SPECIAL EPISODE | AYUMU

289 14 0
                                    

Langkah riang diatur tidak senada di jalan berbatu tersebut. Angin meniup, panas bercampur terik mentari. Dia berpeluh, namun senyumnya tidak lekang di bibir. Di dalam tas nya, renyukan kertas yang dia jumpa di jalan merupakan satu jalan penyelesaian bagi masalah yang dia hadapi hingga kini.

Dan kini langkah yang dia atur itu merupakan langkah kali kesepuluh yang dia orak, menuju ke bangunan mewah serba putih tersebut. Dari jauh dia sudah dapat melihat struktur bangunan yang mewah dan megah di kota Cindellion tersebut.

Istana.

'Huwarghh berdebarnya! Harap harap permaisuri orangnya baik.' Dia mengurut perlahan dadanya. Berdetak laju sedari tadi tiap kali mengingatkan yang pekerjaan barunya bakal dilaksanakan di dalam istana. Dia asal asalan saja menghantar borang kerja. Tahu tahu dipilih pula.

Dia dengar yang memilih dan meneliti borang pekerjaan ialah permaisuri. Hanya yang terbaik dan berkemampuan sahaja yang diupah oleh permaisuri. Kiranya aku salah seorang yang terbaik lah kan? Hehehe. Kembang kuncup hidung dia jadinya.

Terhenti khayalannya apabila tiba tepat di hadapan istana. Niat dia ingin melangkah lebih ke depan terhenti apabila ditahan oleh dua orang pengawal yang bertugas.

"Ada urusan apa?" Ven menyoal tegas. Dia meneliti gadis yang berpakaian dress coklat separas lutut tersebut. Simple. Namun jika diteliti, nampak manis.

"Lah. Nak masuk istana pun kena tahu sebabnya ke?" Gadis itu memeluk tubuh bersama muka yang dikerutkan. Terkedu Ven. Apa masalah dengan gadis ni? Soalan apa yang dia tanya ni?

"Setiap urusan yang melibatkan istana perlukan surat rasmi." Kali ini Hirda yang menjawab. Rasanya dia baru pertama kali datang ke istana, gumam Hirda.

"Ah ye ke.." Diam sesaat gadis itu lalu dia meraba poket dress yang dia pakai. Kemudian tangannya beralih menyelongkar beg silang di tubuhnya. Kemudian bagasi yang dia bawa pula dipunggah. Hirda dan Ven tidak sengaja mengintai isi di dalamnya.

Kemudian dengan pantas keduanya berdiri tegak. Memanas dan memerah wajah mereka. Hirda sempat menutup matanya seraya mengeluh perlahan. Ah, apa benda yang dia nampak dalam bagasi tadi ya..

"Surat ni kan?" Dia menghulur sampul putih yang dia terima semalam. Sambil menunggu Ven memastikan isi surat tersebut, dia menyusun semula pakaiannya. Ven membuka sampul putih tersebut dan mula membacanya. Namun apabila melihat cap istana di bawahnya bersama tandatangan permaisuri, dia terus mengembalikan kepadanya.

"Cik jalan terus sahaja sehingga jumpa koridor. Ada ramai dayang yang akan tunjukkan jalan." Pagar serba mewah itu dibuka seluas-luasnya. Setelah mengucapkan terima kasih, dia atur langkah masuk ke dalam kawasan istana. Mulutnya yang ternganga tidak dapat dia katup apabila melihat suasana mewah itu.

'Gila. Ini ke istana? Aku ingatkan rumah bangsawan dah cukup mewah. Tapi apa benda semua ni?' Kepalanya tidak lepas daripada menoleh ke kanan dan ke kiri. Untuk dia yang hidup sebagai rakyat biasa, melihat kemewahan yang tidak biasa merupakan satu peluang baginya.

Neneknya kata tatap puas puas benda di depan mata selagi ada. Jadi pokoknya, entah bendul atau pun bebal, gadis itu merenung patung di pancuran air yang terletak di tengah-tengah istana. Ah...

"Cik?"

Gadis itu berdecit. Kacau je.

"Apa?" Dia tidak hiraukan si tukang tanya. Malahan dia menyentuh hidung patung tersebut dengan niat ingin membersihkan kotoran.

"Kenapa cik tonggeng depan anak patung ni?" Soalan yang ditanya dia jawab dengan helaan nafas penuh sesal.

"Nenek aku kata kalau nampak benda cantik kita kena tenung puas puas. Aku nampak benda ni cantik. Itu yang aku tenung. Kalau tak nanti sayang." Kali ini dia celup tangannya ke dalam air dan menyapunya pada kotoran.

𝐃𝐘𝐈𝐀𝐍 (𝐂)Where stories live. Discover now