25. Mampukah Menakhluk jiwa yang Hancur?

5.2K 158 17
                                    

Aku nak ke mana ya lepas keluar dari hospital ni? Ibu belum balik dari Belgium dan sekarang tak ada sesiapapun tahu aku terlantar di sini, atau kata lainnya aku tak mahu mereka semua tahu tentang perkara ini.

Daniel ditahan sebab dia jadi suspek menikam aku? Kenapa dia tak berbincang denganku tentang perkara ini? Aduh. Aku tahupun sebab ada nurse di sini yang bagitahu. Kasihan Daniel. Aku sendiri pun tak sedar waktu aku buat tu. Minta simpang. Aku tak mahu mati lagi, sumpah. Ada lagi insan yang masih memerlukan aku, kalaupun anak - anakku sudah tiada.

Daniel, ya Daniel memerlukan aku. Aku tahu dia lama memendam rasa bila aku sentiasa main - main dalam membuat keputusan. Berapa tahun lagi aku mahu dia menunggu?

Pengorbanannya selama ini, dan yang terbaru ini, betul - betul buat aku terbuka hati untuk menerima lelaki dalam hidupku semula. Setelah aku gagal bersama Shahfri dan tentu sekali, dengan Farhad. Baru nak buka hati? Selama ni aku beri harapan palsu maknanya kan? Kasihan Daniel.

SUDAH berkali - kali aku cuba menelefon Daniel mahu minta dia datang bawakan yoghurt kegemaranku, tapi panggilan tak berjawab. Seakan telefonnya dimatikan.

"Hai Chyra, you dah okay ke?" Aku kerut dahi. Mendengar suara itu buat luka di perutku bagai mahu terburai semula.

" Julia?" Aku sedikit kaget kala memandang wajahnya. Jujurnya aku tak berapa cam jika dia berpakaian sebegitu.

"Yes it's me. How are you Chyra?" Aku sedikit ragu - ragu dengan kebaikan Julia itu. Dia pernah membelasahku sampai luka - luka, tiba - tiba datang bagai tiada apa yang berlaku antara kami.

" Uh, erm okay je. Thanks datang melawat. " Aku senyum paksa, rasa janggal dalam suasana sebegini .

"Welcome. Ni I ada bawakan makanan sikit. Boleh I suapkan you?" Julia senyum manis. Aku tak berapa yakin sebenarnya, tapi entah kenapa aku boleh mengangguk.

"Mana you tahu I kena warded?" Aku tak mampu menahan diri untuk bertanya. Julia hanya jawab dengan senyuman.

"Ni ada bubur ayam dengan nugget." Julia buka bekas makanan dan ambil sudu, bersedia untuk suap aku.

"Mana Daniel?"

"Mana I tahu. Kenapa? Dia tak ada datang jumpa you ke?" Dahi Julia berkerut. Aku hanya jungkit bahu. Buat apa aku tanya pada Julia, orang yang Daniel benci?

Dalam keraguan, aku nganga juga mulut saat Julia suap aku makanan.

"Thanks Julia." Aku rasa janggal. Mana tidaknya, kami mana pernah berkawan. Tiba - tiba dia datang melawat siap suapkan aku makanan. Yang peliknya, aku boleh telan pula tu.

"Bila boleh check out ni Chyra? I sebenarnya datang bukan saja - saja setakat nak melawat." Julia letak bekas berisi bubur ayam ke atas meja.

"Habis tu?" Aku mula rasa tak sedap hati. Apa pula kali ni?

"I ingat Daniel ada datang bagitahu you. Mungkin tak sempat kot. Busy dengan preparation." Julia senyum, tapi aku nampak dia bahagia.

"Preparation apa?"

Dag dig dug~ Jantungku mula berdebar hebat.

"Tak lama lagi kami nak bernikah. Alhamdulillah akhirnya urusan kami dipermudahkan juga. I nak minta maaf pada you Chyra. Sebab selama ni selalu salah anggap yang you nak rampas Daniel. Tapi ternyata Daniel memang mahukan I sorang je. You guys pun cuma kawan baik je kan sejak universiti? Maaf tau, I insecure and salah faham hal ni."

"Oh. Tahniah." Aku senyum, meski dalam hati sudah meraung banjir kilat. Tanganku menggeletar. Nafas rasa sesak.

"Thanks. You cepat sihat. Boleh datang majlis I tau?" Julia pegang jemariku. Aku hanya mengangguk lemah.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now