10. Peluang

11.8K 234 81
                                    

"Ibu. Dari kecik Chyra terpaksa tanggung semua ni tapi Chyra pendam je bu. Sekarang anak - anak Chyra dah dibawak jauh. Apa Chyra nak buat?" Aku menangis di riba ibu namun ibu hanya termenung kosong, menyesal mungkin?

"Ibu, tolonglah guide Chyra. Stop dengan kesibukan ibu tu! Chyra ni satu - satunya anak ibu tahu! Cukuplah ibu, please." Aku pegang wajah ibu, namun pandanganku kian kabur. Apa yang berlaku lagi ni? Aku mahu gapai ibu namun bagai ada kuasa menarik ibu jauh dariku. Ibu!

"Tolong babe, I dah mandikan dia tadi tapi dia still tak sober lagi. Dari tadi merengek menangis. Tak sampai hati dah mendengarnya ni." Aku dengar suara Daniel sedang bercakap di talian. Dia mandikan aku? Aku di rumah Daniel? Kejap, Daniel betul - betul wujud sekarang? Bukan imaginasi mabuk aku je ke?

"Uhh Dani."

"Rest Chyra. Baring je. Takyah nak cakap apa - apa." Daniel usap rambutku lembut. Sebelah tangannya masih memegang telefon.

"Dia dah sedar kot Hana. Takpe nanti I cuba cari vanilla ice cream as suggested. Kot boleh reduce cepat alcohol level dalam badan dia ni." Daniel tamatkan panggilan.

"Chyra, cocktails tu kita minum untuk have fun, santai - santai je tahu. Yang you pergi minum sampai mabuk teruk ni kenapa?" Daniel memicit dahiku saat terlihat aku seperti sedang kesakitan.

"I nak mati. Taknak dah hidup derita macam ni. Semua yang I sayang dah pergi dari hidup I." Aku mengongoi menangis sambil dipeluk Daniel. "Stop it Chyra. Rest dulu.  Tenang. I carikan something untuk buat you rasa selesa." Daniel keluar meninggalkanku.

Di mana aku sebenarnya ya? Di apartment Daniel? Aku yakin sekarang aku sedang berbaring di atas katilnya. Bau wangian di tubuh Daniel terpalit juga di cadar, tilam, comforter dan bantal - bantalnya. Bau maskulin. Wangi. Buat beberapa detik, aku rasa selesa dengan bauan ini. Rasa seperti aku sedang berada di 'rumah'.

Aku angkat kepala, terasa berat. Namun gambar berbingkai yang diletak atas meja di sebelah katilnya mencuri perhatianku.

Dia masih simpan gambar lama sewaktu kami di kolej? Air mataku tiba - tiba bergenang.

 Gambar yang di ambil sewaktu jamuan  tema kasual,  sebelum masing - masing sibuk dengan projek akhir tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Gambar yang di ambil sewaktu jamuan  tema kasual,  sebelum masing - masing sibuk dengan projek akhir tahun.

Aku capai frame gambar itu, mengusap wajah Daniel yang tersenyum polos.

"Gambar tu nampak I paling kacak bergaya kan? Sorrylah kalau you ingat I simpan gambar tu sebab tu je gambar kita berdua. No, I dah move on lama dah lepas you nikah." Nada Daniel berubah penuh emosi. Aku masih tak mampu memproses sepenuhnya, kepalaku masih berat bagai mahu pecah.

"Nah, makan ni. Vanilla ice cream untuk you. Your favorite kan?" Daniel duduk di sebelahku sambil membuka penutup aiskrim. Dicedok sesudu lalu aiskrim sejuk itu disua ke bibirku. Aku buka mulut, membiarkan rasa sejuk aiskrim itu melingkari seluruh ruang mulut.

"Rasa lega kan?" Daniel senyum manja. Aku turut rasa tenang melihat wajahnya. Senyum manja yang memang sudah jadi kebiasaannya tak kira bersama siapa senyuman itu dihadiahkan, pernah jadi satu senyuman yang aku paling menyampah suatu ketika dulu.

