Pintu terkuak lebih luas. Mateo menjenguk ke luar. Mahu melihat gerangan tetamu yang datang bertandang di pagi hari. Aku tak tahu kedatangan siapa yang dia jangkakan, tapi semestinya orang itu bukan Baari kerana sifat kebudak-budakannya menghilang setelah melihat jejaka di hadapan kami itu.
Mateo maju selangkah ke hadapan dan menyembunyikan aku di belakangnya. Sebelah tangannya diletakkan pada rangka pintu dan sebelah lagi memegang kuat tombol pintu. Menatap tajam Baari yang kelihatan keliru dengan situasi ini.
"Siapa ni?" Baari bersuara.
Aku terdiam. Patutkah aku berterus-terang dan mengakhirinya pentas lakonan ini di sini?
"Boyfriend Eefa." Mateo menjawab.
"Oh." Balas Baari sepatah.
"Kau?" Giliran Mateo pula bertanya.
"Boyfriend Meen." Jawab Baari selamba.
"Meen?" Mateo mengerutkan dahinya.
Jangan cakap, dia kenal aku. Kak Eefa pernah cerita pasal aku kat dia ke? Tak, kan? Tak mungkin. Kecuali Kak Eefa berniat untuk berhubungan serius dengannya, mustahil untuk Kak Eefa membuka bicara tentang aku, keluarganya kepada jejaka Cina itu.
"Oh." Sambung Mateo, tidak lagi menjadi pemisah di antara aku dan Baari.
Baari kembali dengan senyuman manisnya. Tak lagi bersifat melindungi seperti tadi setelah Mateo mengatakan dia teman lelaki Kak Eefa. Kalaulah dia tahu saat ini aku memegang watak Kak Eefa, teman wanita Mateo...
"Er, Mateo!" Aku menoleh ke arahnya. "Mesin basuh kat sebelah dapur."
"Oh. OH!" Getusnya, baru teringat akan tujuannya ke sini. "Eh, by the way, Mateo." Dia menghulurkan tangan kepada Baari.
Baari menjabat tangannya. "Baari."
"Baari? Hm... muka macam pernah nampak. Modeling juga ke?"
Baari tertawa kekok. "Kadang-kadang."
"Oh. Sebelum ni modeling kat mana?"
Haih, dia ni! Makin dibiar, makin panjang cerita dia.
"Mateo..." Aku mengetap gigi, menjegilkan mata.
"Eh, sorry, sorry!" Dia menepuk dahi. "Okaylah bro. Nice meeting you."
Sekali lagi mereka berjabat tangan sebelum Mateo lesap dari pandangan mata. Aku melepaskan nafas lega. Lega kerana penipuanku masih diteruskan.
"Awak, kita cakap kat lobi jelah. Awak tunggu saya kat bawah, boleh? Saya nak ambil phone kat dalam kejap." Pintaku.
"Okay." Baari mengangguk faham dan melangkah pergi.
Aku masuk semula ke dalam rumah. Mengambil telefon hanya satu alasan. Aku perlu memastikan Mateo tak mencurigai apa-apa.
"Pelik." Mateo tiba-tiba bersuara.
"A-Apa dia yang pelik?"
"Kenapa dia mengaku dia boyfriend Meen?"
"H-Hah?"
Dia... Dia kenal aku ke?
"Bukannya aku kenal pun Meen tu siapa. Yang dia bangga sangat nak sebut nama girlfriend dia tu dah kenapa?" Mateo menggelengkan kepala dan aku hampir menyumpah seranahnya.
Sekurang-kurangnya dia tak kenal aku siapa. Aku patut bersyukur untuk itu.
"By the way, siapa dia? Kawan sekerja kau ke?"
"Eh, tak! Er... dia—"
"OH! Dia kerja modeling untuk company kau ke?"
"HAA YES! Haa, betullah tu!" Aku terangguk-angguk. "Aku terlupa nak cakap dia nak datang hari ni untuk bincang pasal job."
