18 | NEW DAY

1K 125 26
                                    

"Memang tak boleh lah ya?" pupil mata yang berwarna hijau emerald itu berkelip, cuba meraih secebis peluang dan perhatian. Namun, si pemilik kedai hanya memandangnya datar.

BAM

Raut wajah itu terus bertukar muram apabila pintu kedai ditutup tepat di hadapan matanya sendiri. Iryana menghela nafas perlahan. Dengan langkah longlai, dia menapak pergi. Gagal lagi kerja nya.

"Iryana! Meja enam!"

"Baik madam!" penuh hati hati si gadis menatang dulang yang terisi beberapa gelas cawan milik pelanggan yang memesan. Namun, tangannya yang terketar ketar menampung berat cawan membuatkan langkahnya menjadi sangat perlahan.

"Iryana! Faster! Pelanggan dah tunggu lama tu. Ish budak ni lah kan." wanita yang sedang duduk di kaunter mula memetir tatkala melihat Iryana yang tidak cekap kerjanya.

"W-wait. I'm -- sha-shaking!" suara halusnya tersekat sekat. Matanya tepat memandang ke arah dulang, memastikan tiada setitis air pun tumpah atau keluar dari cawan akibat getaran di tangannya.

"IRYANA!"

PAP!

"A-ARGH!" si gadis terkejut, lalu menerbangkan dulang ke udara. Gelas yang terisi air manis semuanya melayang ke udara. Bagai kaset radio yang tersekat sekat siarannya, adegan gelas terbang disaksikan sendiri oleh Iryana dalam mod perlahan.

Matanya membulat. Mulutnya ditekup dengan kedua belah tangan. Dan di hadapan matanya sendiri, beberapa orang pelanggan di dalam kedai basah, bermandikan air manis yang baru sahaja diterbangkan oleh sang gadis, Iryana Danella.

"YAH IRYANA DANELLA!"

"Argh malangnya aku ni!" rambut ungu lebatnya dikusutkan. Kaki dihentak hentak, melepaskan geram. Rasa macam bodoh sangat sampai bawa dulang pun terketar ketar. Macam nenek yang terlupa minum susu anlene. Tak bermaya dan tak bertenaga.

Akibat rasa putus asa, dia hanya duduk di bangku dan memerhatikan sahaja penduduk kampung melakukan rutin harian mereka. Sekejap matanya diliarkan ke gerai buah. Sekejap singgah pula di kedai bunga. Mulutnya acap kali memuncung, seperti sedang membebelkan sesuatu yang hanya dia sahaja dapat dengar.

Itu sahajalah yang si Iryana lakukan sehinggalah petang menjelma. Bergoyang kaki dan melihat suasana kampung bersama makanan di tangan. Tatkala matahari sudah melabuhkan tirainya, si gadis membuat keputusan untuk pulang sahaja ke rumah sewanya semula. Rasanya, dia perlu cari kerja lain lagi selepas ni. Mungkin, jadi petani pula?

●○●

Duit syiling emas digerakkan ke kotak yang terakhir, maka, bersoraklah seorang Rayden, meraikan kejayaannya yang sudah sampai ke penamat dan juga penghujung permainan.

"FUH AKU YANG PERTAMA BHAI!" seorang Rayden, mula berjoget di tepi kerusi. Hitze membuat muka meluat, menyampah -- meluahkan rasa ingin melekatkan tapak kaki ke wajah Rayden.

"Ish. Sihir apalah kau ni guna sampai tak kena makan pun dengan ular." Hitze meluahkan rasa tidak puas hati lalu melempar dadu ke atas petak dam. Angka lima, lalu digerakkan lima kotak ke hadapan.

"Fuh satu kotak je lagi nak kena makan." dia mengurut perlahan dadanya, merasa lega. Bella pula tersengih sinis melihat duit peraknya yang berada tidak jauh dari kotak penamat.

"Giliran kau Bella. Cepatlah campak. Aku tak sabar nak menang ni." Hitze menanti penuh debar, melihat si kanak kanak mula melempar dadu. Peluh yang merenik di dahi diseka perlahan dengan belakang lengan.

"A-aku campak ya." suaranya sedikit bergetar, dengan tangan kanan yang menggoncang dadu.

"Y-ya. Campaklah. Aku harap kau kena makan dengan ular." Hitze tersengih sumbing, menampakkan gigi taring di belah kanan. Bella berdecit, merasa tercabar. Cepat cepat dia mencampak dadu. Namun, dadu tersasar. Dadu terkena pula kepala Hitze.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now