"Baari!"
Jejaka yang mengenakan jaket biru putih itu menoleh ke belakang. Kasut bolanya berlecak. Pagi tadi, hujan turun dengan lebat. Mesti padang latihan basah dan berlumpur.
Langkahku semakin laju. Terkedek-kedek meninggalkan lobi. Kepala dia geleng, tertawa. Alih-alih, dia mengangkat tangan ke depan. Sedikit lagi mengena tepat ke batang hidungku. Nasib baiklah kaki aku sempat brek.
"Kenapa?" Tanyaku.
Baari menurunkan tangannya lalu diselukkan ke dalam poket jaketnya.
"Jangan dekat sangat. Saya baru habis training tadi. Kotor." Jelasnya.
"Oh." Kedua tangan aku sembunyikan di belakang, bersandar pada keretanya. "Macam mana training hari ni? Mesti awak penatkan?"
"Hm. Tadi memang penat tapi lepas dah jumpa awak, penat tu hilang."
"Eleh! Mengada!"
Baari tertawa.
"Tapi kenapa awak tiba-tiba datang sini, nak jumpa saya?"
"Meen..." Panggilnya. "Hujung minggu ni birthday awakkan?"
"Ha'ah. Kenapa?"
"Saya..." Baari tunduk, menggigit bibir. "Saya... tak dapat nak celebrate dengan awak."
Aku terkebil-kebil mendengarnya. Sepanjang perkenalan kami, ini pertama kali dia tak dapat menyambut hari yang istimewa untukku itu. Tahun-tahun sebelumnya, dia siap buat kejutan besar-besaran lagi. Sampaikan tiap tahun aku ternanti kejutan dia. Tipulah kalau aku tak kecewa dia tak dapat sambut dengan aku tahun ni.
"Kenapa?"
"It's the same day as our final match."
"Oh." Aku melarikan pandangan. "Ha'ah. Saya terlupa pula korang masuk final."
Kedengaran Baari melepaskan keluhan. Bukan kecewa kerana aku terlupa tapi kecewa terhadap diri sendiri. Itulah Baari. Tak pernah letak salah atas bahu aku. Semua dia nak pikul sendiri walaupun sebenarnya bukan salah sesiapa. Cuma situasi tak mengizinkan.
Biasalah tu. Lumrah kehidupan. Tak semua benda berjalan mengikut kemahuan kita.
"Sorry." Bisiknya, tertunduk.
"Tapi baguslah kalau awak ada final hari tu."
Dia mendongak. Anak matanya membesar dua kali ganda. Tak menjangka balasanku.
"Kalau awak menang, maksudnya kita bolehlah celebrate dua benda; your team's win and my birthday. Betul tak?" Aku menayang gigi, memujuknya.
Baari mengangguk. "Tapi—"
"Tapi awak kena janji sesuatu."
"Apa dia?"
Dua jari aku angkat ke udara. Kepala dan badan aku goyangkan mengikut irama lagu yang tak dimainkan. Kedua alisku turut sama menari. Baari yang berwajah murung sejak tadi meledakkan tawanya.
"Awak buat apa ni?" Soalnya, tak putus memandangku.
Aku berdiri tegak semula. "Kalau awak dapat jaringkan gol, awak kena menari macam tu."
"Macam tadi tu?"
"Ha'ah. Sebijik macam yang saya buat tadi. Ini kira denda sebab tak dapat nak sambut harijadi sayalah."
"Cuba menari sekali lagi. Tadi tak nampak sangatlah."
"Ah, tak ada! Tak ada!"
"Alah!" Rungutnya. "Satu kali je. Bolehlah, Meen..."
Aku melepaskan keluhan. Mengaku kalah dan menggoyangkan badan mengikut 'koreografi' tadi. Baari mengeluarkan telefonnya dan menekan butang rakam tetapi hanya setelah dia selesai merakam, baru aku menyedari.
Mulut aku buka, bersedia untuk membebel, membersihkan telinganya. Tapi melihat dia mengulang video yang sama berkali-kali sambil tergelak sendiri, niatku terbantut. Berakhir merenung wajah lesunya yang semakin ceria berbanding tadi.
"Terhiburnya..." Tegurku.
"Orang kata perempuan ni selalunya hambar tapi bakal isteri saya lawak orangnya."
"Amboi, bakal isteri terus!" Getusku dengan selamba walhal dalam hati, sudah berjuta spesies flora tumbuh.
"So, birthday awak nanti awak nak celebrate dengan siapa? Kimi dengan Dita?"
Aku meneguk liur. Teragak-agak untuk menjawab pertanyaannya.
"I'll give you my card. Bolehlah awak ajak kawan-kawan awak yang lain. Nak ajak satu kelas—eh tak, tak! Nak ajak satu fakulti awak pun boleh! Ajak sekali pensyarah pun boleh!"
"Banyak duit nak belanja!"
"Lepas kahwin nanti, duit saya duit awak juga. So, kita practice awal-awal pun tak apakan?" Pujuknya, menyengih.
"Ah, tak payah nak membazir! Baik simpan je duit tu. Lagipun saya tak tahu lagi kalau saya dapat keluar celebrate. I have to work, remember?"
Baari mengangguk. Selalunya dia memujukku untuk berhenti kerja. Alasan dia macam biasalah. Nak manjakan aku dengan duit dia. Tapi lepas aku selalu sangat berleter, cakap tak nak kena layan macam tu, nampaknya dia pun belajar akur.
"Eh?"
Aku menoleh dengan kening terangkat.
"Itu... rantai yang saya pulangkan hari tu kan?"
Tanganku naik memegang rantai yang menghias kolarku. Kerana takut kehilangannya sebelum sempat mengembalikannya kepada pemilik asal, Eefa, aku memakainya. Mungkin lebih baik kalau aku pulangkan kepada Mateo dulu. Biarlah dia putuskan nak bagi Eefa atau...
"Eh, dah lewat dah ni!" Baari memeriksa waktu di telefonnya. "You should get some rest. Kirim salam dengan kakak awak."
Sepatutnya dia yang balik berehat. Seharian latihan kat padang. Aku pula, macamlah dia tak tahu aku seharian ni layan drama, movie, tidur, makan je. Terlebih rehat tapi dia masih juga ingatkan aku untuk rehat. Baari, Baari...
"Oh." Aku memaksa senyum. "Okay."
Baari membuka pintu keretanya dan menjarakkan diri sebelum enjin dihidupkan. Tiba-tiba, dia menoleh semula ke belakang.
"Meen." Panggilnya.
"Hah?"
"I miss you."
Rasa hangat mendakap hati. Tak pernah tak suka dengan tiga perkataan itu. Lebih-lebih lagi bila Baari yang ucapkan.
"Jangan lupa tarian tadi!"
Baari menggigit bibir. "Tiba-tiba rasa macam tak nak jaringkan gol." Guraunya.
Aku tersenyum kecil. "Hati-hati bawa kereta tu! Kalau dah sampai rumah nanti, jangan lupa text saya."
"Bye-bye!" Tangan dia lambai dan aku membalas.
Pintu Mercedes Benz ditutup rapat dan enjin mengaum. Pedal minyak ditekan dan kereta sport mewah yang dipandunya hilang ditelan kegelapan malam. Dalam tak sedar, tanganku naik lagi, menyentuh rantai.
+
Imagine having someone saying "I miss you" even tho you're still in front of him bc he misses you all the time haha author sendu can't relate :'D

ANDA SEDANG MEMBACA
Y/N
Fiksyen Remaja"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matany...