14 | TWO SENIOR

1.4K 199 37
                                    

Tiba sahaja di sekolah, terus Dyian melulu keluar lalu meninggalkan Bren dan Iryana di dalam kereta. Gadis itu mengeluh. Hari ni, sudah masuk hari ketujuh perjanjian mereka. Kalau dia bertahan, Dyian akan mendengar katanya. Harap sajalah Dyian lupa akan janji tu. Teruk dirinya asyik dikerjakan oleh kanak kanak lelaki itu.

"Mari. Kau pun ada hal kena jumpa Tuan Kenzo." Bren mengajak lalu membuka pintu dan keluar dari perut kereta. Gadis itu mengangguk sebelum mengekori jejaka itu. Sepanjang perjalanan, ada saja yang memandang mereka berdua. Ada yang berbisik. Ada juga yang melemparkan senyuman manis. Tidak kurang juga yang mengukir senyuman sinis.

"Mereka memang macam tu. Jangan risaulah." Iryana mengangguk sambil tersenyumn, mengerti. Ini baru beberapa orang sahaja. Bagaimanalah keadaan dia bila mahu menghadap para pemain bola keranjang tu nanti. Harap saja semuanya baik baik.

○●○

Huluran tangan daripada Tuan Kenzo dibalas dengan tundukan daripada Iryana. Gadis itu tersenyum polos bagai tidak melakukan apa apa kesalahan. Perlahan lahan lelaki tua itu menarik kembali tangannya. Tuan Kenzo tersenyum janggal.

"Cik Iryana dah boleh mulakan kerja hari ni. Please treat our atlets well." ucapnya lalu dibalas dengan anggukan.

"I will. Saya keluar dulu. Terima kasih sekali lagi." dia menunduk sebelum berundur. Tombol pintu dipegang dan dipulas. Sempat lagi gadis itu memberikan satu senyuman lebar lalu keluar dengan menghempas kuat pintu pejabat yang serba mewah itu.

DUM

Bren yang sedang bersandar pada dinding terperanjat. Dada diurut perlahan. Wajah Iryana yang masam mencuka menyapa pandangan.

"Benci betul aku dengan spesis manusia yang merenyam ni!" omelnya sendirian.

"Kenapa?" satu soalan daripada Bren membuatkan Iryana mendengus kuat.

"Nothing. Dah jom pergi." Iryana berlalu dari dalam bilik guru tersebut. Bren hanya senyap dan membontoti gadis itu tanpa banyak bicara.

'Tengah bulan tak baik ke tu?' jejaka itu hanya mampu bermonolog saja. Nak soal depan depan, risau kena penerajang. Tak pasal pasal kerja kat hospital, dalam wad, atas katil pesakit.

Huii seram. Lagi seram dari hantu rasanya.

○●○

"Nah." botol air yang dicampak disambut kemas oleh seorang jejaka yang tinggi lampai. Dia yang baru sahaja habis membuat larian sebanyak dua puluh kali pusingan gelanggang mengambil tempat di sebelah rakannya itu.

"Ah aku lupa pula nak tanya kau. Ada dengar berita daripada coach tak?" lelaki itu melepaskan tegukan dan memandang ke kanan, ke arah rakan sepasukannya.

"Berita? Pasal apa?" jawapannya mendapat reaksi gembira daripada rakannya itu.

"Yes! Selalunya semua benda dalam sekolah ni kau tahu kan? Haa sekarang ni dengar apa aku nak kata. Bukan selalu seorang Aaron Suzuki tak tahu apa apa ngehehe." Aaron tersenyum nipis melihat gelagat rakannya itu.

"Okey. Bagitahu aku apa yang penting sangat tu. Hyper semacam je aku tengok kau ni." ucapnya lalu mula fokus pada apa yang ingin disampaikan oleh kawan sekelasnya, Yamato. Yama nama pendeknya.

"Pasal team basketball. Dengar cerita ada pengurus pasukan yang baru." terjungkit sedikit kening Aaron mendengar kata kata Yamato.

"Jadi?"

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now