Mateo tersenyum kecil. Mengangguk faham.
"Aku nak turun pergi lobi kejap. Kau buatlah apa yang patut. Just don't—buat sepah."
"Buat sepah?" Mateo memandang kotak piza dengan tin renyuk di ruang tamu dan menghela nafas panjang. "Don't worry about that. Rumah ni pun dah cukup bersepah dah."
"Diamlah!"
Suka-suka je judge rumah orang.
"Baari."
"Meen!"
Aku berlari ke arahnya yang sedang duduk pada sofa di lobi menungguku. Secawan kopi diberikan kepadaku. Dah lama rasanya tak minum kopi pagi-pagi.
"I mitchu..." Dia mencebikkan bibir.
Pekerja pembersihan yang berdiri tak jauh dari kami lantas mengerlingnya dengan mata terbeliak. Terkena kejutan budaya melihat sisi manjanya. Baari berdehem. Menyedari kami tak bersendirian, dia kembali berlagak macho.
"I mitchu too." Bisikku kepadanya sebelum tawaku pecah. "Mana awak tahu alamat rumah kakak saya? Lepas tu kenapa awak datang tak call saya dulu? Terkejut saya."
"Zuki yang beritahu. Pasal tak call dulu, sorrylah. Tak tahu pula korang ada tetamu." Ujarnya. "Selalu ke dia datang rumah kakak awak?"
"Eh, taklah!" Aku menggeleng. "Ni... pertama kali. Kak Eefakan tengah sakit. Sebab itulah dia datang."
"Oh. Kakak awak sakit apa? Macam serius je bunyinya."
"Tak adalah serius mana. Dia... demam panas je."
"Demam panas? Eh, hati-hati tahu! Jangan lupa pakai mask. Nanti berjangkit kat awak pula. Dahlah saya tak boleh nak lawat awak tiap hari."
"Iya... tahulah saya jaga diri!" Aku menyengih. "By the way, esok awak ada matchkan?"
Baari mengangguk laju. Bersemangat untuk bermain bersama pasukannya. Kali ini, aku yakin mereka akan memperolehi kemenangan lagi seperti musim lepas.
"Sebab itu ke awak datang jumpa saya? Takut awak tak boleh main dengan bagus sebab rindu sangat kat saya?" Gurauku.
"Ha'ah." Tapi dia membalas dengan keseriusan pula. "That and... I also want to give you something."
"Hm? Apa dia?"
Baari menarik keluar sesuatu dari dalam poket celananya. Seutas rantai dengan ukiran burung.
"Zuki cakap dia terjumpa ni kat dalam mesin basuh. Awak punyakan?"
Aku mengambil rantai itu dari tangannya dan meneliti ukiran burung sebagai buah rantai itu. Rasanya aku pernah melihatnya di mana-mana tapi aku tak berapa ingat. Apapun, mungkin lebih baik jika aku yang menyimpannya.
"Thank you." Ucapku.
"You're welcome." Balasnya, tersenyum manis.
Setelah mengucapkan selamat tinggal dan semoga berjaya kepada Baari, aku kembali ke lobi. Di mana pekerja wanita yang menyapaku di lif tempoh hari menyapaku dengan satu soalan.
"Boyfriend baru ke?"
"Hah?"
"Yang hari tu datang rumah Cik Eefa, nampak macam Cina. Yang tadi tu pula, nampak macam Melayu. Boyfriend baru ke?"
"Er... ha'ah." Aku menggaru kepala. "Eh, kejap! Tadi mak cik kata, yang datang rumah saya hari tu, nampak macam orang Cina?"
Dia memandangku aneh. "Iyalah. Takkan muka boyfriend sendiri pun tak ingat? Eh, ex-boyfriend."
Muka macam orang Cina? Mateo?
YOU ARE READING
Y/N
Teen Fiction"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matany...