24 | ACCIDENTALLY MEET

592 87 17
                                    

Subaru melangkah turun daripada kereta lantas disambut oleh Akina dan Ryevan. Dua orang manusia tersebut menunduk hormat ke arah Subaru yang baru sahaja pulang daripada kerajaan jiran atas urusan istana.

"My queen." Tangan dihulur ke arah seseorang lalu disambut mesra oleh Ericca. Dia pula yang melangkah keluar dengan bantuan sang suami. Tersipu malu dia tatkala perasan yang Akina tersengih sambil melihat ke arah mereka berdua.

"Selamat pulang Tuanku. Air mandian serta pakaian bersih sudah kami siapkan di kamar. Mohon berehat dahulu sebelum turun makan." Arisa yang turut berada di situ membuka bicara. Dia yang tika itu sedang berdiri tegak bersama fail di tangan sekadar melakar senyum nipis sebagai tanda sapaan.

"Baiklah! Beta pun dah dua hari tak mandi ni." Kata-kata Ericca mendapat renungan pelik, terkejut dan tidak percaya. Kemudian, dia tersengih.

"Gurau je." Mereka semua menarik nafas lega. Nasib baik gurau. Kalau betul, baru nak celup permaisuri mereka itu ke dalam kolam ikan. Eh.

"Dinda boleh pergi mandi dulu. Kanda ada benda nak kena uruskan dulu dengan Reyvan. Okey?" Subaru mengusap perlahan kepala isterinya. Wanita muda itu terangguk-angguk lantas beredar bersama Arisa dan Akina.

"Mari ke pejabat dulu." Ryevan melangkah pergi dari situ bersama Subaru yang berada di hadapannya. Sedang berjalan, Subaru menyoal.

"Ada sesiapa buat kunjungan ke istana ke semasa ketiadaan beta?" Ryevan yang setia berjalan mengekorinya melontar nafas nipis.

"Ada Tuanku. Bangsawan Ryando datang untuk menghadiahkan bergulung-gulung kain sutera dan berbagai lagi jenis kain yang diimport dari Itali." Mendengar akan hal itu, dahi Subaru sedikit berkerut.

"Hadiahkan? Mustahil. Ryando adalah seorang bangsawan yang sangat mementingkan keuntungan. Dia takkan saja-saja hadiahkan kain. Lebih-lebih lagi yang diimport. Ryevan, dia datang dengan siapa?"

"Dengan keluarganya." Terhenti langkah Subaru.

"Apa? Dia bawa keluarga dia datang ke istana? Itu pun semasa beta tiada?" Melihat Subaru yang seperti mahu berfikir bukan bukan, cepat sahaja dia menerangkan situasi sebenar.

"Putera Dyian mengundang mereka sekeluarga ke istana pada hari itu. Entah bagaimana, tiba-tiba sahaja Tuan Ryando menghadiahkan kain. Selepas itu, dia berlalu dari istana dengan tergesa-gesa." Ternaik kening Subaru mendengarnya. Aneh.

"Kenapa Dyian jemput mereka ke istana? Setahu beta, Dyian tidak berkawan dengan orang lain selain rakannya yang sekarang." Ryevan sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mereka kembali melangkah. Fikiran Subaru mula melayang entah ke mana.

Tiba sahaja di pejabat istana, dia terus mendudukkan diri. Salah satu fail dibuka lantas cop diraja dia ambil. Tugasannya yang tergendala kembali dikerjakan.

"Ryevan, arahkan Brendan untuk menghadap beta. Sekarang." Ryevan terdiam. Dia menggigit isi pipi dari dalam mulutnya.

"Tuanku, Brendan tiada."

Mendengar akan hal itu, dia mengangkat kepala.

"Dia pergi mana?"

"Katanya ada urusan di luar kota."

"Luar kota? Urusan apa?"

"Err.."

PAP

Cap mohor diraja ditekan kuat ke atas meja bersama renungan yang penuh dengan ugutan. Ryevan menelan payah air liurnya.

"Dia, ke luar kota dengan dua orang anak Tuanku."

BAM

"Arahkan mereka balik." Arahan mendadak itu membuatkan Ryevan berkerut kening.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now