4 | DEAL

2.2K 301 96
                                    

Beg sandang diletakkan ke atas katil. Iryana berjalan menuju ke arah tingkap lalu ditolak. Ianya terbuka lalu angin yang kuat menyapa dan menghentam batang tubuh Iryana. Gadis itu tersenyum nipis.

Dia berjalan menuju ke beranda. Kedua belah lengan diletakkan ke atas palang. Rambutnya yang sebentar tadi berada di dalam jaket sudah terkeluar dan mengerbang ke belakang, mengikut rentak angin.

Mata hijau mudanya terpejam rapat. Dia menikmati setiap hembusan angin yang menerjah pada setiap sudut wajahnya. Udara yang dingin. Namun semakin lama udara yang dingin berganti dengan udara nipis yang hangat. Hembusan nafas dari seseorang menyapa wajah Iryana.

Mukanya sedikit berkerut. Lantas, kelopak matanya dibuka. Iris hijaunya membulat besar tatkala melihat wajah seorang lelaki yang bertopeng berada beberapa inci sahaja dari wajahnya.

"Hargh!" Iryana terundur ke belakang beberapa tapak. Lelaki itu terkejut lantas dia tidak dapat seimbangkan dirinya. Dia yang ketika itu sedang bercangkung di atas palang terus jatuh menjunam ke bawah. Terkejut Iryana ketika itu.

Dia berlari ke arah palang tadi dan melihat ke bawah. Dahinya berkerut. Matanya meliar, mencari susuk tubuh lelaki itu. Tiada.

"Cari apa?" Iryana tertoleh ke belakang. Arisa yang sedang membawa beberapa helai pakaian yang sudah dilipat, berdiri di dalam bilik. Iryana menggeleng perlahan kepalanya.

"Masuk. Cuaca sejuk di luar." ujar Arisa singkat lalu dia beredar ke arah almari. Iryana tanpa banyak bicara mengekori langkah Arisa. Dia menutup tingkap gergasi itu dan menguncinya.

●○●

"Hurm..dia mempunyai mata yang unik." seorang lelaki yang memakai topeng, berdiri di atas bumbung istana. Matanya setia memerhatikan Iryana yang sedang melipat pakaiannya. Sesekali, gadis bersurai ungu itu akan tersenyum. Tingkap gergasi yang tidak dilitupi langsir membolehkan dia melihat Iryana dengan jelas.

"Nampaknya, aku terpaksa menangguhkan dahulu perkenalan aku dengan kau, budak. Ah..malas betul mahu keluar dari kota ni." dia berkata dengan nada yang penuh bosan. Badannya diregangkan sedikit lalu dia mula berlari pantas di atas bumbung.

Dari satu bumbung ke satu bumbung dia berpijak. Sesekali mantelnya berkibar akibat arus angin yang deras ketika dia berlari. Mata coklatnya mula terarah ke arah padang. Beberapa orang lelaki dan wanita yang lengkap bersenjata sedang berlatih kemahiran pedang di situ. Di sebalik topeng, dia tersenyum.

Langkahnya makin dipantaskan. Dan apabila tiba di hujung bumbung, dia melompat dan berpusing di udara. Sekelip mata, tubuhnya menghilang di udara. Dan kelibatnya tiada di mana mana. Pengenalannya dengan Iryana hanya setakat itu saja. Mereka akan bertemu kembali. Tetapi bukan dalam masa yang terdekat.

●○●

Derapan kaki milik Dyian bergema. Dia berjalan dengan diiringi oleh Bren. Jejaka itu berada di belakang Dyian yang sedang memasam saja wajahnya. Mantel diraja yang dipakai oleh Dyian sedikit berterbangan tatkala dia berjalan dengan laju.

Mereka tiba di sebuah bilik yang pintunya berwarna coklat. Wajah Dyian terus menerus menjadi dingin. Dia mencebik lalu memandang ke arah Bren. Pengawal peribadinya itu mengangkat sebelah kening berulang ulang kali, tanda menyuruh putera kecil itu masuk.

"Ugh." Dyian memandang semula ke hadapan. Bren menolak pintu tersebut lantas Dyian membolos masuk. Jejaka itu turut mengikut Dyian. Selepas beberapa langkah, barulah mereka tiba di sofa. Dyian mendudukkan diri pada salah satu sofa yang berwarna putih.

