Bab 34

166 33 7
                                    

Bahuku ditepuk perlahan oleh wanita bertudung kelabu yang sebaya mamaku. Senyuman keibuannya bermain di bibir. Pinggan kosong diberikan kepadaku.

"Kenapa termenung? Tak nak makan ke?" Tanya beliau.

Aku mengecilkan mata. Meskipun hari sudah petang, silau cahaya matahari di pantai masih menyengat. Wanita yang bergelar ibu kepada Baari itu menanti jawapanku dengan sabar.

"Tak apalah. Mama makanlah dulu." Aku menoleh sekilas ke arah Baari yang sedang terbatuk-batuk memanggang ayam. "Meen nak tolong Baari kejap."

"Hmph! Sweet betul bakal menantu mama ni." Usiknya.

Aku memaksa senyum. Kalau Baari tahu apa yang aku buat belakang dia selama hampir sebulan ni, gelaran 'bakal menantu' tetap untuk aku ke? Memanglah Baari pernah kata yang dia akan maafkan aku walau aku buat kesalahan sebesar alam sekalipun tapi aku tahu, lebih mudah untuk berkata-kata berbanding benar-benar memaafkan.

Esok hari Jumaat. Esok juga Eefa balik Malaysia. Sebelum hari ini berakhir, aku nekad nak luahkan semuanya kat Baari. Bila dia ajak aku keluar berkelah untuk raikan kemenangan pasukan dia dan harijadi aku yang dia terlepas, sejujurnya aku lega kerana itu bermaksud kami ada masa untuk bersendirian. Senanglah aku nak berterus-terang. Tiba-tiba, satu keluarga dia ikut sekali rupanya.

Baari anak tunggal tapi sepupu dia ramai. Keluarga diorang pula rapat. Setiap kali melancong atau berkelah, mesti semua ikut sekali. Biar meriah. Meriah memanglah meriah, tapi aku risau aku tak dapat nak beritahu dia semuanya sebelum fajar hari esok menyingsing.

"Baari." Panggilku.

Baari melirik ke arahku sebelum kembali memerhatikan bara api. Bibirnya mengukir senyuman lebar dengan kehadiranku di sampingnya.

"Hai sayang." Sahutnya. "Dah makan?"

"Belum lagi. Tunggu awak."

"Oh, okay. Dalam sepuluh minit lagi kita pergi makan, okay? Dah nak siap dah ni."

"Hm." Aku mengangguk faham.

Baari mengipas asap berkepul-kepul jauh dari aku. Sekejap-sekejap dia menoleh ke sisinya, mahu memastikan aku tak terkena asap dan setiap kali dia menoleh, senyumannya bertambah lebar. Meremukkan hatiku.

"Baari." Panggilku lagi.

"Ya?"

"Saya ada benda nak beritahu awak."

"Apa dia?"

"Saya—"

"Meen?"

Aku dan Baari serentak menoleh ke arah empunya suara yang memanggil namaku. Mateo Tan muncul entah dari mana, memeranjatkanku. Sampai ke sini dia ikut aku?

"Mateo!"

Dahi Baari berkerut. Dia memandangku dan Mateo bersilih ganti. Hairan bagaimana aku mengenali jejaka berambut ungu abu-abu itu.

"Kau buat apa kat sini?" Tanyaku terus kepada Mateo.

"Aku ada photoshoot kat sini." Jawabnya.

Sepertinya dia mahu menanyakan soalan yang sama kepadaku tetapi setelah melihat Baari, persoalannya terjawab. Tangan dia unjurkan ke arah Baari, tersenyum herot.

"Mateo." Dia memperkenalkan diri.

Baari menyambut huluran tangannya dan maju selangkah. Jurang ketinggian mereka yang mencapai belasan sentimeter menghapuskan senyuman herot Mateo. Membatalkan niatnya untuk mengusik Baari yang sedang terbakar dengan api cemburu.

"Baari." Balas jejaka 183cm itu.

"O-Oh..." Mateo menarik tangannya, tergagap-gagap.

Aku mengetap bibir. Perut sakit menahan tawa melihat Mateo yang panik kerana percubaannya untuk membuatkan Baari tak senang duduk. Alih-alih, dia juga yang tak senang duduk.

Y/NWhere stories live. Discover now