𝐒𝐓𝐄𝐋𝐋𝐀

374 25 5
                                    

Pada tika semua mata tertumpu pada Alexandra yang menjadi watak utama pada malam itu, pandangan Dyian pula hanya tertuju pada Stella yang duduk memandang hidangan. Kebisingan yang menerpa dari segenap arah dia abaikan.

Dia duduk penuh ketidakselesaan apabila dikelilingi oleh para bangsawan yang sedari tadi asyik menyoal berkenaan dirinya. Manakan tidak, disebabkan seorang habis punah kehidupan biasa-biasa miliknya.

Ulah siapa? Tu. Yang tengah berdiri sambil memandang ke arahnya. Siap menayang cawan lagi supaya dia meneguk secawan dua air.

"Stella.."

"Ya?" Stella menunggu butir bicara selanjutnya. "Dah lama ke kenal putera Dyian?" Mendengar soalan tersebut membuatkan Stella menggigit sendiri bibirnya. Dirinya kini menjadi tumpuan semua mata di meja tersebut.

"Bolehlah.." Dia menjawab asal-asalan. Sesaat kemudian dia mula menyesal dengan jawapannya.

"Wah..sejak bila?"

"Bukan senang nak dekat dengan dia. Macam mana kau buat?"

Serba salah Stella jadinya. Dia menggaru pipi kanannya lalu menjawab, "Entahlah." Singkat, namun membuatkan sinar mata semua di situ bertukar sinis.

"Pft. Entah-entah tipu. Kau tak pernah rapat dengan dia pun kan? Bercakap pun mesti tak. Tak pun, putera Dyian tak pernah sedar pun kau wujud." Kata yang setajam pisau keluar daripada mulut rakan kelasnya, Vivian.

Stella terdiam. Suasana ceria yang tadi sudah hilang dalam sekelip mata. Dapat dia rasakan yang mereka semua melontar pandangan penuh mengejek ke arahnya. Hilang senyumnya tika itu.

"Apa kau kata?" Satu tubuh remaja lelaki tinggi lampai yang secara tiba-tiba berdiri di belakang Stella menyoal. "Tipu? Kenapa dia nak menipu pula?" Stella statik memandang ke arah empunya suara.

"Ah, Tuan Putera..maksud patik, yang dia ni mesti syok sendiri, sebab Tuanku pernah tegur dia." Vivian menjawab lalu tertawa nipis. Kali ini Dyian pula yang mengukir senyum dan melepas tawa.

"Dia? Siapa dia?" Vivian terdiam sejenak sebelum menjawab orang yang dimaksudkannya adalah Stella.

"Bukan bukan. Bukan Stella." Mereka yang di situ melihat aneh pada putera raja seorang itu.

"Cik Stella patutnya. Rasanya aku terlalu remehkan dunia sosial bangsawan. Untuk pengetahuan semua, Stella ni--"

Dyian yang tadi ingin menghabiskan ayat termati kata apabila tangannya ditarik oleh Stella. Isyarat mata yang dijegil besar-besar olehnya dilihat oleh Dyian.

'Jangan berani-berani nak cakap. Aku stapler nanti!' Raut wajah yang gadis itu tunjuk penuh dengan maklumat.  Berkerut dahi Stella apabila tangannya digenggam oleh Dyian.

"--bakal tunang aku."

Seisi dewan secara tiba-tiba sunyi. Piring yang jatuh, sudu yang terhentak ke atas pinggan, para gadis yang jatuh melutut, seekor cicak yang berbunyi dan bunyi tawa kekok Stella menghiasi dewan.

"Wahahaha benda bodoh apa yang Tuanku cakap ni." Stella mengibas mukanya dan bergerak rapat ke arah Dyian.

"Kau nak kena sepak dengan aku ke?" Bisik dia keras pada cuping telinga Dyian.

"Boleh juga, Cik Stella. Eh bukan-bukan! Bakal tunang patutnya."

Makin keras suara pinggan yang pecah diselangi dengan bunyi terkejut yang dikeluarkan para tetamu.

"Dyian!" Memekik.

"Ya Stella.." Meleret jawapannya.






Sequel : Stella

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now