Bab 4

279 41 1
                                    

Cermin kereta diturunkan. Lampu di dalam perut kereta Toyota C-HR menyinarinya yang sedang memuncungkan bibir. Kebiasaan yang sering dia lakukan setiap kali menghantarku pulang ke rumah.

"Bye-bye..." Ucapnya lemah.

Aku tak dapat menahan tawa. Kalaulah para peminatnya tahu dia sebenarnya tak macho seperti foto-fotonya ketika beraksi di atas padang...

"Saya masuk dulu. Bye-bye."

Aku melambaikan tangan dan berpaling darinya. Pintu pagar aku buka dan masuk ke dalam perkarangan rumah yang aku sewa selama setahun. Alih-alih, telefonku berdering nyaring. Menyangkanya Kak Eefa, aku terus menekan butang jawab tanpa melihat nama pemanggil.

"Hai."

Eh?

Aku kembali menoleh ke belakang. Kereta hitam yang dipandu oleh Baari masih berada di hadapan rumah. Pemandunya juga masih kelihatan dengan bibir yang makin muncung. Telefon dia rapatkan ke telinga.

"Ai? Baru je tadi bye-bye." Aku mencekak pinggang.

"Esok saya dah start training balik. Lepas ni tak bolehlah jumpa tiap hari. I miss you already."

Tangan di pinggang perlahan-lahan turun ke bawah. Aku memandangnya dari jauh dan mengeluh perlahan. Musim perlawanan bola sepak mula lagi dan dia bermain untuk pasukan bola sepak kebangsaan. Memang sah-sahlah lepas ni dia sibuk dengan latihan.

"Awak jangan lupa tahu. Jaga mata, jaga hati, tak mahu curang-curang—"

"Eee, ingat ni zaman Wechat ke nak bagi kata-kata macam tu?" Cantasku dan dia tertawa. "Dah. Pergi balik. Dah lewat dah ni. Saya nak masuk dulu."

"Aye aye captain!" Sahutnya siap menabik. "Goodnight. Sayang-hae Meen-ssi!"

Aku membuka mulut. Belum sempat berkata apa, dia sudah mematikan panggilan. Dia melambaikan tangannya dan aku membalas. Ketawa sendirian kerana ucapan selamat malamnya. Cermin dinaikkan dan lampu dimatikan. Pedal minyak dia tekan dan memandu pergi.

Aku melepaskan keluhan lagi. Nampaknya lepas ni cuma dapat dengar suara dia jelah...

Kak Eefa: I'm at the aiport. Flight pukul 2 kejap lagi. Ingat. Meen tak boleh beritahu sesiapa pasal ni.

Meen: Hm ingat. Take care.

Kak Eefa: Meen pun take care. Kalau ada apa-apa, jangan lupa call Kak Eefa.

"Siapa tu? Boyfriend kau ke?" Kimi, rakan sekelas merangkap kawan baikku bersuara.

"First time nampak serius. Biasanya kalau tengah chat dengan boyfriend, tersengih memanjang." Dita, sepupu Kimi pula bersuara.

Aku memandang dua gadis yang duduk berhadapanku itu. Kepala aku gelengkan. Apa diorang ingat aku tak ada orang lain nak chat selain Baari ke?

"Kakak aku."

"Oh."

"Eh, kau ada kakak?" Tanya Dita, ini baru pertama dia mendengarnya.

Aku mengangguk. "Kitorang kembar."

"Seriuslah? So, muka korang memang sebijik sama?"

Terlampau sama sampaikan kadang-kadang mama dengan papa pun keliru yang mana Eefa, yang mana Meen. Tapi kalau kat luar, lebih senang nak bezakan kami sebab citarasa fesyen yang berlainan. Kak Eefa lebih suka mengenakan warna-warna lembut seperti warna pastel dan ke mana-mana juga dia akan mengenakan kasut bertumit tinggi. Kelihatan professional sentiasa walau bukan untuk berangkat ke tempat kerja.

Sementara itu, aku pula lebih suka warna-warna yang gelap dan monokrom. Oleh kerana aku masih memegang status seorang pelajar, aku tak terlalu mengambil berat tentang fesyen. Berbaju t-shirt dan seluar jeans dipadankan dengan sepasang sneakers yang memudahkan pergerakanku, itu sudah cukup untukku.

"Dia student kat sini juga ke?" Soal Dita lagi.

