21 | MEET AAYLA HELENA

984 112 37
                                    

KTAK

KTUK

KTAK

KTUK

Setiap langkah yang dibuat menghasilkan kesan bunyi yang berirama apabila permukaan kasar kasutnya bertemu dengan jalan bertekstur batu tersebut.

Jaket kulit hitam yang dipadankan dengan seluar ketat berwarna putih membuatkan banyak mata mata tidak dapat dilepaskan daripada merenung busana si gadis. Tidak dilupakan juga cermin mata hitam yang dikenakan tatkala cuaca pagi yang sedikit panas.

Setiap perjalananya diiringi dengan lirikan mata daripada penduduk kampung. Ada yang pelik. Ada yang kagum. Dan ada juga mata gatal yang terpesona dengan kecantikan alami si gadis. Siapa?

"Hello there." dia menyapa ramah kepada seorang jurujual yang sedang terbongkok bongkok menyusun pasu bunga. Lelaki muda yang masih ralik menyusun menyahut,

"Ya?" kepala diangkat, mendongak lalu matanya bertentang dengan mata si gadis -- tersenyum manis, ramah menyambut pelanggan kelima mereka pada pagi ini.

"Ada apa saya boleh bantu, Cik?" soalnya ramah sambil tangan sibuk mengelap sisa tanah di baju. Aayla Helena sekadar tersenyum nipis sambil ditolak cermin mata hitamnya ke atas. Mata ungu pekatnya acap kali meliar ke dalam kedai.

"Cik cari bunga apa? Saya boleh suggest kan." pemuda itu bangun, lalu membuatkan si Helena pula mendongak, memandang penuh takjub.

'Mak..tingginya..'

Helena membetulkan anak tekaknya yang terasa pahit apabila membayangkan jarak antara ketinggian mereka. Gadis itu mengundurkan diri ke belakang beberapa tapak. Mencebik cebik dia.

"Bukan nak cari bunga. Cuma nak tanya something." diangkat tangan kanan dan dicantumkan ibu jari dan jari telunjuknya, membentuk simbol 'sedikit'. Pemuda itu mengangguk, tersenyum dan mempersilakan gadis kecil molek itu menanya soalan.

"Sini ada bilik sewa tak?" soalnya tanpa basi basi. Kening pemuda itu berkerut sedikit, cuba menganalisis soalan Helena dan dalam masa yang sama cuba mencari jawapan kepada masalah Helena.

"Sekejap ya." pintanya, menghilang ke dalam ceruk kedai. Dia akur. Lalu Helena sekadar menunggu penuh santai. Dia merehatkan punggungnya di atas bagasi merah jambu miliknya. Acap kali mata ungunya meliar melihat suasana kampung yang baginya sangat sederhana.

Tidak lepas juga mata penduduk kampung yang sering kali mencuri pandang ke arah gadis itu. Ialah kan. Tak pernah pernah mereka lihat ada gadis yang begitu cantik di mata mereka. Busana mewah yang tersarung di badan gadis itu sering kali menjadi idaman para gadis di situ.

Hanya mampu lihat sahaja.

"Cik.." pemuda tadi tiba di situ dan membuatkan Helena memusing ke belakang. Mata ungu nya melekat ke arah seorang kanak kanak lelaki yang hanya berketinggian 141 cm tersebut.

"Ini.." katanya tergantung bersama mata yang meniti kanak kanak tersebut dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki.

"Ini Leo. Dia tahu selok belok kampung ni. Mungkin dapat bantu Cik untuk cari bilik sewa." terangnya lantas menepuk bahu Leo, memaksanya terus tersenyum. Leo hanya mengukir senyuman senget yang tidak berapa ikhlas.

"Leo ya?" Helena menyebut kembali nama kanak kanak tersebut.

"Iya. Leo. Dah jom. Kata nak bilik sewa." malas mahu berlama lama di situ, Leo mula mengorak langkah. Helena akur. Dia menarik bagasinya untuk membontoti Leo. Sempat lagi dia mengucapkan terima kasih kepada pemuda tadi.

Dalam tidak sedar, satu senyuman senget mengekori langkah Helena, membiarkan ia terus mengikuti jejak langkah Leo yang membawanya mencari bilik sewa.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now