7 | PRANK

2K 251 70
                                    

Iryana mengutip kembali bekas air yang telah terjatuh ke atas karpet, sekaligus air yang berada dalam bekas itu turut tertumpah sekali. Dia mengeluh perlahan. The little prince has become a troublemaker again. Sabar Iryana..sabar.

"Lap balik karpet aku tu. Mahal tahu tak. Bukannya murah." dengan selamba saja dia memberi arahan tanpa memikirkan yang karpet itu basah gara gara perbuatan dia.

Iryana mencebik sedikit. Bekas yang sudah kosong diletak di tepi katil lantas dia mengorak langkah keluar dari dalam bilik, menuju ke stor untuk mengambil mop. Dyian tertawa sinis sedikit.

Dia turun daripada katil dengan langkah yang lemah. Rasa loya tekaknya. Dengan pening lalat kanak kanak lelaki itu berjalan. Baldi yang sebentar tadi diletak oleh Iryana di tepi katil diambil dan dicampak semula ke atas karpet. Tuala yang digunakan untuk mengelap wajahnya dibaling sehingga tersangkut ke atas kipas.

Dyian tersengih melihat bakat yang dia baru saja temui. Nampaknya, dia perlu lebih kerap berlatih untuk mengasah bakatnya yang satu ini. Yes!

"Apa lagi aku nak sepahkan ye?" mata meliar ke seluruh bilik. Kemudian, anak matanya tertancap ke arah katil. Elok tersusun saja selimut dan bantalnya. Dyian tersenyum. Selimut tebal yang berwarna coklat itu ditarik dan dilempar jauh. Bantal pula dibaling sehingga merempuh kabinet.

BRUM

Berterabur segala buku yang berada di kabinet. Dyian tergamam sedikit sebelum tersenyum puas. Dia berlalu pula ke almari baju. Dibukanya luas. Dagu dipegang.

'Hurm..terlalu kemas ni. Tak salah kan kita kemaskan lagi?'

Dia tertawa sedikit sebelum mengambil salah satu daripada baju miliknya. Dibelek sebelum ditanggalkan hanger darinya. Kemudian,baju tersebut dironyok lantas dicampak ke belakang. Sehelai lagi baju diambil lalu dironyok dan dibaling sesuka hati.

Perkara itu diulang ulang sehinggalah tiada sehelai pun baju yang berada dalam almari. Semuanya sudah selamat dihumban ke belakang termasuklah seluar dalam miliknya.

"Well..kemas pun almari ni. Bersih suci tanpa ada kesan kotoran. Dyian..you're clever." sengihnya seorang diri. Matanya meliar lagi ke seluruh bilik. Lantai biliknya sudah dipenuhi dengan baju dan selimut yang bertaburan.

Hurm..Dyian memang ada bakat dalam bidang menyepahkan rumah. Kalau masuk pertandingan, berkemungkinan dia akan mendapat johan. Harap sajalah.

Dia mengambil tuala mandi dan mengorak langkah ke bilik mandi. Ditutup rapat lalu dia mula membersihkan diri. Dan Putera kecil itu sudah membayangkan bagaimana reaksi Iryana tatkala melihat biliknya yang sungguh 'bersih' itu.

Selepas beberapa saat tatkala Iryana melangkah masuk ke dalam bilik Dyian, kedengaran gadis itu mengeluh kuat. Dia memicit perlahan kepalanya. Serabut.

"Sepahnya.."

"Apa yang sepah?"

Dyian yang sedari tadi tersengih, terus terdiam. Suara yang begitu familiar di telinganya.

'Alamak..singa dah datang.'

"Ah t-tak ada apa..cuma ini.."

Ayumu menjenguk kepalanya, melihat ke dalam bilik. Membulat besar matanya pabila melihat hasil seni milik anak majikannya itu.

"Budak ni..!"

Dyian menutup telinganya rapat rapat.

"Prince..DYIAN AXEL!! COME OUT AND CLEAN ALL THIS HARSH THING!"

Berdesing telinga Iryana dibuatnya.

'Argh..telinga aku..'

°•°

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now