8 | QUEEN ERICCA ISABELLA

1.9K 218 197
                                    

"What's going on here?" Dyian menyoal dengan wajah yang ketat. Kanak kanak itu memeluk tubuh penuh angkuh dengan kaki yang disilang kemas. Bren yang melihatnya hanya mampu menggeleng perlahan kepalanya, faham benar dengan sikap anak majikannya itu.

Permaisuri Ericca menarik nafas perlahan. Aduan yang diterima daripada Ayumu mengenai kelakuan biadab si anak terhadap Iryana betul betul buatkan dia mahu pengsan. Dyian baru je berapa tahun, tapi sudah berkelakuan tidak sopan. Lebih lebih kepada yang lebih tua.

Lama lama macam ni, boleh botak kepalanya memikirkan anak nya ini. Stress. Nakal yang tak terhitung. Akina tersenyum nipis melihat permaisurinya itu. Masam mencuka saja wajahnya. Serba salah menghurung diri apabila mengenangkan orang baru dibuli oleh anaknya. Manakala Arisa pula seperti biasa, dengan wajah tidak berperasaannya itu.

"Dyian..kamu buat hal lagi ke?" soal Ericca lembut. Dyian tersengih sinis sedikit. Wajah bondanya dipandang.

"Ya. Bonda tak nak tahu ke apa yang Dyian buat kali ni?" soal Dyian dengan kening yang sengaja diangkat angkat. Ayumu dengan tanpa rasa bersalah menepuk belakang kepala Dyian, menegur perilaku biadab nya. Terkejut putera kecil itu.

Dia menoleh ke sisi dan memandang tajam ke arah dayangnya namun senyuman senget yang dilemparkan kembali. Mengejek Putera Raja seorang itu. Disebabkan rasa malas mahu bergaduh dengan dayangnya yang terkadang tidak cukup vitamin itu, Dyian mengambil jalan mudah dengan mengabaikan.

"Dyian..cuba jangan buat masalah lagi. Ini dah masuk kali ke berapa kamu buli Iryana. Nanti Iryana berhenti, siapa lagi yang nak uruskan Dyian? Dyian tahu kan bonda dan ayahnda sibuk. Dyian ke--"

"Biar je lah dia berhenti. Selama ni memang Dyian yang uruskan sendiri hidup Dyian." Ericca tersentak mendengar jawapan anak terunanya itu. Tak terjangka. Ayumu mula memandang Dyian dengan kening yang terjongket.

'Dia sendiri uruskan hidup dia? Pakaian dia pun aku yang basuhkan. Dasar tak kenang budi punya budak.' Ayumu bermonolog dengan bibir yang terkumat kamit membebel akan Dyian. Sebal. Bren yang perasan akan hal itu sedikit tertawa, lucu.

"Ayumu." Bren memanggil dalam nada berbisik. Cuba untuk menarik perhatian gadis itu. Sedar akan hal itu, Ayumu menoleh. Kepala diangguk kecil -- sekali, tanda "Apa kau nak hah?"

"Cover lah sikit makcik. Jelas sangat kut kau mengumpat Dyian." ucap Bren satu persatu dengan suara perlahan yang tertahan tahan. Wajah gadis itu menjadi bengang apabila dirinya dibahasakan sebagai makcik. Ayumu menayang wajah sememehnya.

"Makcik kau bahasakan aku?" gadis itu mengangkat tangan, mengacah mahu melayangkan tamparan pada pemuda tinggi lampai itu. Bren, tertawa sedikit.

"Ish. Diamlah kau. Dah tahu tu senyap senyap lah sikit." dia membalas dalam nada yang perlahan. Bren tersenyum dan terangguk angguk. Malas melayan, gadis itu kembali berdiri normal.  Akina dan Arisa yang melihat pergaduhan kecil antara Ayumu dan Bren membuat muka.

"Eii.."

"Dyian..kamu pun tahu kan yang bonda dan ayahnda sibuk. Sebab tu bonda upah Iryana supaya kamu tak kesunyian. Kawan-kawan kan ada? Ajak lah mereka datang." tutur Ericca lembut, cuba memujuk anak nya itu.

Namun, hanya sapaan mata yang penuh kebencian menjadi balasan. Tanpa bicara, Putera kecil itu bangun lantas menuju ke pintu keluar. Ericca menarik nafas perlahan, sedih akan sikap anaknya itu.

Bren menunduk sedikit, meminta izin untuk keluar. Begitu juga dengan Ayumu. Kini, hanya tinggal Ericca bersama pengawal peribadi dan dayangnya di dalam ruangan besar itu. Arisa memegang perlahan bahu Ericca, memujuknya.

"Tuanku nak saya berikan denda ke pada Dyian?" soal Akina tersenyum penuh kejam. Ericca menggeleng perlahan.

"Tak apa lah Akina. Memang saya yang bersalah sebab abaikan dia selama ni. Asyik uruskan hal kerajaan sampai lupa nak luangkan masa dengan anak anak." luahnya penuh kesal. Akina tersenyum nipis dan menepuk nepuk perlahan bahu Permaisurinya itu.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now