Bab 40

213 37 4
                                    

Hujung jariku menyentuh angin. Mata aku pejam rapat, menarik nafas dalam. Jariku semakin ke hadapan dan tiba-tiba, terasa sesuatu yang kasar dan berkerak. Ada bahagian yang tenggelam lebih dalam dan aku dapat merasakannya.

H + M. Dua abjad itu jelas meski dengan mataku yang terpejam rapat. Terasa seolah-olah baru kelmarin aku dan Hailmie mengukir parap nama kami pada pohon yang berusia itu. Meletakkan H dan M bersama sebagai tanda persahabatan yang takkan pernah kami lupakan.

Ironinya, dia yang mengukir parapnya di sebelah parapku tetapi dia juga menjadi yang pertama di antara kami yang melupakan persahabatan yang pernah tercipta suatu ketika dulu. Andai saja dia tak pernah melakukan hal remeh itu dan memberiku harapan palsu, mungkin aku takkan pernah membazirkan bertahun-tahun hidupku menunggu dia pulang hanya untuk dia terjatuh suka pada gadis lain.

Gadis yang memiliki wajah yang sama sepertiku tetapi jauh lebih sempurna berbanding aku.

"Lepas aku balik Malaysia, aku datang sini."

Hailmie menyentapku dari mimpi siang hari. Perlahan-lahan, mata aku buka. Kasarnya kulit kayu yang menyentu hujung jari juga perlahan-lahan hilang dan apabila mataku celik sepenuhnya, yang aku lihat hanyalah tanganku terapung di udara. Pohon tua itu hilang. Hilang bersama tanda persahabatan kami.

"Pengetua kata, setahun lepas kita graduate, pokok kita tumbang sebab ribut. Yang tinggal cuma akar-akar dia."

Pokok kita. 'Kita'. Betulkah masih ada 'kita'?

"Mungkin pokok tu tahu kut 'kita' takkan kekal selama-lamanya. Sebab tu dia putus asa." Balasku dengan nada mendatar.

Hailmie tertawa kelat. Tiba-tiba dia melentokkan kepala pada akar pokok yang masih mencengkam tanah. Langit yang sedikit abu-abu dia cerap.

"Kenapa?" Akhirnya aku bertanya. "No matter how hard I think about it, aku tetap tak faham kenapa kau buat apa yang kau buat. Kenapa kau tak pernah datang lawat aku, tak pernah cari aku or at least, call aku? Kenapa kau tak pernah buat semua tu? Aku betul-betul tak ada makna ke untuk kau? Am I just-an old high school friend?"

"You know you're more than that."

Aku menarik lutut, merapatkannya ke dada. Bersandar pada akar yang separuhnya terkeluar dari tanah kerana angin ribut kuat yang menjatuhkan pokoknya.

"Aku-Aku tak tahu macam mana nak jelaskan kat kau." Sambung Hailmie lalu bangun semula, duduk menghadapaku. "Aku tahu kau suka aku. Aku tahu aku first love kau."

"And kau suka kakak aku-"

"And I don't know how to tell you that." Cantasnya "Kau kawan baik aku Meen. Walaupun kita dah bertahun tak jumpa, aku masih anggap kau kawan baik aku. No one can replace you. Not even Eefa."

Memanglah Eefa tak dapat ganti tempat aku sebab dia ada tempat lebih istimewa untuk dia dalam hidup kau.

"Aku takut aku kecewakan kau."

"So, kau fikir kalau kau rahsiakan semua ni dari aku, aku takkan kecewa?" Aku menatap matanya. "Not telling me is the same as lying to me, Hailmie."

"If I told you the truth, what would you do?"

"I'd try to understand!"

Saat bibir menuturnya, nama Baari terlintas dalam fikiran. Jejaka yang sentiasa memilih untuk memahamiku. Jejaka yang membuatkan aku ingin cuba untuk memahami orang di sekelilingku meskipun terkadang sukar dan menyesakkan dada.

"Tak kisahlah seteruk mana sekali pun rahsia kau, aku akan cuba faham." Air mata aku kesat. "That's what friends do. Cuba terima, faham satu sama lain."

Hailmie tertunduk. Bibir dia gigit. Mengeluh dalam sesalan.

"Kau kawan baik aku. Dia kakak aku. Kalaulah dari awal lagi kau beritahu aku-" Aku menghela nafas. "Kau ingat aku tak nak tengok kau dengan dia bahagia ke? Kau ingat aku ni teruk sangat ke sampaikan-tak nak tengok kau bahagia dengan dia?"

"Meen-"

"Mungkin, awal-awal aku-aku marah. Marah sangat-sangat. Mungkin aku tak nak jumpa korang. Tapi aku tahu, lama-kelamaan nanti, aku akan belajar untuk terima sebab-sebab-"

Sebab Baari ajar aku benda yang sama. Walaupun dia tak dapat tunaikan janji dia untuk selalu faham dan terima aku.

"Meen!" Getus Hailmie.

"Apa?!"

"I get it!" Hailmie tersenyum kecil. "Okay. I get it and... aku minta maaf. Aku minta maaf sebab tak beritahu kau dari awal lagi dan aku janji, lepas ni aku takkan simpan apa-apa rahsia lagi. Janji."

Aku menatapnya lama. Mahu meragui janjinya walaupun hati sudah menerimanya bulat-bulat. Mempercayainya sepenuh dan segenap hati kerana bagiku, dia masih Hailmie yang sama.

"Dah, dah! Jangan nangis!"

Aku lekas mengesat air mataku. "Mana ada aku menangis!"

"Iya, iya... dah! Lap peluh mata tu." Balasnya, menahan tawa.

Aku memalingkan badan ke hadapan. Mulut muncung sedepa. Tak lagi memandangnya.

"Tadi Eefa cakap pasal apa?"

"Semuanya. Pasal Sweden, pasal kau, pasal... bekas suami dia dengan Mateo. Lepas tu, dia cakap jangan tunggu dia."

"So? Kau nak buat apa?"

"Tunggu dia."

Kepalaku tertoleh ke arahnya. Dahi berkerut seribu melihatnya yang sedang tertawa seolah-olah ada yang lawak jenaka yang tak aku fahami.

"Kalau aku tunggu dia, aku tak rugi apa-apa pun. Sambil tunggu dia, aku boleh tulis puisi, lukis potret dia... sampailah dia sedia nak terima aku."

Keluhanku pecah.

"Kenapa?" Tanya Hailmie.

"Muka kau macam Hailmie tapi cara kau berfikir, tak macam Hailmie. Jiwang sangat."

"Eleh, macamlah kau tak pernah jatuh cinta!"

Aku menghadiahkan jelingan buatnya. Kembali memandang ke hadapan, ke arah bangunan pencakar langit yang samar-samar kelihatan dari jauh. Keluhan yang tak kedengaran aku hembuskan. Mendengar perkataan 'cinta', wajah Baari muncul lagi dan fikiran.

Agak-agak, dia masih nak cuba faham aku lagi ke?

+

korang pernah tak ada kat tempat Meen? even lepas dah break up pun, still be like "oh tak bolehlah buat macam ni. dia tak suka kalau aku buat macam ni" padahal dia suka ke tak, semua tu tak penting dah. i mean, over is over. but sometimes u still try to do things he liked tanpa sedar.

eh HAHA

Y/NWhere stories live. Discover now