TEASER 17 | MAGIC WORDS

934 147 17
                                    

"Now talk. Bonda kamu dah tak ada." Subaru menyilang kaki dan berpeluk tubuh. Dyian masih kekal menunduk. Senyap dan tidak bersuara. Merasakan bahawa Dyian tidak mahu bersuara, Subaru menyoal lagi.

"Apa selama ni ayahnda punya didikan tak berguna pada Dyian ke? Mana pergi adab kamu? Dyian pergi sekolah dan belajar etika kan? Mana pergi etika kamu? Dah berkali kali ayahnda tebalkan muka, minta maaf pada semua pengasuh yang kamu kerjakan!" nadanya naik seoktaf. Entah mengapa tiba tiba amarahnya naik.

"Mana ayahnda nak letak muka ayahnda ni? Bukan dekat bekas pengasuh kamu saja tau. Tu, pada rakyat, kerajaan lain pun tahu yang putera kepada King Subaru seorang yang nakal. Dyian tak fikir ke semua ni?" sambungnya lagi bersama nafas yang tertarik tarik.

"Minta maaf pada pengasuh?" suara kanak kanak itu mula keluar, sedikit bergetar bersama tawa sinis yang baginya, terasa lucu.

"Rasa malu ya?" bersambung lagi. Jeda.

"Pada pengasuh je? Pada Dyian? Ayahnda tak nak minta maaf?" mendengar ayat Dyian, Subaru termati kata. Dyian mengangkat muka lalu mata mereka berdua bersabung. Anak mata yang persis bertautan, seperti cuba memahami isi hati masing masing.

"Ayahnda? Kenapa senyap? Salah ke apa yang Dyian cakap ni?"

| D Y I A N , P R I N C E  O F
T R O U B L E M A K E R |


Teaser je kaliann. Aku cuma nak tengok sama ada still ada lagi tak orang nak baca cerita ni HAHAH. Kalau ada pun, berapa ketul hahah. Esok aku update. Mungkin satu? Atau dua chapter? Tengoklah pada tahap kerajinan aku.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now