"Eh, taklah! Dia dah graduate dua tahun lalu."

"Hah? Tapi korangkan kembar. Kenapa dia graduate awal dari kita?"

"Sebab aku ambil gap year lepas asasi dulu."

"Oh..." Dita terangguk-angguk.

"By the way, kakak kau nak apa? Jarang-jarang dia chat kau dulu. Ada masalah ke?" Kimi mencelah.

Kimi penyimpan rahsia yang baik. Tak pernah lagi dia membocorkan apa-apa tentangku. Buktinya, aku masih menuntut dalam bidang psikologi di sini. Kalau Kimi tak pandai simpan rahsia, mesti dah lama mama dengan papa suruh aku balik rumah.

Aku tak nak ada rahsia di antara kami tapi darihal ini, bukan tentang aku saja tapi melibatkan Kak Eefa juga. Kak Eefa sendiri pun dah pesan jangan beritahu sesiapa pasal rancangan dia ke Sweden dan... pasal aku kena berlakon sebagai dia selama sebulan. Tak adillah kalau aku sesuka hati beritahu Kimi.

"Tak ada apa-apalah. Aku tertinggal barang kat rumah dia." Jawabku.

"Oh."

"Eh, korang habiskanlah makan dulu." Aku bangun dan mencapai begku. "Aku nak pergi kedai buku kejap. Lunch hari ni aku belanja."

"Eh, tak apalah Meen! Asyik kau je belanja—"

Dita menekup mulut sepupunya itu. Aku terbeliak melihatnya. Dengan muka suci tanpa serba salah, Dita melambai tangan. Mengucapkan selamat tinggal kepadaku. Dita... Dita... pantang dengar perkataan 'belanja'.

"Bye. Jumpa korang esok."

"Bye-bye Meen!"

Langkah membawaku ke pondok perhentian bas terdekat dan bukannya ke kedai buku sebaris restoran tempat kami menjamah makan tengahari tadi. Mahu mengekalkannya rahsia, aku terpaksa berbohong hendak ke kedai buku tapi sebenarnya, aku perlu pulang ke rumah untuk mengambil barang keperluankus sebelum berpindah masuk ke rumah Kak Eefa, di mana aku akan tinggal buat masa sebulan ini.

Setibanya aku di pondok perhentian bas, kenderaan panjang itu tak kelihatan. Punggung aku henyakkan pada bangku. Bukan tak mahu terima hadiah kereta daripada Kak Eefa, tapi aku lesen memandu pun tak ada lagi. Belum pegang stereng lagi dah menggeletar satu badan. Inikan pula nak tekan pedal minyak. Entah-entah terus kena serangan jantung.

Beep-beep!

Aku mendongak. Sebuah motosikal berhenti di hadapan pondok perhentian bas dengan jejaka berjaket kulit hitam menunggangnya. Tak mengenalinya, aku kembali tunduk, membaca autobiografi Malala Yousafzai yang aku beli dua hari yang lalu.

"Eefa."

Aku meneguk liur. Jari tak lagi menahan mukasurat dan helaian demi helaian ditiup angin. Perlahan-lahan, aku mendongak dan lelaki itu masih di sini. Aku terkebil-kebil. Jangan cakap... dia kawan Kak Eefa? Kenapa pula... Kak Eefa nak berkawan dengan orang macam...

Tangannya naik memegang helmet hitam di kepala. Dengan sekali tarik, dia menanggalkannya. Bayu yang bertiup lembut kerana cuaca mendung dan dingin menghembus ke wajahnya. Rambut hitam lebatnya dia raup seraya turun dari motosikalnya. Helmet dia letakkan pada motosikal dan dia menghampiriku.

Badan dia bongkokkan, bersandar pada pengadang di antara pondok perhentian bas dan jalan raya di hadapan. Alih-alih, dia menanggalkan sarung tangan kulit yang dia kenakan. Mendedahkan jari runcingnya dengan pembalut luka berwarna di jari manisnya. Dia menatapku serius.

"Masih marah lagi ke?" Soalnya.

Marah? Aku... aku... kena berlakon marah?!

+

Maybe tak dapat update tiap hari. Depends juga la kalau rajin nak menulis. Setakat ni pun, baru 10 bab siap hehe. But I'll try to update as frequent as I can.

Y/NWhere stories live. Discover now