22 | NEW ENEMY

911 98 33
                                    

Gula gula getah yang sedari tadi dikunyah lama, diludah ke tepi -- membuangnya lalu membuatkan diri dia dipandang dengan pandangan aneh daripada warga sekolah elit tersebut. Namun apabila melihat gerangan yang meludah, terus mati niat mereka yang mahu menegur perbuatannya.

Bahkan, mereka berpura pura tidak nampak kesalahan kecil yang dilakukan oleh kanak kanak lelaki tersebut. Semuanya kembali melakukan kerja masing masing bagaikan kejadian tadi tidak berlaku.

PUK

"Dasar bocah busuk. Kau kutip balik."

"YAH HITZE! KENAPA KAU TERAJANG PUNGGUNG AKU!" punggung yang berlapik seluar hitam berjalur emas tersebut diusap kasar. Hitze menjungkit sebelah keningnya lalu matanya tertancap ke arah gula gula getah yang terdampar di atas tanah.

"Kutip. Tak nampak ke tong sampah depan kau tu?" kali ini matanya menghala ke arah tong sampah hitam yang berada beberapa langkah ke hadapan. Automatik muncungnya ke hadapan, mencebik tidak puas hati apabila Hitze sudah mula mengarahnya sesuka hati.

"Ei poyo..semua benda nak marah.." gumamnya dengan tangan yang masih tidak lepas daripada belakang punggungnya.

"Kutip balik sampah kau Rayden. Aku tak jamin yang kau pun berkemungkinan akan disumbat masuk ke dalam tong sampah tu."

Mendengar kata kata tersebut dilontar sendiri oleh mulut Hitze, cepat cepat sisa gula gula getah tadi dikutip menggunakan sapu tangan lalu dibuang ke dalamnya. Disapu bersih permukaan tapak tangannya. Hitze pula memandangnya penuh tidak percaya.

"Kau buang sapu tangan kau?" Rayden mengangguk kecil. "Nanti aku suruhlah Bella buat yang lain." itu katanya lalu mendapat gelengan daripada Hitze. Rayden tersengih kambing lalu mengajak Hitze berlalu daripada situ memandangkan kelas pelajaran pagi sudah mahu bermula.

"Aku tak yakin yang Bella akan buatkan lagi sapu tangan untuk kau." Hitze berbicara sambil tersenyum manis ke arah tukang sapu yang sedang membersihkan kawasan longkang.

"Kenapa kau ni yakin sangat? Dia adik aku, bukan adik kau." Rayden membalas bicara Hitze dengan gelengan kecil.

"Kau tak ingat?" ditoleh ke kanan, memandang rakannya yang lebih muda tiga tahun daripadanya tetapi gatal jubo pergi panggil dirinya tanpa panggilan 'senior'.

"Tak ingat apa?"

"Bella pernah gunting seragam sekolah kau hanya sebab kau pergi campurkan pakaian dia dengan seluar dalam kau ke dalam washing machine."

"Oh shuh. I'm not remember that. Demn. She will kill me." air muka Rayden mula berubah pucat. Hitze tersengih. "I know right. Get ready dude." penuh simpati, bahu Rayden ditepuk perlahan.

"Tiba tiba aku rasa nak putar balik masa."

"Sebab?"

"Aku nak kutip gula gula getah tadi guna baju kau."

"Hmm. Kiri atau kanan ya?"

"Apa maksud kau?"

"Test penumbuk."

"Need to go."

○●○

"Untuk hari ni, cikgu mahu kamu semua buat latihan matematik muka surat 21. Buat dan hantar pada cikgu selepas habis kelas." terdengar keluhan panjang daripada seisi kelas selepas mendengar arahan yang diberikan oleh guru muda tersebut, Cik Ratna.

"Tak banyak pun. Sepuluh soalan saja. Boleh ya murid murid." guru muda itu melempar senyum pada penghuni kelas tersebut. Semuanya mengangguk faham, akur dan tanpa basi basi membuka halaman yang dinyatakan oleh guru tadi.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now