17 | MAGIC WORDS

1K 144 33
                                    

Pagi yang tenang bersama cuaca yang dingin, membuatkan seorang Iryana Danella terpisat pisat bangun daripada tidur. Rambut ungu lebatnya tampak kusut apabila tidur malam semalamnya sedikit lesak.

"Another day..as a penganggur. Again." dia sedikit berceloteh dengan mata yang memandang suasana luar. Dinginnya angin menghentam setiap inci kulitnya yang terdedah. Dan begitulah bagaimana seorang Iryana kembali rebah ke atas katil, kembali bermalas malasan di pagi hari.

○●○

Mata helang sang raja masih tidak lepas. Sesekali bebola mata hitam pekatnya menikam dan menjegil sedikit, tanda gertak. Berhasil apabila Dyian terus menunduk tatkala terasa Subaru seperti mahu membahamnya. Subaru tersengih bangga apabila berjaya menakutkan anak terunanya.

"Kanda..." Ericca memanggil.

"Kenapa buat macam tu." sambungnya lagi lalu tangan Ericca menepuk lembut paha kanan lelaki itu. Tak gemar apabila ditakut takutkan si Dyian tu.

"Relax honey. Kanda cuma test tahap kegarangan kanda je." mata dikenyit penuh sayang kepada isterinya. Ericca pula tertawa girang apabila mendapat hadiah kenyitan mata bersama pakej senyuman manis daripada seorang suami.

Dyian pula, dengan wajah yang masih tertunduk sedang menahan mual dan geli. Apa kes lah dia terpaksa dengar bonda dengan ayahnya berkasih sayang depan dia. Tak sedar ke yang anak mereka ni masih di bawah lapan belas tahun?

"Berbalik pada topik. Prince Dyian Axel, Son Of King Subaru Laxel." nama Dyian disebut sepenuh penuhnya. Meremang sedikit bulu roma Dyian. Tahulah dia bahawa ayahnya benar benar serius sekarang ni.

"Sekali lagi ayahnda tanya Dyian. Kamu sedar tak apa yang kamu dah buat? Ini dah masuk kali ke empat puluh tahu tak!" suara Subaru meninggi.

Paha kanannya disentuh lembut sang isteri.

"Pembetulan. Kali ke empat puluh satu."

"Ya!" sisi sofa ditepuk kuat. "Kali ke empat puluh satu! Fuh!" peluh yang merenik dilap kasar. Penat mengingat bilangan bekas pengasuh sang anak.

"Kenapa Dyian degil sangat? Apa yang Iryana tu buat sampai Dyian balas macam tu sekali dekat dia?" Subaru mula menyoal bertubi tubi. Ericca memegang lembut tangan sang suami, meredakan amarahnya.

"Rasanya ini masanya untuk kanda cakap slow slow dengan Dyian. Dinda keluar dulu lah ya." ucapnya ringkas sebelum mengangkat punggung dan beredar pergi sambil dibuntuti oleh beberapa orang dayang istana.

"Now talk. Bonda kamu dah tak ada." Subaru menyilang kaki dan berpeluk tubuh. Dyian masih kekal menunduk. Senyap dan tidak bersuara. Merasakan bahawa Dyian tidak mahu bersuara, Subaru menyoal lagi.

"Apa selama ni ayahnda punya didikan tak berguna pada Dyian ke? Mana pergi adab kamu? Dyian pergi sekolah dan belajar etika kan? Mana pergi etika kamu? Dah berkali kali ayahnda tebalkan muka, minta maaf pada semua pengasuh yang kamu kerjakan!" nadanya naik seoktaf. Entah mengapa tiba tiba amarahnya naik.

"Mana ayahnda nak letak muka ayahnda ni? Bukan dekat bekas pengasuh kamu saja tau. Tu, pada rakyat, kerajaan lain pun tahu yang putera kepada King Subaru seorang yang nakal. Dyian tak fikir ke semua ni?" sambungnya lagi bersama nafas yang tertarik tarik.

"Minta maaf pada pengasuh?" suara kanak kanak itu mula keluar, sedikit bergetar bersama tawa sinis yang baginya, terasa lucu.

"Rasa malu ya?" bersambung lagi. Jeda.

"Pada pengasuh je? Pada Dyian? Ayahnda tak nak minta maaf?" mendengar ayat Dyian, Subaru termati kata. Dyian mengangkat muka lalu mata mereka berdua bersabung. Anak mata yang persis bertautan, seperti cuba memahami isi hati masing masing.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now