Manakala Bren pula berdiri di sebelah Dyian dengan kedua belah tangan diletakkan ke belakang. Di hadapan mereka, Iryana Danella sedang duduk sambil menghadap Dyian. Di sebelahnya, Arisa dan Ayumu berdiri.

"Your majesty, this is your new babysitter. I'm--"

"Kau fikir aku ni budak kecil ke?" ayat Arisa terpotong apabila Dyian memotong percakapannya. Terkedu Iryana yang melihatnya.

'Biadabnya!' getus hati miliknya apabila melihat Dyian. Perasan akan hal itu, Dyian memakukan pandangan pada Iryana.

"Kau--" jari ditunding ke arah Iryana. Tersentak gadis muda itu.

"--tak perlulah nak acah jadi pengasuh aku. Sebelum kau menyesal tak berlagu, baik kau pergi. I don't need a babysitter in my life." Dyian berkata selamba dengan nada yang menyampah.

"Prince, please behave." Bren menegur dari tepi. Dyian menjeling sekilas ke arah Bren lalu mengguling perlahan bebola matanya. Menyampah.

"Dyian Axel, watch your words, kid. Hormat sikit orang yang lebih tua." Ayumu menegur dengan mata yang sedikit dijegilkan. Dyian tersenyum senget.

"Oh..ye. Aku memang kena hormat orang tua. Especially kau, mak cik." dia tertawa kuat. Mata Ayumu membulat manakala Bren mengetap bibir, menahan tawa. Apabila Ayumu memakukan pandangan pada Bren, jejaka itu berdehem sedikit, mematikan tawanya.

"Ayumu was right prince. Please watch your words." Bren melemparkan senyuman manis pada Ayumu. Gadis itu memeluk tubuh dan memandang Dyian.

"Jadi, minah ni pengasuh baru aku lah? Walah!" Dyian menyilangkan kakinya, dengan siku kanan yang ditongkat. Tangannya naik menampung dagu. Dia memandang Iryana.

Gadis itu pula sudah melihat Dyian dengan pandangan lain macam. Dyian sengaja mengenyit mata pada Iryana. Terkejut gadis itu termasuk Ayumu.

"Dyian!" pekik Ayumu, tanda menegur perbuatannya. Dyian tersenyum sinis.

"Iryana Danella..hmhm.." Dyian memandang segenap inci pada wajah gadis itu. Daripada rambut, beralih ke mata, hidung dan turun pada mulut. Kemudian, ia naik semula ke arah mata.

"Mata kau cantik. Aku suka." katanya dalam nada mengusik. Naik meremang bulu roma Iryana. Ayumu menepuk kuat dahinya. Bren pula memberikan pandangan tajam pada Dyian, namun kanak kanak lelaki itu tak endahkan.

"Kau tahu tak, apa yang kau buat ni bakal merosakkan hari hari indah kau?" Dyian berkata dengan sebelah kening dijungkit ke arah Iryana. Gadis itu senyap, mendengar setiap kata putera kecil itu.

"Percayalah Iryana Danella..kau takkan mampu bertahan, walaupun seminggu. Heh." Iryana meneguk perlahan air liurnya. Arisa memegang bahu kanan Iryana.

"Kalau dia mampu bertahan?" Arisa menyoal dengan wajah yang tiada riak. Dyian memandang sekilas ke arah Arisa lalu ditumpukan kembali kepada Iryana.

"Aku akan buat juga, sampailah dia akan blah dari sini, in one week.."

Ayumu mengguling perlahan bebola matanya. Bren pula menggeleng perlahan. Iryana menolak lembut tangan Arisa yang menyentuh bahunya.

"Baiklah. Saya akan sahut cabaran tuan putera. Tapi!" jari ditunding ke hadapan.

"Kalau saya dapat bertahan di sini selama seminggu, tuan putera kena dengar setiap apa yang saya kata.." terjungkit sedikit kening Dyian. Dia tertawa sinis.

"Deal."

□■Bersambung■□

Morning semua. Eh silap. Selamat petang semua♡

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now