PROLOG

4.7K 357 84
                                    

PRANG

"Jiha, tunggu!" Belum sempat Subaru mahu menghalang gadis yang berusia 25 tahun itu, hempasan pintu daripada Jiha membantutkan langkahnya.

Tergamam dia sebentar sebelum jatuh tersandar pada bangku. Kepala dipicit perlahan seraya keluhan kecil dilepaskan. Dipicit pelipisnya dengan keluhan yang tersangat berat.

"Heh."

Subaru memandang anak lelaki di hadapannya ini dengan pandangan membunuh. Seorang budak lelaki yang berusia dalam lingkungan sembilan tahun berdiri di hadapannya, dengan gaya berpeluk tubuh.

"Tengok apa kamu dah buat. Ini dah kali ke empat puluh tahu tak!" Suaranya meninggi, memarahi anak lelakinya itu. Namun reaksi yang ditonjolkan hanyalah sekadar muka berbasi basi.

"Dyian Axel!" Panggilan tinggi daripada Subaru membuatkan kanak kanak lelaki itu berdiri tegak secara automatik. Kepalanya tertunduk ke tanah, menekur karpet serba merah istana. Subaru memegang kepalanya lalu digoyangkan, menghilangkan tekanan.

"Ergh--dah tak tahu macam mana nak buat dengan kamu ni. Kenapa susah sangat nak dengar kata?" Dyian menyengetkan mulutnya sedikit, menyampah. Dia turut menggulingkan bebola matanya tanpa Subaru sedari.

"Kan Dyian dah kata yang Dyian tak mahu pengasuh. Dyian dah besar. Tahu bezakan yang mana betul dan mana yang salah." Jawab kanak kanak lelaki itu datar. Dia mengangkat wajah, memandang wajah ayahnya itu.

Subaru pula, memincing tajam matanya ke arah Dyian.

"Kunci seseorang dalam bilik tu benda yang betul ke?"

Dyian terdiam sebentar lalu pantas mengangguk.

"Bagi kuda makan kayu tu benda betul ke?" Dyian mengangguk dengan yakin. Subaru mengetap giginya rapat.

"Siram maid dengan air tu pun benda betul juga ke?!" Sekali lagi, kanak kanak lelaki itu mengangguk dengan wajah yang yakin. Memuncak amarah Subaru ketika itu.

"Prince Dyian Axel, masuk bilik sekarang! Tiada makan malam buat kamu untuk malam ni!"

●○●

Dyian menguis nguis karpet dengan kedua belah kakinya. Dia mengeluh perlahan. Badan direbahkan ke atas katil yang bersaiz besar itu.

Kedua belah lengannya diletakkan di belakang kepala. Dia merenung siling biliknya yang berwarna putih tersebut. Mata hitamnya terkelip beberapa kali lantas tubuhnya bangkit semula.

"Ish! Bosan betullah!" Rungutnya penuh geram. Dia beralih ke arah tingkap yang berada di tepi katil. Ditongkat kepalanya lalu dilihat pemandangan luar. Langit sudah menjadi oren kekuning kuningan, menandakan yang sudah masuk waktu senja.

Mata hitamnya setia memerhatikan langit. Fikirannya mula menerawang, mengimbas kembali kejadian di mana dia mengurung pengasuhnya di dalam bilik bawah tanah. Meraung raung pengasuh yang bernama Jiha itu.

Dia tertawa halus, mengenangkan kembali kenakalannya selama ini. Dyian menghela nafas perlahan lalu dia memejamkan matanya, menikmati angin yang datang merembas wajahnya. Sehingga dia sendiri tidak sedar, bila masa dia terlelap.

●○●

"Tuanku, ada berita baik." Kata Ryuna sambil tersenyum lalu datang kepada seorang wanita yang berumur 25 tahun itu. Wanita itu sedang duduk di buaian dengan memegang dokumen. Dia memandang ke arah Ryuna lalu memanggilnya, mendekati dirinya.

"Ada apa Ryuna? Haraplah berita tu mengenai pengasuh." Ucapnya lantaran melontarkan senyuman. Ryuna mengangguk lalu menyerahkan sepucuk surat padanya.

"Nampaknya, ada yang mahu menjadi pengasuh tuan putera." Ujarnya dengan kedua belah tangan diletak di hadapan. Wanita itu membuka surat tersebut dan menarik sepucuk surat.

"Serius? Nampaknya, bertambahlah bilangan pengasuh yang bakal anaknda beta kerjakan." Dia ketawa lantas membaca surat tersebut. Ryuna sekadar tertawa halus sahaja, mengenangkan kata kata permaisurinya itu.

"Hmm..? Iryana Danella ya. Baiklah. Aturkan temu duga beta dengan gadis ini ye." Dia menyerahkan kembali surat tersebut pada Ryuna. Gadis itu menyambutnya lantas mengangguk. Dia menunduk sedikit dan meminta diri untuk beredar.

Setelah Ryuna hilang dari pandangan, wanita itu menarik nafas lega. Dia menarik sekeping gambar yang terselit pada celahan bantal. Terukir senyuman di bibirnya. Gambar tersebut dibawa ke bibir, lalu dikucup perlahan.

'My prince, Dyian Axel..be a good boy, please..'

●○●

Kaki dihentak ke atas lantai disertai dengan dengusan kecil. Dyian Axel memeluk tubuh nya lalu dihenyak punggung ke atas katil. Kata kata ibu nya kembali bermain di minda.

'Pengasuh baru? Ergh--again?!'

Kanak kanak lelaki itu memandang ke arah siling dan kembali termenung. Bagaikan layar skrin, memori yang lepas seperti terpapar di situ.

Tidak dinafikan, segala kenakalan yang terjadi kepada empat puluh pengasuh sebelum ini berjaya membuatkan setiap seorang daripada mereka mengangkat kaki, beredar dari istana. Sungguh seronok memperbodohkan setiap seorang daripada mereka.

Dan setiap kali itulah, ayahnya akan meleteri serta memarahi sikapnya yang terkadang nakal dan kurang ajar. Pernah juga ayahnya mencampaknya tidur di kandang kuda. Namun terpaksa membawanya kembali masuk ke dalam istana disebabkan kuda tersebut mengalami cirit birit. Itu pun perbuatan nakalnya.

Perlahan lahan, senyuman nakalnya terukir. Di dalam hatinya, dia tertawa jahat apabila mengenangkan yang bakal pengasuhnya akan didera secukup oleh dirinya. Dia tersengih sinis.

'Heh..aku akan pastikan ini pengasuh yang terakhir. Lihat sajalah nasib kau, Iryana Danella. Aku akan buatkan kau meraung tak berlagu sepanjang duduk dengan aku. Memang malang betul kau bertemu aku.'

□■Bersambung■□

Ok gais sorry sebab unpub. Aku nak tulis balik cerita ni. I mean--sambung semula cerita ni disebabkan haritu tergendala sebentar sebab tak ada idea. Maafin gue ye teman teman😂

P/S : Rebuplish balik atas sebab sebab tertentu.

P/S AGAIN : Aq rasa korang mesti dah ready nak hempuk aq kan hshshshs sorry geng. Lepas keributan mood yg melanda, akhirnya aq dah okey. Aq akan cuba update balik walaupun jadual kerja aq pun urm..nvm.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now