Bab 8

187 35 1
                                    

"Tipah."

Aku menoleh ke kanan. Dia datang lagi. Orang yang aku maksudkan, Mateo Tan. Penampilannya hari ini sama seperti sebelumnya. Masih mengenakan jaket berkulit hitam. Bezanya kali ini dia muncul tanpa motosikalnya.

"Ai, Tipah? Muda-muda lagi, takkan dah pekak Tipah?"

Aku menuding jari ke muka sendiri. Dia bercakap dengan aku ke?

"Iyalah. Kau."

"T-Tipah?" Aku terangguk-angguk, pasrah. "Nak apa?" Soalku.

Mateo tertawa kecil. Kerana aku tak berganjak mengikut kemahuannya, terpaksalah dia menghampiriku. Sebelah tangan dia selukkan ke dalam poket celana jeans sementara sebelah lagi masih berbalut dek terseliuh.

Rasa bersalah menyerangku lagi. Kemalangan itu baru kelmarin terjadi tapi aku sudah terlupa tentangnya. Walhal tangannya berakhir dalam keadaan itu kerana ingin menyelamatkanku. Kalaulah bukan sebab dia, mesti aku yang berdiri di sini dengan tangan berbalut. Entah-entah, keadaanku lebih teruk berbandingnya.

"Tak sakit pun." Dia bersuara, perasan aku sedang merenung tangannya.

Aku mendongak, memandang wajahnya dan dia tersenyum kecil. Meyakinkanku dia baik-baik saja. Meskipun aku tahu itu hanya kata-kata disalut gula untuk menyedapkan hatiku, ketenangan sedikit membasuh kerisauan mendengarnya.

"Siapa suruh nak acah hero?" Aku menjelingnya, bergurau.

Dia tertawa.

"By the way, kau nak pergi mana? Kerja?"

"Eh, taklah!"

Meen memang tak pergi kerja paruh masa dia kat kafe, tapi Eefa sudah tentu tidak.

"Er... aku—aku saja-saja je nak keluar. Kenapa?" Sambungku.

"Oh. Aku datang ni nak tagih hutang."

"HAH?!"

Kejap. Dia ni... Ah Long ke? Tengok dari cara pemakaian dia, m-memanglah nampak macam bad boy sikit. Tapi takkanlah muda-muda macam ni nak jadi Ah Long? Baik jadi model. Rupa pun dah lebih dari elok tu haa.

Aku berundur selangkah ke belakang. "Berapa banyak aku hutang kau?"

Dia berfikir sejenak. Alih-alih dia mendepakan tangannya. Rahangku hampir tercabut dek terkejut dengan amaun yang dia maksudkan.

"R-Ribu?"

Dia menggeleng. Aku meneguk liur. Bersedia untuk cabut lari sekiranya jawapanku yang seterusnya betul.

"Ratus ribu?"

Dia menggeleng lagi. Biar betul dia ni?!

"JUTA?!"

"Bukanlah!" Nafinya, menurunkan tangan dan tersenyum herot. "Cinta."

HAH?! Sejak bila pula cinta jadi nilai matawang ni? Ni, tak lain tak bukan mesti ajaran Ayah Pin ni.

"Bukan hutang duit! Tapi date. Kelmarin kan kita nak pergi keluar makan tapi tak jadi. Hari ni, jadi tak?"

"Hari ni?" Aku menggigit bibir. "Actually, hari ni aku tak—"

"AH!" Dia menjerit kuat, memegang tangannya. "Ah... sakitnya! Tahu tak, lepas aku selamatkan kau, aku nak makan pun susah tahu? Tidur pun tak lena sebab tangan ni asyik berdenyut je. Lepas tu, kalau gatal, tak boleh nak garu. Lepas tu pula, kalau nak pergi mana-mana—"

"Okaylah, okaylah!" Aku mengeluh geram. "Tadi cakap tak sakit. Sekarang cakap lain pula."

Dia membalas dengan sengihan. Nampaknya aku kena minta tolong Kimi gantikan syif aku hari inilah. Gaji hari ni pun, kena bagi kat Kimilah jawabnya.

"Kita nak pergi makan mana?"

"Hm... aha! Aku tahu!"



"Kat sini?"

