Bab 25

155 32 1
                                    

Rantai yang telah menghuni kolarku sejak tuannya, Mateo sendiri memakaikannya padaku beberapa hari lalu aku sentuh. Memusing buah rantai yang diukir seperti burung itu seraya fikiranku menjalar ke pertemuanku dan Baari kelmarin.

"Awak pakai rantai tu?" Tegurnya.

Aku tunduk. Sudah terbiasa dengan logam kecil menyentuh kolar sehinggakan aku terlupa akannya. Kepala aku angguk sebagai balasan.

"Cantik." Kata Baari lalu menghampiri, berdiri di hadapanku. "Tapi kenapa burung?"

Itulah. Kenapa burung? Apa makna burung kepada empunya rantai ini? Aku ingin bertanya, tapi mahukah Mateo menemuiku? Rahsia yang patut aku jaga telah pecah. Apa jenis alasan lagi yang kami miliki untuk bersua muka?

"I don't know. It just look pretty."

"Oh." Baari tersenyum kecil. "Ingatkan custom made tadi."

"Custom made?" Aku meneguk liur, panik. "K-Kenapa pula?"

"Sebab... nampak macam bermakna untuk seseorang? I mean, it's kinda unique."

"Bermakna untuk seseorang?" Langkah aku perlahankan. "Bermakna untuk Mateo atau untuk Eefa?"

Kepala aku geleng. Menghalau fikiran negatif yang mendatang. Namun setelah kembali berpijak di dunia realiti, barulah aku tersedar aku tersalah jalan. Laluan pejalan kaki yang dikerumuni ramai orang tadi berubah menjadi lorong sempit dan gelap meskipun matahari belum hilang sinarnya.

Kegelisahan sedikit demi sedikit menakluki diri. Takut sekiranya aku tak dapat mencari jalan keluar. Macam manalah aku boleh mengelamun sampaikan tersilap jalan walhal aku melalui jalan yang sama hampir setiap hari?

Badan aku pusing 180 darjah. Mahu kembali menelusuri jejak langkahku semasa fikiran menerawang ke tempat lain. Baru beberapa langkah aku ayun, kedengaran bunyi kuat seperti seseorang menjatuhkan benda kaca dari salah satu tingkap di tingkat dua bangunan yang memencilkan lorong.

Langkahku dua kali ganda lebih laju. Bergegas untuk pergi tetapi dengan minda yang tak tenteram, aku semakin sesat ke dalam, di mana cahaya matahari hampir tak lagi kelihatan. Alih-alih, aku terhenti. Seluruh tubuhku pegun melihat sekumpulan lelaki bermotosikal sedang berbual di antara mereka.

Kepulan asap rokok menemani mereka. Baunya menusuk ke rongga hidung, mencemari peparu. Batuk aku tahan. Mengelak daripada mengumumkan kehadiranku kepada mereka. Aku melangkah ke belakang dengan perlahan. Berulang kali mengingatkan diri agar tidak membuat sebarang bunyi.

Prakk!

Aku tunduk. Mujurlah tapak kasutku tebal. Kalau tidak, mungkin kaca yang aku pijak sudah menembusi lapisan epidermis kaki.

"Eh!" Suara garau menegur.

Aku mendongak. Kumpulan yang terdiri daripada tiga orang lelaki itu saling berpandangan sebelum menoleh ke arahku. Rokok di tangan mereka buang dan pijak. Mematikan api yang membakar puntungnya. Perutku terasa kecut. Nafas tertahan.

"Hai... Nak pergi mana tu?" Tanya salah seorang daripada mereka.

Aku berjalan dengan mengundur ke belakang. Merasakan sekiranya aku melarikan pandangan dari mereka, itu hanya akan memberi kelebihan kepada mereka. Hatta aku memantau setiap gerak-geri mereka.

"Cepat-cepat nak pergi mana? Jomlah. Join sekali." Seorang daripada mereka bersuara lagi.

Ya Allah! Macam manalah aku boleh tersesat? Kalau tadi langit dah gelap, tak mustahillah sesat tapi ini dengan matahari masih membakar pun boleh tersesat.

Y/NWhere stories live. Discover now