Bab 12

181 32 4
                                    

Misteri terungkap. Lelaki yang dikatakan teman lelaki Kak Eefa oleh pekerja di sini, tak syak lagi memang Mateo orangnya. Sekurang-kurangnya aku bolehlah bernafas lega. Walaupun Kak Eefa tak serius dengan Mateo, sekurang-kurangnya dia hanya ada seorang teman lelaki. Kalau ada dua... tolong dijauhkan!

Sekembalinya aku dari menghantar Baari pergi, Mateo tak kelihatan di mana-mana. Meski dengan namanya aku laungkan, tetap tiada sahutan daripadanya. Tetapi ruang tamu dan singki sepuluh kali ganda lebih bersih dari tadi, ketika aku meninggalkan rumah.

"Cepat juga dia buat kerja."

Aku mengatur langkah ke peti sejuk. Mahu menambah susu ke kopi yang Baari belikan untukku. Terlalu pahit untuk lidahku. Alih-alih aku terpandang nota yang dilekatkan pada pintu logam peti sejuk.

I have to go. Jangan lupa jemur baju dalam mesin basuh – T

"T?" Aku menggaru kepala, makin dibiarkan makin gatal pula. "Teo? Pfft! Kenapa tak letak 'M' je? Mateo. Kan elok kalau letak Mateo. Teo, Teo. Dah macam Teh-O bunyinya."





Memandangkan hari ini hari terakhir sebelum ujian akhir semester bermula, aku dan Kimi berjanji untuk keluar janji temu bersama. Menikmati kebebasan sebelum dipenjara dan perlu menghadap buku 24 jam bermula malam ini. Percayalah, belajar di minit terakhir lebih berkesan.

"Kimi!"

"Meen!"

Kami berpelukan erat. Mesti orang yang lalu-lalang menyangka kami sudah berbulan, mungkin juga bertahun tidak bersua muka sedangkan hakikatnya, baru 48 jam berlalu sejak kami bersua muka. Biasalah. Perempuan. Dramatik tak kira tempat.

"So, hari ni kita nak pergi mana?" Soalku, teruja.

"Cuba teka." Balasnya, mahu mencipta unsur saspen.

Aku berfikir sejenak. Ke mana agaknya Kimi mahu membawaku hari ini. Kerana aku merancang janji temu yang lepas, kali ini gilirannya pula untuk merancang. Begitulah cara kami. Bergilir-gilir merancang janji temu.

Kimi orangnya suka tempat yang hening dan tenang. Tempat yang ada unsur estetik tapi tak dikunjungi oleh ramai orang. Kali terakhir dia membawaku ke sebuah kafe di lorong terpencil. Agaknya kali ini ke mana pula?

"Tak tahu!" Aku menjuihkan bibir, berputus asa.

Kimi ketawa mengekek. Suka bila aku tak dapat merungkai kejutannya.

"Ikut aku!"

"Kena jalan kaki ke?"

"Iyalah."

"Alah, malaslah!"

"Dekat jelah! Cepatlah!"

Dia menarik tanganku. Kalaulah kakiku berhenti melangkah, tak syak lagi, dia mesti akan mengheretku. Demi ke tempat yang dia inginkan.

Tapi kali ini, Kimi tak bergurau. Tempat yang dia maksudkan betul-betul terletak berdekatan. Hanya satu blok dari tempat kami berada, sebuah galeri berdiri di depan mata. Terpisah dari bangunan yang lain dan berdiri dengan sendirinya.

"HE Gallery?" Aku membaca papan tanda yang diletakkan di atas pintu masuk utama.

Tanpa ragu-ragu lagi, pemilik galeri itu mesti berjantina lelaki. Dah nama galeri dia 'he', kata ganti nama diri untuk lelaki.

"Seriuslah? Kau heret aku sampai sini sebab nak pergi galeri?"

"Iyalah!" Balas Kimi teruja.

"Tak boleh ke kau pergi hari lain je? Bosanlah pergi galeri! Tak menarik langsung!"

Y/NWhere stories live. Discover now