"You dah okay nanti, ceritakan pada I semua yang berlaku. Boleh?" Daniel menyuap lagi aiskrim ke mulutku. Aku tak memberi respons, angguk tidak menggeleng pun tidak.

"Itupun kalau you masih anggap I sebagai kawan you." Daniel senyum sambil menyeka airmataku yang bertakung di tubir mata.

"You tak pernah move on sebenarnya kan? I tahu, you dari dulu memang ada simpan perasaan pada I. Sampai sekarang, kan?" Aku cuba membaca air muka Daniel. Namun dia tetap berwajah selamba, namun sedikit bagai ditekan emosi.

"Budak tadika pun tahu apa maksudnya penantian sia - sia, Chyra." Daniel tunduk.

"Uhhh, sakit." Aku memegang kepala.

"I dah cakap, rest aje. Fikir lagi benda heavy macam ni nak buat apa." Segera dia baringkan aku semula.

"Cuba tidur sikit lagi. Nanti kita keluar makan, bincang apa yang patut." Arah Daniel.

"Baby! Mana pergi semua barang - barang I?" Aku yang baru mahu pejam mata, kembali buntang saat mendengar suara perempuan menjerit keras.

Seorang gadis berskirt pendek dengan tube top warna vibrant kuning berdiri cekak pinggang di muka pintu bilik.

"What the fuck?" Gadis cantik tinggi lampai itu menengking.

"Julia, jangan semak boleh tak? Kawan I tengah sakit ni. Dahlah main masuk je rumah orang, nak memekak pulak." Daniel bangun dan segera menuju ke arah gadis yang dipanggil Julia itu.

"Kawan? Ingat I bodoh? Sekali tengok terus kenallah, minah ni yang ada dalam gambar you tu. Yang you puja - puja sangat sampai mengigau tu. Padanlah nak tinggalkan I! Sebab dah dapat dia ni rupanya!" Julia masih tak berpuas hati. Dapat sental aku lagi dia puas agaknya.

Aku mengeluh. Drama apa pula kali ni yang akan berlaku?

"Don't worry. I tak buat apa - apalah dengan bf you ni." Aku cuba bertapak turun dari katil, mahu keluar dari rumah Daniel. Seluruh tubuhku rasa lemau, otakku seperti meloncat menghentam tengkorak yang melindunginya. Tiada masa aku mahu fikirkan masalah jantan betina ini.

"Stay je situ Chyra. Perempuan ni yang gila apa tak tahu tiba - tiba masuk tanya barang dia. Buat macam rumah sendiri. Dia ni memang dah takde kaitan langsung dalam hidup I." Daniel mendengus.

"Takkan sikitpun takda rasa sayang pada I, Dani? Sebab hal hari tu je you nekad nak tamatkan hubungan kita ni? Cepat betul you move on." Julia makin mengendurkan suaranya. Aku mengeluh, bosan.

"Keluar! You yang mintak semua jadi macam ni, nak play victim pulak." Daniel halau Julia, kali ini perempuan gila itu  akur untuk keluar. Selebihnya, mungkin mereka berbincang di luar rumah agaknya. Lama juga Daniel diluar. Aku  menjenguk sedikit.

Aku geleng kepala. Ya Tuhan, janganlah aku dilibatkan dengan masalah lain pula selepas ini.

"Sorry Chyra, tu Julia my ex girlfriend yang dah putus setahun lebih tapi masih nak cari pasal lagi. Ada juga I beri peluang, tapi dia sia - siakan. I tak cakap banyak lepaskan terus. Malas nak bukak peluang yang sia - sia dah."

Aku terdiam mendengar Daniel menyebut tentang peluang. Ya. Peluang yang diberikan kadangkala tak dihargai sebaiknya juga. Sama macam kisah aku dan Shahfri. Teringatkan Sofea dan Aiman, aku sebak.

"Peluang tu, tak sentiasa ada, kan Chyra?" Daniel usap bahuku.

"Sekarang You rehat cukup-cukup." Daniel selimutkan aku.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now