3 | MEET THE PRINCE

2.2K 270 46
                                    

Ayumu berjalan sambil mengelap sisa kotoran pada pakaiannya. Dia masih tidak menukar pakaian miliknya yang sudah basah kuyup dek perbuatan nakal Dyian. Memang cari nahas betul Dyian ni.

"Eh Ayumu!" Ayumu mengangkat kepala. Dia melihat seorang gadis yang turut memakai pakaian sepertinya, tetapi berwarna yang lebih cerah. Ia agak mewah. Gadis itu tersenyum padanya.

"Kenapa Weldya?" soal Ayumu pada rakannya itu, Weldya. Gadis berambut merah jambu itu hanya menggeleng bersama senyuman. Matanya naik tertumpu pada pakaian Ayumu.

"Sekejap. Kenapa kau basah kuyup ni?" Ayumu mengguling perlahan bebola matanya apabila disoal sebegitu. Selepas beberapa saat, tawa Weldya meletus perlahan. Dia terduduk sambil tertawa.

"Kau ketawa sekali lagi, dengan kau aku campak masuk kolam." Weldya memandang Ayumu. Dia masih tertawa, namun berhenti selepas beberapa tika. Gadis itu membangunkan diri.

"Dyian memang bijak kan?"

"Bijak prank orang buat apa?!"

Weldya tertawa lagi. Dia menepuk perlahan bahu Ayumu yang basah itu. Kemudian, tiba tiba sahaja hidungnya dibawa dekat dengan baju Ayumu. Mukanya berkerut lalu pantas dijauhkan wajahnya.

"Hurmph! Bau ikan!" ujarnya dengan hidung yang ditutup. Sengau terus suaranya. Wajah Ayumu membahang.

"Weldya!" pekiknya kuat lalu Weldya membuka langkah lantas berlari dari situ. Gadis itu tertawa kuat. Ayumu pula mengembungkan pipinya. Kolar bajunya ditarik sedikit, dihidu perlahan. Kemudian mukanya berkerut dan dia terbatuk batuk.

"Betullah..bau ikan. Haih..terpaksa mandi lagi." tanpa membuang masa, gadis itu berjalan menyusuri koridor, menuju ke biliknya.

●○●

Sebuah dokumen penting yang sangat tebal telah diserahkan kepada Permaisuri Ericca Isabella oleh pengawal peribadinya. Wanita itu menyambutnya dengan tangan kanan manakala sebelah tangan lagi memegang pen. Dia meletakkan fail tersebut di atas meja lalu membukanya.

Kemudian tangan kanannya mencapai sesuatu di dalam balang dan dibawa masuk ke dalam mulut. Dia mengunyah perlahan dengan mata yang setia membaca tulisan yang tertera pada dokumen.

"Penangguhan peminjaman? Eh? Tapi kenapa?" dia beriak pelik lalu diambil lagi sekeping gula gula yang nipis dan dibawa masuk ke dalam mulut. Pengawal peribadinya menyelak helaian dokumen tersebut sehingga ke muka surat tengah.

"Disebabkan ekonomi di negara kita kurang stabil, mereka telah tangguhkan pinjaman kita. Dan dijangka, pinjaman ini akan ditolak. Itu apa yang saya dapat setelah membaca dokumen ini, Tuanku." ujarnya memberi penerangan. Rambut biru tua nya yang diikat panjang di belakang jatuh terselit pada leher.

"Jadi, kita terpaksa cari alternatif lain lah ye." Ericca tersandar pada kerusi empuk miliknya. Dia memicit perlahan pelipisnya. Rambut hitamnya jatuh menutupi wajah tatkala dia tertunduk.

"Tuanku, saya sarankan supaya tuanku tinggalkan sebentar semua kerja ini. Lebih baik tuanku pergi ke taman dan mengambil udara segar." gadis itu memberi cadangan padanya. Ericca mengangkat wajah lalu menguntum senyuman kelat.

"Tak apalah Akina. Biar saya selesaikan semua ni dulu." dia memberi kata putus kepada Akina, pengawal peribadinya. Gadis yang lengkap dengan sebilah pedang di pinggang hanya mengangguk, akur dengan arahan permaisurinya.

TOK TOK

Pintu dibuka oleh seseorang. Akina menoleh ke sisi, ke arah pintu dengan tangan kanan yang memegang hulu pedang yang tersisip di pinggang. Wajah seorang gadis yang comel menyapa pandangan.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now