Aku lebih banyak mendiamkan diri di dalam kereta. Manakala Daniel pula bersiul - siul dengan riangnya selepas berjaya cium aku setelah beberapa tahun aku abdikan diri dengan seorang Shahfri yang tak berguna.
Tanganku ditarik perlahan, aku tepis. Tapi hati aku sedikit berbunga. Akhirnya Daniel luahkan juga apa yang terpendam di hati. Bukannya menyorok dan main tarik tali hingga aku hilang keyakinan padanya. Perasaan ini cukup indah walau beribu masalah bersarang di hati. Adakah ini normal ya?
"I tahu you lapar, sebab tu you diam." Daniel melirik aku dengan ekor mata. Tanganku ditarik lagi, aku tepis lagi.
"Motif?" Aku kerut dahi. Tiba - tiba saja kata aku lapar.
"Dulu kalau you lapar terus you badmood. Perasan tak I selalu yang akan makesure ada makanan untuk you kalau you lapar masa kita camping or ke mana - manalah. Bukan Herri, bukan Yusry, bukan Malcolm. Tapi I."
"Thanks, Daniel." Aku malas nak mengenang memori lama sebenarnya. Aku nampak apa yang Daniel buat pada aku sejak dulu lagi, tapi sengaja aku nafikan. Dia bukan taste aku. Itu saja alasannya.
"So nak makan apa?" Tuturnya lagi.
"Teringin kfry punya Japchae."
"Baik boss." Daniel senyum manja. Senyum yang dulu aku meluat gila. Sekarang aku rasa bahagia dengan senyuman tu.
* * *
Ubah plan saat lapar tahap mahadewa tu adalah perkara biasa bagi seorang perempuan. Risau Kfry IOI mall Putrajaya tu full dalam keadaan aku lapar seperti ular sawa sekarang, so aku decide ke restoran lain je, makan chicken chop. Daniel pula pilih untuk makan satay arnab yang harga yahudi rm2.50 secucuk tu.
"You sanggup makan arnab yang macam cute macam kucing tu?" Aku pandang Daniel yang melantak satay arnab macam tak jumpa makanan seminggu.
"Dah cucuk kat lidi, mana nampak jasad lagi dah. And peduli apa i arnab ke buaya ke. Janji sedap." Jawab Daniel selamba.
"Itulah manusia. Kalau diibaratkan perempuan ni satay arnab, lelaki peduli apa, sebab sedap so dia akan dapatkan jugak satay arnab tu. Kalau tak sedap, buang camtu je." Aku sekali lagi jadi beremosi. Sos cendawan yang melitupi chicken chop aku kikis pakai sudu kemudian aku suap ke mulut.
"Chyra, I faham you tengah depressed. Tapi janganlah samakan diri you dengan satay pulak. And please jangan samakan I dengan mana - mana lelaki yang you pernah kenal. Boleh tak?" Daniel hulur secucuk sate arnab pada aku, yang sudah dicicah kuah kacang. Aku menolak.
"Cuba rasa dulu sebelum judge I jahat sebab makan arnab yang cute." Satay disua ke mulut aku. Mahu tak mahu aku kunyah juga. Sedap! Lebih sedap daripada satay ayam. Aku minta secucuk lagi. Daniel ketawa sambil mengusap rambutku. Dia melayanku hingga aku betul - betul kenyang.
"Sayang, I nak bayar sekejap then nak ke toilet. Ambik kunci ni, you masuk kereta dulu okay?" Aku mengangguk dengar arahan Daniel. Perkataan 'sayang' laju saja meluncur keluar dari mulutnya seolah - olah cukup lama dipendam untuk meluahkan.
SEMENTARA Daniel ke tandas, aku menapak ke kereta Honda Civic Daniel sebelum menoleh setelah bahuku ditarik seseorang. Belum sempat aku bersuara, terus pipiku ditampar keras. Kali kedua mahu ditamparnya aku, sempat aku cengkam pergelangan tangannya.
"Kau siapa bangang? Tiba - tiba tampar aku ni?" Aku pandang wanita itu berkali - kali. Cuba mengingat entah drag queen mana yang tak puas hati dengan aku ni. Muka macam familiar tapi siapa ya?
"Oh dah tak kenal? Memanglah, masa tu baru lepas kongkek dengan boyfriend aku kan. Mana nak ingatnya. Kau ingat kau bagus sangat? Nak merampas - rampas hak orang ni?"
"Oh kau Julia betina yang tak boleh move on tu ye?" Sebelah tangannya mahu menampar aku lagi namun sempat aku cekak juga. Julia menggeliat mahu melepaskan diri.
