9 | HE DO IT AGAIN

1.9K 250 36
                                    

Punggung dihenyak penuh kesal ke atas katil. Satu dengusan kecil terbit keluar dari dalam mulut putera kecil yang berumur sembilan tahun itu. Rajuknya pada Ericca membuatkan dia membaringkan tubuhnya. Dihempas, tanda protes. Ditarik selimut lalu membaluti rapat tubuhnya.

'Ibu memang tak sayang Dyian..' monolognya sambil memejamkan mata. Ingatannya mula terimbas ke momen zaman kecilnya. Zaman kanak kanak riangnya.

"Bonda! Cuba bonda tengok apa yang Dyian lukis." seorang kanak kanak lelaki dalam lingkungan lima tahun berlari lari anak masuk ke dalam pejabat milik seorang Permaisuri. Ericca tika itu sedang sibuk menandatangani dokumen yang baru sahaja diserahkan oleh pembantunya. Tebalnya, bagaikan kamus bahasa melayu.

"Ya, ada apa Dyian? Bonda sibuk ni." ucapnya lalu cuba mengabaikan Dyian yang tika itu beria ria mahu menunjukkan hasil lukisannya. Kanak kanak lelaki itu tidak berpuas hati apabila Ericca langsung tidak melayannya. Dia mengambil langkah dengan memanjat meja kerja Ericca.

"Bonda tengoklah ni. Dyian lukis gambar family kita. Tengoklah! Cantikkan?" Dyian menayang lukisan itu penuh semangat di hadapan wajah Ericca.

"Haa ya cantik sangat sayang." wanita itu berkata sambil tangan sibuk menyusun dokumen. Senyuman Dyian lama kelamaan menjadi kendur.

"Bonda tak tengok pun!"

Ericca membangunkan diri dengan dokumen yang penuh di tangan.

"Sediakan kenderaan saya ya. Saya nak pergi bermesyuarat." pembantu nya menunduk sedikit, akur akan arahan Permaisurinya itu.

"Mahu patik bawakan?"

"Tak perlu. Cepat pergi sediakan kenderaan. Nanti lambat." sekali lagi, pembantunya menunduk dan berlalu keluar. Ericca mengemaskan dokumen di tangannya agar tidak terjatuh. Kepala Dyian diusap laju lantas dia tersenyum.

"Bonda pergi meeting dulu ya. Kalau ada apa apa beritahu ayahnda saja ya." ucapnya dan berlalu pergi, meninggalkan Dyian begitu sahaja. Tanpa melihat atau memuji hasil lukisan Dyian, yang dibuat oleh seorang kanak kanak lima tahun.

Kanak kanak lelaki itu menunduk sedih. Ericca tampak tidak berminat dengan hasil kerja kerasnya. Dia memandang lama lukisan yang baru sebentar tadi dihasilkannya. Di dalam lukisan itu, terlakar sebuah keluarga miliknya yang sedang tersenyum bahagia.

Matanya mula bergenang. Dengan penuh geram dan sebal, kertas lukisan bersaiz A4 itu direnyuk dan dicampak jauh ke dalam pejabat itu. Dengan rasa sedih yang menggunung, Putera kecil itu berlalu keluar. Dia mengesat kasar air mata yang jatuh menitik.

'Ibu..memang tak sayang Dyian!'

Sejak itu, seorang kanak kanak yang penuh dengan senyuman mula berubah. Tiada lagi Dyian yang peramah. Tiada lagi senyuman comel miliknya. Semuanya sudah dia kubur ke dalam lukisan yang direnyuk dan dibuang jauh jauh.

○●○

Seseorang membuka pintu bilik Dyian. Kanak kanak itu sudah tertidur dengan air mata yang sudah kering. Tertidur pulas. Iryana menapak perlahan lahan ke arah kanak kanak lelaki itu, tidak mahu mengejutkannya. Gadis itu mengambil kesempatan untuk mengintai sedikit wajah Dyian, lantas tersenyum.

Selimut yang jatuh di atas lantai dikutip kembali lalu diletak kemas di atas tubuh Dyian. Dibetulkan sedikit kedudukan selimut agar kanak kanak itu selesa. Setelah selesai, Iryana mengusap perlahan kepala Dyian. Dia tersenyum sedikit.

Tanpa membuat sebarang bunyi, Iryana menapak keluar lalu menutup kembali pintu. Dia memandang Dyian sekilas buat kali terakhir untuk hari itu sebelum berlalu pergi. Dan beberapa saat selepas itu, Dyian mengenggam erat tangannya.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now