" Shah. Kamu betul - betul dah maafkan isteri kamu ke? Ibu nampak Shah macam tertekan sangat lately. Kamu berperang dengan perasaan sendiri ke Shah? Shahfri baru keluar dari bilikku, membetulkan selimut dan mencium dahiku.
Mataku buntang. Aku yang asalnya hanya pura - pura tidur kerana tak mahu bersemuka dengan Shahfri mula rasa tak semena. Aku menanti jawapan dari Shahfri dengan penuh debaran.
"Eh ibu. Sikitpun Shah takde simpan marah kat Chyra. Shah penat sebab hal ladang je bu. Tu nampak macam stress. Audit sana sini. Tu nampak penat sikit. Nak ikutkan, salah silap Shah kat Chyra pun banyak je dulu. Kesian dia. Haa, Chyra okay ke tak ni bu? Awal dia tidur. Baru jam 9."
Dalam gelap malam, melalui pintu bilik yang sikit terbuka aku lihat sesekali Shahfri memandangku. Hmm. Masih kacak dan sasa dan kemas bergaya walaupun dalam keadaan stress. Sangat segak dan santai berseluar jeans dan t-shirt band 70an Pink Floyd. Tapi cepat - cepat aku padam rasa yang hampir cair itu. Benci.
'Amende pulak nak berborak depan bilik aku ni. Bising bodoooo.' Aku mendengus geram dan mengiring ke arah bertentangan.
"Chyra okay. Ada progres. Dah mula tanya - tanya ibu itu ini. Tapi memang dia masih confused. Kena slow-slow approach dia." Terang ibu.
"Bila lagi appointment dia ye?" Shahfri membuka planner dari telefon bimbit, memerhati jadual dan sebagainya.
"Lagi tiga hari. Tak sempat dengan kamu kan?"
"Shah boleh ambik cuti ibu. Tapi esok memang nak kena balik ladang."
"Ibu kesian kat kamu sebenarnya Shah. Jauh jugak nak ulang alik Kuantan KL. Dengan sibuk kerja lagi."
"Dah tanggungjawab Shah sebagai suamikan. And Shah takde rasa beban sikitpun. Shah sayang sangat dekat Chyra." Aku mencebik mendengar suara Shahfri yang kian menjauh."Dah, jom makan dulu. Ibu masak singgang ikan tenggiri je ni. Takde masak beria. Tapi Chyra yang request nak makan tadi."
"Alhamdulillah dah boleh request nak makan apa. Happy Shah dengar."Dalam aku rasa menyampah pada Shahfri, akhirnya aku benar- benar tertidur.
JAGAKU di awal pagi diransang oleh rasa sakit menyucuk yang keterlaluan di kaki kiriku. Spontan aku duduk dek rasa sengal dan bisa menjalar ke seluruh kaki silih berganti. Air mataku sudah mula merembes turun membasahi pipi. Kenapa aku rasa sakit sangat ni.?
Aku lihat Shahfri tidur menekup wajah di hadapan laptopnya yang masih menyala tapi hanya memaparkan gambar perkahwinan kami berdua. Aku kerut dahi. Sudahlah memandu jauh, larat pula dia tidur duduk di meja belajar aku.
"Aduhhh." Aku mengerang sakit saat rasa sengal itu berada di kemuncak. Eranganku membuatkan Shahfri terjaga dan segera mendapatkanku.
"Sayang? Are you okay sayang?" Shahfri memegang bahuku dan memerhati atas bawah tubuhku.
"Nampak macam tengah okay ke ni?!" Aku tinggikan suara dalam esakan. Namun wajah Shahfri sikitpun tidak menunjukkan dia terluka denganku. He's pretty neutral on everything right now.
"Right, Bie faham. I'll go get your medicines okay? Tunggu sekejap. Tahan sikit sayang." Tuturnya dan segera ke laci meja untuk mengambil ubatanku.
"Ubat mana ye?" Shahfri garu kepala.
"Hah?"
"I mean, ubat saraf or ubat tahan sakit?" Shahfri ulang soalan dengan pendekatan berbeza.
"Bagi jelah dua - dua." Dengusku
"Okay sayang. Tunggu kejap ye." Ubat bertukar tangan. Segera Shahfri hulurkan segelas air masak untuk aku minum selepas memakan ubat.AKU membiarkan Shahfri mengurut tapak kakiku dengan lembut. Bau cool counterpain menerawang ke segenap bilik. Aku hanya memandangnya kosong. Yang ada dalam kepala aku sekarang hanyalah Daniel dan cara untuk aku lepaskan Shahfri dari hidup aku.