Aku melihat sekeliling kami. Kanak-kanak berlarian di taman permainan yang dibina dalam bangunan sementara ibu bapa atau penjaga pula duduk di sebuah restoran slash kafe yang datang bersama taman permainan itu. Banyak-banyak tempat, kenapa tempat ni juga jadi pilihan dia?

"Actually owner tempat ni kawan aku. Dia minta tolong promote. Alang-alang kita nak keluar makan, baik makan kat sini je. Sambil menyelam, minum air." Jelasnya sambil menggilap kutleri. "But sorry. Aku terlupa pula kau tak suka budak-budak."

"Aku? Mana ada! Aku okay je!"

Dia meletakkan sudu ke atas meja. Dahinya berkerut dan aku menyedari aku baru saja membuat kesilapan. Meen suka budak-budak, tapi Eefa? Oh, tidak.

"Er, kawan sekerja aku ada yang baru bersalin. Hari tu aku pergi melawat dia. Er... well, I guess, budak-budak tak adalah annoying mana." Tambahku.

"Oh, iya ke?" Dia mengangguk faham, tak lagi curiga.

Fuh, nasib baik!

Sepuluh minit kemudian, makanan yang kami pesan tiba. Dua pinggan Char Kuey Teow dan dua jus kelapa. Dia yang memesan makanan. Aku turuti saja. Aku taklah memilih mana bab makanan.

Setelah perut hampir penuh, pelayan restoran datang lagi dan kali ini membawa sepinggan kek cawan baldu merah bersaiz mini sebagai pencuci mulut. Sekali lagi, Mateo menyerahkan sudu untukku setelah dia gilap bersih.

Sedang kami berborak kosong, seorang budak lelaki berdiri di samping. Kedua tangan dia sembunyikan di belakang. Sepasang matanya pula melekat pada kek cawan baldu merah dengan frosting keju di atas meja. Faham akan keinginan budak kecil itu, Mateo mencapai satu kek cawan dan menghulurkannya.

Gembira dengan tawaran Mateo, dia segera mengambilnya dan menggigit hampir separuh kek cawan itu. Entah mengapa aku bertepuk tangan seolah-olah itu pencapaian yang besar.

"Tipah. Tengok sini."

Aku menoleh ke arah Mateo dan klik! Gambar ditangkap.

"Isy! Aku belum ready lagilah!" Rungutku, geram.

"Okay, okay. One more time." Dia menghalakan kamera depan ke arah kami dan klik! "Okay tak?" Gambar pada skrin dia tunjukkan padaku dan aku mengangguk.

"Adik—"

Aku terkebil-kebil. Senyap-senyap, budak kecil itu lesap dari pandangan bersama kek cawan yang Mateo berikan kepadanya.

"Tapikan Tipah," Mateo mendongak dari memandang skrin telefonnya dan menelitiku dari atas ke bawah. "kau... nampak pelik."

"Hah?"

"Maksud aku, biasanya even nak keluar lepak dengan aku pun kau... pakai cantik-cantik. TAPI! Aku bukan nak cakap sekarang ni kau tak cantik, cuma maksud aku... kau tak pernah lagi keluar pakai t-shirt dengan... jeans je." Mateo menggaru kepalanya.

"OH!" Aku berdehem janggal. "Aku... aku... aku lupa nak basuh baju! I mean, kebelakangan ni aku sibuk sangat so tak ada masa nak... buat kerja rumah bagai. So, ini je baju yang aku ada."

"Oh." Mateo mengangguk faham.

"Eh, aku nak pergi toilet kejap!" Aku bingkas bangun. "Kau pergilah bayar bil dulu."

"Alright."

Aku bergerak meninggalkan bangunan memandangkan tandas terletak di belakang bangunan. Perlu berjalan jauh sedikit.

"Fuh, nasib baiklah dia tak curiga." Aku mengeluh nafas lega.

Tiba-tiba, pintu kedai bersebelahan dibuka dan hampir mengenaku. Seorang jejaka berbaju kuning pucat melangkah keluar dari dalam dengan beg bimbit di tangan.

Nur Hailmie?!

+

Selamat Hari Raya! Sorry lama tak update

Y/NWhere stories live. Discover now