesra kenderaan bersaiz mpv.
"Akak ni bertahun dah duduk Kuantan ni Julia. Celah mananya ada kedai nasi ayam yang sedap? Tell me tell me." Aku tergelak. Seingat aku memang ada satu kedai makan yang menyediakan menu utama nasi ayam yang memang sedap. Itupun di jalan Pekan-Gambang. Satu kerja pula nak memandu jauh semata nak makan nasi ayam sedap. Tak kuasa aku.
"Akak chill je. Saya membesar dekat kuantan tau? Rumah atuk saya dekat Beserah tu aje. Setiap kali raya mesti balik Kuantan okay." Julia tersengih memandangku.
"Yelah Ju. Cepat. Lapar teruk ni." Usikku.DAN kami end up hanya makan nasi ayam di The Chicken Rice Shop. Bolehlah. Aku pesan nasi ayam dengan ayam madu dan sepiring pai tee manakala Julia memesan mi wantan bersama ayam cendawan.
"Julia, akak tanya sikit boleh?" Aku cuba berbual sementara menunggu pesanan kami siap.
"Apa dia kak?"
"Ju dengan Daniel okay tak?" Tiba-tiba aku rasa kesal. Terlalu awal ke untuk kutanya soalan itu? Kerana wajah Julia yang tadinya ceria berubah suram.
"Its okay. Akak minta maaf. Ju tak payah jawab."
"Kitorang dah putus tunang lepas dia accident haritu." Kata Julia dengan suara perlahan."Akak tahu. Cuma, hubungan korang okay tak?"
"Okay je kak. Mana tahu satu masa nanti kalau ada jodoh, then adalah. Taknak kecewa sangat." Julia segera menjamah mi wantannya yang masih berasap, sebaik makanan itu tiba ke meja makan kami."Akak tahu tak, Daniel banyak cerita tentang kawan - kawan dia termasuk akak."
"Oh really? Apa yang dia cerita pasal akak?" Aku sedikit teruja. Baik atau buruk agaknya.
"Banyak. Dia cakap akak kawan baik dia tapi banyak kali tarik tali tak dapat-dapat jadi girlfriend." Julia ketawa hambar. Aku pula merasakan ada ketegangan disitu.
YOU ARE READING
Happy Reunion
RomanceSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.