Bab 31

154 32 4
                                    

Nama yang tertera di skrin telefon menghapus keceriaan pagi. Setakat ini, hariku bermula dengan baik sehinggalah Kak Eefa membuat panggilan telefon setelah sekian lama dia diam tanpa khabar.

Melihat namanya sebagai pemanggil, mengingatkanku kepada perjanjian kami yang bersisa dua minggu saja lagi. Pantasnya waktu berlalu.

"H-Hello?"

"Meen." Suaranya sedikit berbeza.

"Hm. Kenapa Kak Eefa call?"

Tekaanku, memandangkan esok harijadi kami berdua, mesti dia nak tanya sama ada aku nak keluar dengan Hailmie atau Mateo. Takkanlah dia tiba-tiba telefon semata-mata nak tanya aku nak hadiah apakan?

"Jumaat depan Kak Eefa balik."

"J-Jumaat depan? Kenapa Kak Eefa balik seminggu lebih awal?"

"Boss suruh balik." Katanya lalu diam sejenak sebelum menyambung. "Kenapa? Meen tak nak Kak Eefa balik awal ke? Seronok ke ada tiga boyfriends?"

Hanya keluhan sinisku kedengaran. Dia ingat aku ni macam dia ke? Suka-suka mainkan hati anak orang ikut kemahuan sendiri.

"It's a joke." Nyatanya dengan nada jengkel. "Anyway, just keep doing your job. Jangan beritahu sesiapa. Nanti Kak Eefa balik, pandai-pandailah I fikir nak buat apa dengan dua orang tu."

"Mateo dah—"

Panggilan terputus. Aku menatap skrin halaman utama di mana jersi merah nombor 12 terpapar dan mengeluh. Belum sesaat berlalu sejak aku meletakkan telefon ke atas kaunter dapur, ia berdering lagi.

Mateo?

"Meen!" Jeritnya ceria.

"Haa, nak apa?"

"Er... kau boleh tak datang sini?"

"Sini? 'Sini' mana?"

Mateo menyengih. "Hospital."

"Hospital?!"







Stesen jururawat riuh-rendah dengan gelak ketawa. Dihiburkan oleh kehadiran jejaka berjaket hitam dengan rambut perang yang ramah, tak seperti penampilannya yang tak ubah macam budak nakal. Tak lain, tak bukan, mesti Mateo.

ICU sedikit lengang tetapi pesakit berbaju putih dengan corak bunga biru ada di mana-mana. Dari mengheret titisan IV sampailah yang duduk di kerusi roda dengan kaki disimen. Dari belakang, Mateo nampak baik-baik saja.

Dah tu dia buat apa datang sini? Lawat kawan dia ke?

"Mateo!" Panggilku.

Tubuhnya memberi respon. Dia menoleh ke belakang dan... mataku hampir melompat keluar dari soketnya. Mulut terlopong luas. Dari belakang, nampak baik-baik saja tapi dari depan, wajahnya berbekas biru dan ungu di mana-mana dengan alis kanannya dijahit.

Apakala menyedari kehadiranku, dia mengangkat tangan kanannya. Menayangkan balutan putih dengan contengan seolah-olah mematahkan tangan itu satu pencapaian yang patut dibanggakan. Aku kaku di tempatku.

"Boleh pinjam kejap tak?" Mateo meminta marker pen dari seorang jururawat.

"Nak ambil terus pun boleh!"

Muka separuh hancur macam tu pun masih boleh tawan hati perempuan. Memang betullah muka dia aset terpenting.

"Nah! Sorry, tangan kiri." Marker pen dihulurkan kepadaku. "I saved a spot for you. Boleh tak sign kat jari kelingking aku?" Pintanya.

Tangan menggenggam erat marker pen yang dia berikan. Buku jari kehilangan warnanya. Pucat tanpa darah.

Dari kejauhan, wajahnya cukup teruk dibelasah. Bila berdiri mata ke mata, sepuluh kali ganda lebih teruk. Aku pun tak tahu macam mana dia masih boleh berdiri depan aku macam tak ada apa-apa yang berlaku.

"Meen?" Panggilnya perlahan.

"Budak-budak hari tu ke?"

Bibir dia kemam sebelum mengangguk. Tak menafikan tuduhanku.

"Kenapa kau tak lawan balik?"

"Dah lawan dah tapi diorang ramai sangatlah. Nak buat macam mana lagi? Ini pun kira okay—"

"Okay apanya? Dengan muka bengkak sana sini, tangan patah. Itu kau cakap okay?"

Mateo cuba mengukir senyum tapi rasa pedih menyerang hujung bibirnya yang ditampal pembalut luka.

"Nak marah aku, marahlah. Tapi jangan marah diri sendiri." Tuturnya lembut. "Aku tahu, mesti kau rasa ini semua salah kau. Kalau aku tak tolong kau hari tu, mesti budak-budak tu tak pukul aku."

Aku menalakan pandangan ke katil pesakit. Ke semua arah kecuali wajahnya yang semakin lama aku renung, semakin menambah sesal di hati.

"Tapi bukan salah kau pun. Akukan lelaki. Kenalah protect perempuan. Betul tak?"

Nafas dalam aku hela. Penutup marker pen hitam di tangan aku buka dan menarik perlahan tangannya mendekatiku.

"Thank you." Nama 'Meen' aku tulis pada balutan tangannya. "Tapi lain kali tak payah masuk campurlah. Aku boleh jaga diri sendiri."

"Iyalah tu!" Dia merampas marker pen dari tanganku. "By the way, esok harijadi kaukan? Nak celebrate dengan aku tak?"

"Pasal tu..."

"Kenapa? Kau dah janji nak celebrate dengan boyfriend kau ke?"

Dia tahu aku ada—

"Maksud aku, boyfriend Eefa. Nama dia... Hailmie, kan?"

Aku tergamam dan dia tersenyum kelat.

"Janganlah pandang aku macam tu."

"Sejak bila kau tahu—"

"Dah lama dah. Dalam... dua, tiga bulan yang lalu?" Cantasnya. "Aku ternampak Eefa keluar dengan dia hari tu. Aku beritahu Eefa tapi... Eefa kata perempuan tu bukan dia tapi adik kembar dia, Meen."

"Aku—"

"Tapi aku dari awal lagi tak percaya. Lepas aku jumpa kau, aku makin yakin yang lelaki tu boyfriend dia juga. You girls may be twins tapi aku kenal Eefa. Perempuan yang aku nampak tu memang dia, bukan kau."

Aku tertunduk malu. Malu atas kelakukan kakak kembarku itu. Berapa ramai yang perlu menanggung luka untuk dia sedar apa yang dia buat selama ni salah? Kenapa ego dia terlalu tinggi? Sanggup jadikan perasaan ikhlas orang lain sebagai taman permainannya.

"Lelaki tu dah tahu ke?" Tanya Mateo.

Aku menggeleng. Dia menarik nafas sedalamnya. Tangan kiri naik, berpura menggosok mata yang berkaca kerana habuk.

"Mateo, you're a good guy—"

"Aku tahu." Cantasnya lagi. "I know I deserve better tapi—" Gigi dia ketap.

"Tapi kau masih berharap satu hari nanti dia berubah." Sambungku.

Dia mengangguk perlahan. Aku cukup tahu akan perasaan itu kerana aku juga merasakan yang sama. Berharap suatu hari nanti, Eefa akan berubah. Kembali sebagai kembar yang pernah aku kenal suatu ketika dulu.

+

I guess Mateo is the #sadboy

Y/NWhere stories live. Discover now