"Eefa?"
Aku menoleh semula ke belakang. Cermin kereta diturunkan dan wajah Hailmie kelihatan. Kaki membawaku kembali merapati kereta yang dipandunya ke kafe tempat aku bekerja. Alasanku mahu bertemu rakan sekerja dan Hailmie tanpa rasa curiga menawarkan khidmatnya untuk menghantarku.
"Kenapa?" Aku merendahkan badan agar setara dengannya.
"Tak lama lagi harijadi you, kan?"
Mulutku terbuka sedikit. Terlupa akan tarikh kelahiranku dan Eefa yang jatuh pada hujung minggu ini. Ada masa tiga hari lagi sebelum tarikh itu tiba.
"I'll be busy for these few days. Sorry kalau I tak dapat nak call atau text you. Tapi I janji, I takkan lupa birthday you."
Bukan tak terharu... tapi kalau dia terlupa, lagi bagus rasanya. Mateo dah tahu pasal aku dengan Eefa. Sah-sahlah dia tak kisah nak ajak aku keluar sempena harijadi tapi Baari pula, memang setiap tahun ajak aku keluar. Kalau Hailmie pun nak ajak aku keluar, takkanlah aku nak belah dua badan aku? Satu ikut Baari, satu lagi ikut Hailmie.
"Eh, kalau tak sambut pun tak apa! I faham. You kan busy orangnya. It's okay." Aku menayangkan barisan gigiku, cuba untuk mengubah fikirannya.
Alih-alih dia menggeleng. "No. We're going out to celebrate."
Haih, rancangan gagal.
"Have fun with your friends!" Ucapnya.
Cermin dinaikkan dan pedal minyak dipijak. Kereta perlahan-lahan menjadi titik kecil sehingga akhirnya hilang dari pandangan mata. Dahi seluas padang golf aku tepuk. Agak-agak ada tak bomoh Malaysia yang boleh klon aku?
"Hai. Selamat datang!" Aku menayangkan senyuman ramah kepada seorang pelanggan yang baru menjejakkan kaki ke dalam kafe. "Cik nak order apa?"
"Hai." Balasnya, memeluk erat buku-buku nota ke dada seraya meneliti menu yang dipaparkan. "I nak Kiwi juice satu and... um, boleh tak you suggest something yang lelaki suka?"
"Yang lelaki suka? Hm... boyfriend cik suka minuman yang macam mana? Pahit ke, manis ke, masam ke?"
"Boyfriend?" Wajahnya memerah.
Aku menahan senyum melihat reaksinya. Comellah. Tengok muka, macam masih sekolah lagi tapi tak dinafikan, cinta zaman remajalah paling susah nak lupa. Sebab pertama kali rasa berbunga sebab suka kat seseorang.
"Er... actually I pun tak pasti." Sambungnya.
"Okay, tak apa. Kalau macam tu, dua kiwi juice?"
Matanya membulat. Mengangguk laju. Aku menekan pesanan ke dalam mesin dan dia menghulurkan dua keping not RM10. Setelah itu, aku mengembalikan baki wangnya.
"Cik boleh duduk dulu. Nanti kitorang panggil nombor kat resit cik dan cik boleh datang ambil pesanan cik." Jelasku kepadanya.
"Oh, okay. Thank you."
"My pleasure."
Sementara Kimi menyiapkan pesanannya, aku kekal menjaga kaunter. Menanti kedatangan pelanggan seterusnya. Lima minit berlalu dan pintu kafe dikuak lagi. Seorang jejaka berambut semerah cili masuk ke dalam. Jaket merah muda dipadankan dengan t-shirt dan celana putih yang dia kenakan. Beg putih disandang.
Dia mengangkat tangan dan melambai ke arahku. Dahiku berkerut seribu. Rahang jatuh ke lantai. Kalau bukan kerana dia menyapaku dahulu, sampai bila-bila pun aku takkan dapat mengecamnya.
Gadis yang menjadi pelanggan sebelum Mateo menalakan pandangannya ke arahku. Air mukanya berbeza dengan lima minit yang lalu. Keramahan dan pipi beranya hilang. Aku sedikit bingung dengan ekspresi wajahnya tetapi apabila Mateo menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya di hadapan gadis itu, barulah situasi ini masuk akal.
