12 | BASKETBALL

1.6K 229 40
                                    

PUK

"Sakitlah!" Ryuusei yang mendengar aduhan daripada Dyian hanya mengguling perlahan bebola mata. Pen biru yang dipegangnya ditunjuk kembali pada kertas soalan.

"Dah berapa kali aku cakap, bila buat matriks, persamaan ni kena masukkan dalam kurungan. Baru boleh buat step seterusnya." ujar Ryuusei sambil membulatkan angka persamaan tersebut. Habis terconteng kertas bersih itu.

Dyian yang mendengar mula menayang wajah sememeh penuh jengkel.

"Kau ni dalam kategori pandai bodoh ke? Ni soalan menengah atas lah pandai. Aku baru sembilan tahun kut. Darjah lagi tahu." Dyian menggeleng perlahan kepalanya. Pening apabila disuruh buat soalan yang langsung dia tak belajar. Ryuusei membuat wajah oh ye? Ada aku kesah?

"Buat je cepat. Kau tu dah lah tak cerdik. Dah lah kelas pun tak pernah masuk."

"Ada okey. Nampak tak nampak je."

Ryuusei menggeleng perlahan kepalanya. Rasanya tak payah berdebat dengan budak kecil ni. Makin dicakap, makin banyak jawabnya. Dyian kembali menatap kertas di atas mejanya.

Mereka berdua ada di taman bunga memandangkan Ryuusei secara tak sengaja terserempak dengan Putera Raja itu yang tika itu mahu menjahanamkan segala tanaman di situ. Nasib saja dia sempat. Kalau tidak, pasti sudah cantik menawan taman bunga ni dikerjakan Dyian.

"Beb." Dyian mencucuk lengan Ryuusei, memanggilnya.

"Apa?"

"Kau ni tak nak ada girlfriend ke? Lonely je aku tengok." wajah penuh ada juga yang kena hempuk sekejap lagi ditayang. Dyian menjungkit sedikit keningnya, menyuruhnya jawab.

"Malas. Buang masa. Buang tenaga. Buang duit aku je." dengan penuh angkuh dia berkata. Dyian menayang senyuman sinis.

"Bukan sebab tak laku ke?"

Jelingan tajam pantas dihadiahkan lantas tawa kanak kanak lelaki itu meletus hebat.

"RYUUSEI TAK LAKU! HAHAH!"

Dihentak meja batu itu dengan tangan kanannya, kuat sehingga bergegar. Guru lelaki itu memeluk tubuh kesal. Tak pasal pasal kena kutuk dengan budak kecil ni. Rasanya memang betul pun. Mungkin dia tak laku? Huhu.

Jejaka itu meraup raup rambutnya, mengemaskan diri. Cermin poket dibawa keluar lalu dibelek wajahnya. Mana tahu ada cacat cela di wajahnya lalu membuatkan gadis gadis yang memandang memalingkan muka daripadanya. Cewah.

"Chill bro..up sikit muka kau ek. Nanti lakulah tu." ucap Putera Raja itu penuh sindiran. Ditilik jam tangannya lalu punggung diangkat.

"Nak masuk waktu rehat dah. Aku blah dulu lah ye. Fikir fikirkan lah ye perihal tadi." Dyian berlalu dari situ dengan tawa yang besar. Ryuusei pula mengeluh hampa. Sesiapa nak jadi kekasih Ryuusei ke?

○●○

"Ayo goyang dumang. Biar hati senang. Pikiran pun tenang. Galau jadi hilang~!" Rayden seperti biasa, terjoget joget sambil berjalan menuju ke kafe bersama rakan rakannya. Bella mengguling lemah matanya tatkala melihat perangai tak semenggah abangnya itu.

"Stop it. Abang macam beruk gatal lah. Terkedek ke sana ke mari." gadis comel itu menyindir, dengan niat agar Rayden berhenti berjoget. Memang memalukan betul. Dah lah headphone tu tak pernah berjauhan dari dia. Sampaikan dalam bilik mandi pun dia joget.

"Well..biarlah. Bukan selalu nampak dia pamerkan kebodohan diri dia." balas Dyian selamba. Bella yang mendengarnya tertawa perlahan.

"Bukan selalu ke abang buat macam tu?" Bella membalas sambil memandang Rayden. Tak habis habis. Entah macam manalah reaksi bakal isteri dia nanti kalau perangainya yang satu ini dibawa sampai ke besar.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now