Setiap kali telefon berdering, tanganku pantas mencapainya. Berharap itu Baari tetapi harapanku punah setiap kali. Pada deringan ketiga, nama yang tak asing lagi dalam hidupku muncul sebagai pemanggil.
"H-Hello?"
Jantungku berdegup kencang. Seumur hidupku, tak pernah merasakan debaran seperti ini. Seperti kewarasan akalku diragut perlahan-lahan.
Semalam, setelah meninggalkan aku bersendirian di pantai, Baari meninggalkan resort tempat kami menetap untuk semalaman. Subuh menjelma dan Baari masih tak kelihatan di mana-mana. Menghilangkan diri begitu saja.
Apabila aku menghidupkan telefon, hal pertama yang aku lihat kesan daripada ribut semalam. Tanah runtuh dan banjir kilat mengisi ruangan berita. Mendengar khabar buruk seperti itu, aku tak dapat lagi memujuk hati untuk berfikiran positif. Setelah berjam-jam menanti kepulangan Baari di lobi resort, aku dan ahli keluarganya yang lain terpaksa berangkat pulang ke Kuala Lumpur tanpanya. Takut ribut datang lagi.
"Mama?" Panggilku.
Wanita yang bergelar ibu kepada Baari itu lama berdiam diri. Aku terpaksa memeriksa sama ada panggilan masih tersambung.
"Hello?" Ulangku lagi, tangan menggenggam erat bantal pada ribaku.
"Meen..." Satu perkataan dan esakan menyambung.
Aku bangun dari sofa. Melontarkan pandangan ke luar jendela, mencerap langit kelabu. Cuba untuk fokus kepada kata-kata wanita di corong talian itu meskipun pedih. Selepas panggilan diputuskan, telefon jatuh menyembah lantai.
Penglihatanku kabur dan berpinar. Tangan lekas berpaut pada lengan sofa. Seluruh ruangan terasa seolah-olah bergerak dengan sendirinya walhal aku kaku, tak berganjak dari tempat kaki berpijak untuk hampir sepuluh minit. Menghadam kata-kata mama Baari.
Tiba-tiba, pintu rumah dibuka. Anak mataku fokus pada stiletto putih yang melangkah masuk ke dalam rumah. Apabila namaku dipanggil, barulah aku mendongak. Melihat empunya sepasang stiletto putih itu.
"Kak Eefa."
Dia mengheret bagasinya masuk ke dalam. selendang yang dililt di tengkuk dia leraikan sambil menghampiriku.
"Kenapa pandang Kak Eefa macam tu?" Soalnya acuh tak acuh.
"I know you're my sister—" Aku melepas lengan sofa. "—but I really hate you right now." Nafasku terketar.
Eefa mengeluh. "Orang baru je sampai. Dah nak berdrama."
"Drama? Kak Eefa tahu tak apa yang jadi kat Meen selama Kak Eefa tak ada?"
"Can you just tell me later? I'm exhausted and—"
"Meen tipu Mateo, lelaki yang betul-betul sayangkan Kak Eefa. Meen dera diri sendiri, tengok cara Hailmie, first love Meen layan Kak Eefa selama ni. Meen tipu Baari dan sekarang Baari—" Aku jatuh terduduk, membenamkan muka ke tapak tangan.
"Tak payah nak sedih sangatlah." Balasnya selamba. "Nak sedih sebab lelaki, buat apa? Macamlah tak ada lelaki lain dalam dunia ni. Dahlah! Kak Eefa penat, nak rehat. Don't disturb me." Dia mengheret bagasinya ke dalam bilik tidur dan menutup rapat pintu.
Aku menekup muka. Memori-memori manis yang aku cipta bersama Baari bermain dalam fikiranku. Esakan tak lagi tertahan. Dadaku terasa seakan dihimpit sesuatu. Nafasku semakin tak teratur. Kepala terasa terlalu ringan dan mata berpinar.
"Baari..."
Betulkah noktah kita titik di sini? Untuk selamanya?
Seminggu kemudian...
Papp!