"Lepaskan aku celaka! Puihh!" Julia meludah, sikit lagi mahu terkena di batang hidungku.
"Bodoh punya betina!" Aku tolak Julia. Kali ini dia ambil kesempatan memijak kakiku yang bersalut sneaker Vans, dengan heelnya setinggi sembilan inci itu.
"Janda bangang, kau jangan ingat kau menang bila Daniel aku rapat dengan kau. Kitorang ni memang dah berikatlah! Jangan ingat kau ada peluang nak rampas bakal suami aku!" Julia hentak handbagnya ke kepala aku. Aku mula berpinar, terkena bucu keras handbag Julia.
"Eii bodoh. Tak puas hati pergi serang Daniellah celaka. Yang kau hentak aku ni apahal? Yang reject kau Daniel, aku takde kaitan hanat." Aku menyumpah seranah. Sakit hati dengan Julia. Aku tekap kepala yang terkena bucu beg Julia tadi dengan tangan. Rasa seperti ada cecair hangat mengalir dari situ.
"Aku tahu kau yang hasut dia, janda murahan!" Julia sempat menyepakku sekali sebelum berlalu tanpa sikitpun rasa bersalah.
Aku tak menerima sebarang bantuan lain, memandangkan Daniel parking keretanya agak jauh dari kawasan restoran. Yang menerpa aku adalah Daniel sendiri.
"Chyra you kena ragut ke apa ni? Damn dahi you luka berdarah sayang. Kita pergi report polis jom!" Daniel cukup panik melihat aku yang tercedera. Aku hanya menggeleng.
"I terpijak batulah Dani, sampai tersungkur. I'm okay. Takdenya kena ragut ke apa." Daniel memapah aku bangun dan terus masuk ke dalam kereta. Sapu tangan bersih dikeluarkan dari dashboard kemudian dahiku ditekap lembut.
"Lain kali hati - hati Chyra. Jangan terbawa emosi sangat sampai tak cakna keadaan sekeliling." Daniel tenang memandu walaupun mulutnya membebel padaku bagai machinegun.
"Dani, kenapa you cakap pada I yang you dah reject Julia? Sedangkan dia cakap ikatan korang takkan terungkai. You bakal suami dia and yet you still panggil I sayang? How weird." Aku mendengus.
Daniel meramas stereng. "So rupanya Julia yang serang you?" Wajahnya serius. Aku takut mahu mengaku. Lelaki, kau takkan tahu kekuatannya sehinggalah saat orang yang dia sayangi diperlekehkan. Risau pula aku kalau - kalau Julia teruk dikerjakan Daniel walaupun aku tahu Daniel takkan sekejam Yusry yang psiko itu.
"Abaikan je soalan you tu, but tolong jawab soalan I. Kenapa dengan Julia? Yes I tahu Julia still tak boleh move on bila you lepaskan dia tapi kenapa macam gila meroyan sangat? I mean, get a life bitch."
"You betul nak tahu?" Aku angguk kepala dengar soalan Daniel.
"Perempuan kan memang kuat meroyan." Daniel ketawa kuat.
"Eh you jangan nak main - main boleh tak?" Aku cubit peha Daniel.
"Aduh! Sakitlah sayang. Janganlah!" Ketawanya masih bersisa.
"Dani, what is your biggest flaw?"
Daniel menung jauh. Pemanduannya seperti hilang fokus."Dani!" Aku tepuk pehanya.
"Uh. Soalan apa tu?" Daniel jadi kurang selesa.
"Jujurlah jawab." Aku senyum senget.
"Umm okay. I pernah dituduh jadi pedophile. Atau mungkin I seorang pedo?" Daniel gugup.
"What?"
Perlahan - lahan aku tarik tanganku dari bertapak di pehanya setelah mendengar pengakuan jujur Daniel itu. Wajah Sofea dan Aiman menari - nari di ruang mataku.
"You can't be serious." Aku geleng kepala.
"Sebelum you dengar dari mulut orang lain, baik I jujur je dari sekarang. But don't worry. Kisah tu dah lama berlalu dalam kamus hidup I." Namun tetap aku dapat rasakan aura ketakutan mengalir dari tubuhku.

YOU ARE READING
Happy Reunion
RomanceSambungan kepada Fickler, mohon habiskan Fickler dulu sebelum baca yang ini. Agak cheesy, tapi dalam jumlah terkawal. Sorry if it violates your life principles. But afterall, a warning has been given aite? Em em, cliche? Certain parts kot.