"Kenapa awak taknak lepaskan saya ye?" Tanyaku dengan suara mendatar. Tidak bertenaga untuk memulakan pergaduhan. Tapi, aku nak bergaduh. Aku memang mahu Shahfri sakit hati denganku.
" Kenapa pulak Bie nak lepaskan Sayang? You're my wife, always my wife and forever my wife." Shahfri mengeluh perlahan. Mungkin dia rasa aku sudah mula mahu mencari pasal. Sejak hari pertama aku sedar dari koma lagi memang aku sudah menyerang dia bertubi - tubi.
"But I dont love you." Aku balas pantas. "Not anymore."
"Sayang ingat lagi hari pertama kita declared as couple? Masa sayang masih lagi budak intern." Shahfri tersenyum sendiri menampakkan sedikit barisan gigi putihnya yang tersusun rapi. Apa yang aku royankan tidak dipedulikannya."Ingat. Tapi paling ingat bila awak kahwin dengan my ex-bestfriend si Feena and duduk kat Ireland. Situlah mulanya yang saya jadi benci awak. Sebab anak - anak meninggal di tangan awak." Aku tahu walaupun Shahfri sudah menerangkan berkali - kali bahawa akulah yang sebenarnya kemalangan hingga meragut nyawa anak-anakku.
Dan, disokong pula dengan kehadiran Daniel menghulurkan cebisan artikel akhbar tentang kematian mereka waktu itu. Memang anak - anakku kemalangan bersamaku, bukan Shahfri.
"You knew its not true. Bie kenal Feena tu pun tidak ye. Nak berjumpa apatah lagi. Dah macam mana lagi Bie nak explain benda ni sayang?"
"Tahu. Apa yang saya tulis untuk Doktor Jeslina review haritu pun tak boleh diterima akal waras walaupun pada mulanya saya rasa dunia saya sekarang nilah yang tipunya." Aku senyum hambar. Shahfri balas senyumanku.
"But, what on freaking hell yang saya benci betul kat awak sampai lari dari awak bawa anak - anak?" Suaraku kembali tegas.
"Nanti Bie explain ye sayang. Takkanlah sekarang pukul empat pagi Bie nak story benda - benda camtu. Dengan sayang confirm taknak percayanya. Malaslah Bie."
"Susah sangat ke nak cerita? Tak kisahlah saya nak percaya ke tak." Dengusku. Geram juga dengan orang yang suka main tarik tali ni.
"Regarding to your mental stability sekarang, yes. Memang susah untuk Bie explain anything."
"Boring. Dahlah. Nak tidur." Aku tutup kakiku dengan selimut, menghentikan segala aktiviti mengurut Shahfri. Lelaki itu akur, mencapai tiub krim counterpain lalu disimpan di dalam laci meja. Kemudian dia ke tandas untuk mencuci tangan.
"Can I sleep beside? Bie tertidur kat meja, sakit betul tengkuk." Mata Shahfri terarah ke bahagian di sebelahku yang kosong tak berusik.
"Sure, but don't you dare to touch me." Tegasku dan aku terus mengiring ke kanan, tak mahu memandang Shahfri. Shahfri tidak menjawab, sebaliknya aku terus rasa berat tubuhnya berpindah ke sebelahku.
Mataku terkebil - kebil memandang lampu kecik yang bernyala malap di meja study. Nak mula dari mana? Nak percaya setakat mana? Apa limitasi fantasi dan realitiku? Apa lelaki asing ni buat sebelah aku ya? Aku rasa takut pula untuk tidur.
"Jangan fikir bukan-bukan please? Im your husband tau? Dah, pejam mata. Siang nanti sebelum balik Kuantan Bie bawak sayang jalan sekejap. Now tidur." Aku dengar Shahfri baca doa tidur, sebelum akupun turut terlena sama.
Tidurku lena,gelap tanpa sebarang mimpi. Tenang dan damai. Tapi aku tahu, masih panjang perjalananku untuk mengenal kembali siapa yang telah aku lupakan sepanjang aku di alam satu lagi itu.
YOU ARE READING
Happy Reunion
Roman d'amourSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.