EPILOG

806 60 9
                                    

Satu derap.

Dua derapan.

Dia melangkah penuh huru-hara. Kepala sentiasa menunduk. Rambut panjang oren kemerah-merahan miliknya beralun lembut ditiup angin. Kusut.

Semua mata yang berada di koridor tidak menghiraukannya. Kakinya kotor berdebu tersalut tanah. Pakaiannya juga comot. Begitu juga dengan tangan. Akibat jalan membuta tuli, dia terjatuh tatkala terlanggar sesuatu.

BUK!

"Huh?" Gadis bersurai oren itu kaget tatkala mendengar suara di hadapan. Badannya mula terketar-ketar. Mulutnya terkunci tidak dapat berbicara. Mendengar suara itu sahaja sudah cukup buatkan dia menggigil ketakutan.

"Wah wah."

Dua kata, gadis itu pantas melutut dan menyembah kaki orang di hadapannya.

"M-maafkan Stella..maaf.."

"Cih."

















𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now