11. Berbicara Soal Masa Lalu

8.5K 201 36
                                    

"You dah maafkan Yusry, Chyra?" Kata - kata Daniel itu membuatkan aku yang tengah mengunyah McNugget menghentikan perbuatanku.

Gulp!

Cebisan McNugget yang masih kasar dalam rongga mulut aku telan secara paksa.

"Kenapa timbul soal Yusry sekarang?" Aku tenung wajah Daniel yang kelihatan tenang, dan memang sudah menjangkakan reaksiku.

"Sebab dia tak dapat maafkan diri dia masa kes dekat tempat praktikal tu. Sampai bila - bilapun I rasa."

"Habis salah I ke sampai dia jadi depressed? Sampai dia dropped out?" Aku mencebik. Tiba - tiba rasa kecil hati dengan pertanyaan Daniel itu.

"No, I tak cakap macam tu. Tapi I cuma nak tahu."

Aku hela nafas. Iced lemon tea aku sedut perlahan.

"I dah lama maafkan dia, Dani. Zaman tu, kita sama - sama liar. Bukannya salah Yusry seratus peratus." Daniel menarik jemariku, saat melihat mataku sudah kemerahan.

"Maafkan I kalau perkara ni buat you sedih." Aku geleng kepala, menafikan perkara itu. Segaris senyuman aku hadiahkan pada Daniel.

"Ada apa - apa berita dari ex husband you?" Daniel ubah topik. Aku menggeleng lagi.

Semua orang gagal menghubungi Shah dan Feena. Teman - teman rapat yang mengetahui kejadian sebenar turut berkongsi kesedihan denganku namun tiada apa yang boleh dilakukan sekarang.

Sebulan lebih aku tak berbicara dengan anak - anakku, rindunya bukan kepalang. Hilang segala deria, hilang segala selera hingga tubuh susut bagai ditimpa penyakit.

McNugget, satu - satunya makanan yang mampu membuka kembali selera aku. Itupun Daniel yang ingatkan kenangan McNugget ini.

"Jangan risau Chyra, I takkan tinggalkan you dah untuk hadap semua ni. Kita uruskan benda ni sama - sama okay." Daniel senyum manis. Sebuah senyuman paling dibenci suatu ketika dulu.

"You free lepas ni? Esok cuti kan? Boleh teman I ke Johor? I nak melawat seseorang." Aku cuba memujuk Daniel agar menemaniku ke Johor. Jujurnya, dalam kebencian yang melanda namun ada sesuatu juga yang aku mahu kongsikan bersama persona tersebut.

"Nak melawat siapa?" Dahi Daniel berkerut. Mungkin mendengar perkataan "Johor" itu buat dia sedikit terkejut.

"Ada someone, tak berapa sihat." Ringkas jawapanku. Daniel kemudian hanya mengangguk tanda dia bersetuju untuk menemaniku ke Johor.

"Soal Yusry ni, masa kejadian tu dia overreacted dengan situasi masa tu. Benda tu we all selalu buat sama - sama right, cuma masa I takde mood pun dia boleh nak kacau jugak sampai tahap nak belasah - belasah I dah. Kebetulan masa tu jugaklah manager lalu."

"Your ex husband?" Daniel mencelah.

"Husband Feena."

"Uhh, okay." Daniel serba salah.

"Manager lalu and dengar kecoh - kecoh dalam lab tu. I pun tak sangka sampai manager gagalkan dia terus tanpa second thought."

"I tahu tu."

"Keadaan jadi lebih teruk bila manager ni siap contact parents Yusry yang selama ni anggap anak diorang macam angel, perfect and bijak. Sampai parents dia merayu - rayu dekat I minta I maafkan Yusry and jangan ambik tindakan pada anak dia." Aku tarik nafas dan hela.

"Tapi I cukup terkejut, setelah hampir lima tahun perkara tu berlaku and Yusry masih tak boleh handle benda ni. Masih depressed, tak boleh move on. Sampai.. sampai jadi tragedi." Suaraku serak, menahan sebak. Daniel mengusap belakang tubuhku.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now