2 | DYIAN AXEL

2.3K 280 93
                                    

SPLASH

"Dyian Axel!" jeritan seorang gadis bergema hebat tatkala tubuhnya disimbahi dengan air. Sebuah baldi turut hinggap tertangkup di kepalanya apabila dia membuka pintu milik sang putera.

"Hahaha!" tawa riang daripada Dyian membuatkan amarah gadis itu membuak. Dia menanggalkan baldi yang menekup kepalanya. Wajahnya memerah, menahan marah. Basah kuyup dirinya.

"Dasar kau budak..mari sini kau!" gadis itu melangkah ke arah Dyian yang sedang tertawa riang di atas katil. Kanak kanak lelaki itu pantas turun daripada katil dan berlari keluar.

"Prince Dyian Axel! Come here!"

"I don't want! You wanna eat me! You, witch!" jerit Dyian dari luar. Gadis itu memegang kepalanya dengan dengusan yang keras.

"Mari sini!" pekiknya sekali lagi. Sudah mahu hilang suaranya apabila memekik sebegitu rupa.

"I don't want! Just put my breakfast at the kitchen! Oh!" Dyian memunculkan kepalanya di sebalik pintu. Dia tersengih.

"Kau nampak sangat cantik dengan rumpai laut di kepala. Hula hula gitu." dia tersengih dengan mata yang tertutup. Gadis itu menyentuh rambutnya, lantas menarik rumpai laut yang menghiasi kepala. Rumpai tersebut dicampak ke arah Dyian, namun dapat dielak.

"Hahaha! Dasar mak cik! Mak cik!" ucapnya lalu menggoyang goyangkan pinggangnya ke kiri dan kanan, mengejek dayangnya itu. Gadis yang berambut biru itu membulatkan matanya.

"Aku bukan mak cik lah! Dan kau, pergi mandi. Sekarang!" Dia menunding jarinya ke arah bilik air. Dyian pula berhenti menari dan menarik wajah masam. Keluhan perlahan terlepas. Dengan kemalasan tahap maksima, dia menapak masuk kembali ke dalam bilik.

Dayang nya itu pula memeluk tubuh dengan sengihan sinis. Puas hati apabila Dyian mendengar katanya. Ketika Dyian melintasi gadis itu, dia sengaja mendekatkan wajahnya pada pakaian milik dayangnya. Dihidu sebentar.

"Hmm..bau ikan. Hahah!" membulat mata dayangnya itu. Lantas, Dyian memecut masuk ke dalam bilik air dengan tawa yang masih bersisa.

"Dyian!"

"I'm not done yet, Ayumu!" ujar Dyian kepada gadis itu. Ayumu memegang kepalanya lantas digoyangkan. Tanpa membuang masa, dia melangkah keluar dari dalam bilik milik putera itu, Dyian Axel.

'Ughh--that prince. Boleh gila aku hari hari macam ni.'

●○●

Dyian memetik sebiji epal yang berada di atas kepalanya. Kini kanak kanak lelaki itu berada di atas dahan pokok pada salah satu pokok epal di situ. Dia menjadikan lengan kiri sebagai alas kepalanya.

Tangan kanannya setia membawa epal yang merah ke mulut, menggigit dan mengunyah perlahan, menikmati rasanya. Setelah habis digigit sekeliling epal, dia membuang tangkai serta biji nya ke bawah. Dipetik sebiji lagi.

Sehinggalah epal yang ke lima, dia berhenti. Sebagaimana kelakuannya sewaktu menikmati empat lagi biji epal tadi, begitulah yang dia lakukan sekarang. Dicampak sisa epal ke bawah pokok tanpa rasa bersalah. Dia merehatkan dirinya di atas pokok itu sambil memejam mata.

BRUK

Tercelik matanya apabila pokok epal yang menjadi tempat sandarnya bergegar. Dia menunduk ke bawah. Matanya menjadi dingin apabila melihat seorang lelaki yang memakai pakaian kasual dengan pedang yang terselit pada pinggang tersenyum sambil melambai padanya.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now