5 | CURSE WORDS

2K 245 93
                                    

Iryana mencapai getah rambut yang berada di atas katil lalu dia mengikat rambut panjang ungunya itu sambil berjalan ke arah meja solek. Terus dia mendudukkan diri.

Rambut yang sudah diikat itu disikat sedikit di bahagian hadapan, membuat sedikit poni lantas diperkemaskan. Tanpa memakai bedak atau sebarang alat solekan, dia mula menapak keluar. Di tangannya, terdapat sebuah buku yang sungguh tebal.

Ianya khas untuk puteranya, Dyian Axel. Moga saja hari pertama Iryana Danella akan menjadi indah tanpa gangguan daripada kanak kanak nakal itu. Gadis itu membelok ke kanan, menyusuri lorong yang penuh ditumbuhi pokok bunga ros.

Tatkala dia melepasi satu kawasan, matanya tertancap pada sesuatu. Bukan sesuatu. Tetapi seseorang. Seorang gadis yang berambut panjang berwarna silver sedang memeluk sebatang pokok. Mata gadis itu terpejam.

Raut wajah Iryana menjadi pelik. Keningnya tertaut sedikit lantas dia menggeleng perlahan kepalanya. Pelik pelik orang dalam istana ni. Disebabkan tidak mahu mencampuri urusan sesiapa, gadis itu meneruskan langkahnya menuju ke dewan makan untuk bertemu dengan Dyian Axel.

Dan ketika itulah, mata gadis berambut silver itu terbuka. Matanya yang berwarna kuning keemasan itu perasan akan kehadiran Iryana. Gadis itu setia memandang kelibat Iryana yang semakin lama semakin hilang dari pandangan.

'Hurm? Mangsa terbaru Dyian ke tu?'

●○●

BUM

Dyian memandang Iryana dengan kening sebelah yang terangkat. Kedua belah kakinya elok saja terletak di atas meja. Iryana yang sedang tercungap cungap nafasnya dia kerling dengan ekor mata.

"Ini.." nafas ditarik sekali lagi oleh gadis itu. Dia memegang kedua belah lututnya. Penat akibat terlalu laju berlari. Gaya bagaikan baru dikejar Ayumu--eh silap. Dikejar hantu. Ayumu tu hantu level tinggi. Brr. Seram bhai.

"..hargh!!" Iryana menarik nafas kuat. Dia mengurut dada apabila oksigen miliknya sudah kembali normal. Dyian menjeling ke atas meja. Sebuah buku yang sangat tebal terletak di hadapan kakinya.

"Euw? Buku?" dengan sengaja berserta muka yang penuh meluat, buku tersebut ditolak dengan kaki oleh Dyian. Terhempas buku tebal itu di atas kaki Iryana. Sudahlah dia pakai cover shoes je. Meraung sakitnya.

"Aduh! Aww sakit!" Iryana memegang kaki kanannya dengan kedua belah tangan. Terlompat lompat gadis manis itu di hadapan Dyian. Muka kanak kanak lelaki itu terbentuk teruja. Lebih menyeronokkan apabila gadis itu tergelincir dan merempuh salah satu meja yang berada tidak jauh daripadanya.

BRUM

Tubuh genit Iryana jatuh menyembah lantai. Dyian tersengih sinis melihatnya.

"Heh. Macam nangka busuk." ujarnya selamba. Bren menepuk perlahan bahu Dyian, menegurnya. Dyian sekadar mengangkat kedua belah bahunya. Habit biasa miliknya.

"Auww.." kepala digosok perlahan. Secara logiknya, memang punggung yang hentam lantai dahulu. Kepala elok sahaja. Tetapi kebiasaannya dalam mana mana buku cerita, heroin akan mengusap kepala dahulu untuk cover malu. Ya. Jatuh depan seorang kanak kanak sangatlah memalukan.

"Kau okey ke tak tu? Kalau tak okey, baguslah. Kalau kau okey, hurm..nanti aku try buat yang lebih ekstrem." ujar Dyian tersengih suka. Bren tersenyum nipis. Faham benar dengan perangai Dyian ni.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now