Boyfriend dia... Mateo? Dia dengan Eefa dah putus? Cepat gila dia dapat girlfriend baru. Tapi nak salahkan dia pun tak boleh juga. Eefa pun bukannya setia sangat dengan dia. Baguslah kalau dia dah dapat yang lebih baik, yang layak untuk dia.
"Dah lama tunggu?" Tanya Mateo kepada gadis yang duduk semeja dengannya itu.
"Taklah. Baru je."
Serentak dengan itu, nombor di skrin berubah. Mateo bingkas bangun dan menuju ke kaunter, menghampiriku.
"Hai Meen. Lama tak jumpa." Tegurnya dengan pelat Cina yang tak pudar.
"Lama apanya? Baru dua hari."
Mateo menyengih. Aku menyorong dua jus kiwi yang dipesan oleh teman wanitanya.
"Girlfriend baru ke?" Sengaja aku bertanya.
Mateo menoleh sejenak ke belakang, memandang gadis yang sibuk memerhatikan kami sejak Mateo meninggalkannya sebentar tadi. Mateo tertawa kecil, kepala digeleng.
"Dia budak sekolah lagilah. Ingat aku ni pedophile ke?"
"Lah, bukan girlfriend ke? Dah tu, buat apa keluar dengan budak sekolah?"
"Aku kerja part time tutor addmath."
"Oh..." Aku terangguk-angguk.
"Kenapa? Jealous?" Serkapnya.
Separa sedar aku berundur sedikit ke belakang. Hujung kaunter aku pegang. Menafikan tuduhannya tapi mata mengelak dari terus memandangnya.
Mateo tertawa kecil. Kedua tangannya mencapai pesanan mereka. Sempat menghadiahkan kenyitan mata sebelum membelakangiku. Aku pegun di tempatku. Hilang kesedaran buat seketika.
"Siapa tu? Girlfriend ke?"
Aku tersentap dari lamunan. Soalan yang sama gadis itu ajukan kepada Mateo. Buat seketika, aku jadi tak senang duduk menanti jawapannya. Walhal status kami jelas hanya sekadar kawan.
"Taklah." Mateo tersenyum kecil. "Kawan."
Ha'ah. Kawan.
"Oh, okay." Si Gadis kembali tersenyum.
Mateo mendongak. Sebelum dia sempat menatapku, aku berpaling dari kaunter. Berdiri membelakanginya. Berpura sedang sibuk menguruskan mesin membuat kopi. Setelah itu kedengaran bunyi zip beg dibuka dan mukasurat buku dibelek. Aku menghembus nafas panjang.
"Kau dah mula suka diakan?" Kimi muncul dan berbisik kepadaku.
"M-Mana adalah! Kau merepek apa ni?"
"Tak payah nak tipu akulah, Meen."
"Dah kenapa pula aku nak suka kat Mateo sedangkan aku dah Baari?"
"Mungkin sebab Baari makin sibuk and kau pula selalu keluar dengan Mateo? Lebih-lebih lagi lepas dia selamatkan kau hari tu."
"Sebelum aku jumpa Mateo pun, Baari selalu sibuk. Kau ada nampak aku cari lelaki lain ke?"
Kimi melirik ke arah Mateo yang sedang menjelaskan persamaan quadratik. Meski sedang fokus mengajar, senyuman tak lekang dari bibirnya. Mungkin tak selebar senyuman untuk Eefa, tapi manisnya tetap sama.
"Entahlah Meen. Hati manusia boleh berubah. Boleh jadi hari ni kau suka Baari, esok pula..." Kimi memandangku. "Faham-faham sendirilah." Sambungnya kemudian berlalu ke bilik stor.
Pantulan wajah Mateo pada cermin aku pandang. Aku... takkan berubah hatikan?
+
Hai korang. Sorrylah tak update beberapa hari ni. It's just kinda depressing to write about good men when men in real life are disappointing HAHAHAHAHA anyways, thanks for reading!
![](https://img.wattpad.com/cover/204313778-288-k942348.jpg)
YOU ARE READING
Y/N
Teen Fiction"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matany...