Aku memukul kuat tangan Mateo. Cawan kertas yang dia pegang terlontar jauh ke papan tanda merah bertulis 'STOP'. Mulutnya terlopong melihat cecair sedikit kekuningan itu mengalir membasahi pembahu jalan.
"Kau—" Jari dia tuding ke mukaku. "Sup ayam aku..."
S-Sup ayam?!
"S-Sorry." Aku menekup mulut. "K-Kau minum s-sup ayam ke?"
"Sup ayam aku..." Rengeknya lagi, kesal.
"Sorrylah. Aku ingatkan kau minum..." Kepala aku garu. "Iyalah. Kau kan... tengah patah hati. Lagipun, manalah aku tahu itu sup ayam! Dalam dunia ni, siapa je yang minum sup ayam dalam cawan. Kau psikopat ke apa?!"
Mateo tidak lagi bersandar pada motosikalnya. Sebelah tangan mencekak pinggang. Rahangnya menonjol ke depan. Mata sepetnya dikecilkan lagi.
"Okay, okay! Aku minta maaf. Sorry..." Aku menyengih.
Mateo melepaskan pinggangnya. Sup ayamnya yang masih mengalir di pembahu jalan dia kerling sebelum berpeluk tubuh. Merajuk.
"Siapa cakap aku tengah patah hati?"
"Bukannya tadi kau pergi jumpa Eefa ke?"
Mateo mengangguk bersahaja.
"Korang borak pasal apa?"
"Hm... nothing much. Aku cuma tanya dia sepanjang kitorang kenal, dia pernah tak jujur dengan aku pasal perasaan dia."
"Dia jawab apa?"
Tangan Mateo turun ke sisi. Hujung bibirnya naik ke atas. Tersenyum kecil seolah memori manis sedang bermain di depan matanya.
"Tak pernah." Bisiknya.
Aku tak tahulah aku patut senang hati atau tak sebab Eefa bagi jawapan jujur.
"Kau tak tanya dia kenapa dia tipu kau? Atau... kenapa dia pergi Sweden?"
Mateo menggeleng. "Aku dah dapat jawapan aku. Yang lain tu, dah tak penting."
"So, kau okay tak ni?"
"Lama-lama nanti okaylah." Jawabnya sebelum menoleh memandangku. "Kau okay tak?"
Reaksiku sama seperti Mateo. Tersenyum seolah memori manis sedang bermain di depan mata.
"Kau dah tengok berita ke? Kereta dia hancur teruk." Nafas dalam aku hela. "Pokok tumbang sebab angin kuat. Dia tak sempat nak brek. Kereta terbalik dan jarak kereta dia dari pokok tu lebih kurang 200 meter. Orang ramai cuba keluarkan dia tapi pintu kereta remuk. Kena tunggu bantuan sampai dalam setengah jam. Lepas ambulans datang—"
"Tahu." Cantas Mateo.
"Setiap hari, aku baca berita tu berulang kali. Kalaulah malam tu, aku ketepikan ego aku, kejar dia, mungkin—"
"Meen." Mateo beralih ke hadapanku. "Aku bukan orang Islam tapi aku percayakan takdir. Qada' dan Qadr, right?"
Aku mengangguk. Mengatur pernafasanku agar tak teresak meski air mata mengalir dengan deras.
"Nak, tak nak, kau kena belajar untuk terima."
Aku mengangguk lagi. Tak mampu bersuara.
"Kalau kau nak, aku boleh hantar kau pergi lawat dia esok."
Kali ini, aku menggeleng. Menolak kebaikan hati Mateo.
"Buat apa? Bukannya aku boleh dengar suara dia pun. Kalau aku minta maaf, melutut depan dia sekalipun, dia takkan tahu."
Mateo mengeluh perlahan, menyerah kalah kerana dia tahu, tiada kata-kata yang akan dapat memujuk hatiku. Sudah terlambat. Semuanya sudah terlambat. Duniaku sudah lama musnah.

YOU ARE READING
Y/N
Подростковая литература"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matany...