10 | DYIAN'S BESTFRIENDS

1.9K 233 109
                                    

Seorang kanak kanak lelaki berambut hitam serta mempunyai sepasang anak mata bermata hitam memasang wajah penuh ketat bersama pelukan di tubuh. Bren yang setia berada di sisinya mengukir wajah tenang. Terukir segaris senyuman di bibirnya.

Di hadapan Dyian, jauh di sudut meja yang berukuran panjang, seorang gadis kampung iaitu Iryana duduk dengan keadaan yang menegak. Wajahnya sedikit tertunduk, menilik tangan yang tergenggam kemas di atas paha.

"Siapa. Yang. Benarkan. Kau. Duduk. Dekat. Situ hah? Dan. Siapa. Yang. Benarkan. Kau. Makan. Sekali. Dengan. Aku?" Dyian menyoal penuh sarkastik dengan menyebut satu persatu perkataan. Iryana yang mendengar, meneguk perlahan air liurnya.

"Dyian, akak duduk sini sebab--"

"Akak?" kata kata Iryana terpotong. Dyian tersengih sinis, tanda memperlekehkan penggunaan kata 'kakak' itu.

"Hey perempuan. Kau jangan sesekali gunakan gelaran tu. Kau bukan kakak aku." bidasnya penuh lancang. Iryana terkunci kata.

"Prince, behave. Iryana lagi tua daripada Tuan Putera." Bren menegur dari tepi apabila kanak kanak lelaki itu semakin melebih. Dyian mendengus, tidak berpuas hati lalu turun daripada kerusi. Bajunya diperkemaskan lantas pandangan penuh tajam diberikan pada Iryana. Sekali lagi, Iryana tertunduk. Dengan penuh rasa meluat, kanak kanak itu beredar pergi.

Bren mengeluh sedikit sebelum mengekori langkah Dyian. Dia memberikan senyuman kepada gadis itu sebelum berlalu pergi. Manakala Iryana sudah merebahkan kepalanya ke atas meja. Kusut fikirannya. Makin bertambah bebannya. Ya. Beban. Beban untuk menjaga Dyian di sekolah nya. Semuanya, kerana Permaisuri.

'Apalah nasib kau Iryana..'

○●○

Turun sahaja dari perut kereta, Dyian terus menjadi tumpuan. Berpusu pusu para pelajar yang menunggu di hadapan pagar sekolah. Iryana yang tika itu berada di dalam kereta sedikit gerun. Kerana pelajar di sini semuanya bagaikan zombi. Tak pernah nampak Dyian ke?

"Mereka memang macam ni. Disebabkan Dyian jenis yang tak berkawan, ramai yang cuba ambil hatinya. Tapi kalau dah namanya Dyian, memang dia agak memilih sikit." Bren memberi kata, menerangkan situasi yang berlaku sekaligus mendedahkan sifat Putera kecil yang satu itu.

Iryana tersenyum, mengangguk faham. Oh lupa pula mahu kenalkan sekolah yang Dyian duduki ni.

Acadia Da Vinci Academy.

Dari yang berumur tujuh tahun sehinggalah berumur lapan belas tahun, semuanya ada. Mereka yang berumur tujuh tahun sehingga dua belas tahun akan ditempatkan di bahagian utara iaitu di blok Darjah. Dan yang berada di tingkatan satu sehinggalah tingkatan enam akan berada di bahagian selatan, iaitu di blok Menengah.

Sekolah ni tidak dikhususkan untuk golongan bangsawan dan berdarah raja sahaja. Rakyat biasa yang cemerlang dalam akademik dan sukan juga turut berada di sini dengan adanya bantuan biasiswa.

Setelah keadaan sedikit reda, barulah Iryana keluar dari kereta diikuti dengan Bren. Diteleng kepalanya ke kiri dan ke kanan, mencari kelibat Dyian. Namun, tiada. Argh sudah. Budak ni buat hal lagi.

"Jangan risau. Budak ketot tu tak dapat lari jauh." Bren berkata sambil memasang wajah yang penuh dengan senyuman. Dahi Iryana berkerut sedikit.

"Kau tahu ke dia ada di mana?"

Bren menundukkan kepalanya sedikit ke kiri, memandang wajah Iryana. Senyumannya masih terukir.

"Macam biasa. Tempat biasa dia untuk memonteng."

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now