Nur Hailmie?!
Aku berpaling darinya. Cepat-cepat membelakanginya sebelum dia sempat melihat wajahku. Jantung berdebar. Bukan kerana cinta pertama masih bersisa tapi pertembungan ini terlalu tiba-tiba. Aku belum bersedia.
"You cut your hair."
Aku terbeliak. Suara itu, masih sama seperti dulu. Dalam dan lunak.
"Pandang apa tu?" Sambungnya, hairan.
Mata aku pejam. Mengumpul keberanian untuk perlahan-lahan bersemuka dengannya. Setelah badan berpaling menghadapnya, mata aku buka dan mendongak sedikit, memandangnya yang sedang tersenyum ramah kepadaku seperti suatu ketika dulu.
"Buat apa kat sini?" Soalnya.
"Er... keluar dengan kawan."
"Oh." Balasnya seraya menilik jam tangan lalu menarik keluar kad kredit dari dalam dompetnya. "Nah!"
"Apa ni?"
"I tahu you tak suka I bagi you kad I, tapi you tak pernah lagi ajak I jumpa kawan you. Use this card to treat them, okay?"
"Hail—"
"I have an appointment. I'll call you later, okay? Have fun."
Dia bergegas pergi sambil menilik jarum jam tangannya dan aku terpinga-pinga, dilanda kekeliruan. Bertahun kami terpisah, bukankah reaksinya terlalu tenang? Siap bagi aku kad dia pula tu. Satu lagi, dia ada nombor telefon aku ke?
Tapi... nampak dari gaya dia, mesti dia dah dapat apa yang dia nak dalam hidup. Mesti cita-cita dia dah tercapai. Sementara aku pula... masih berperang dengan diri sendiri tentang jalan yang seharusnya aku lalui, sama ada ianya benar atau salah.
"Tengok apa tu?"
Aku menoleh ke belakang. Mateo memanjangkan lehernya, melihat ke arah aku sedang melihat. Kerana kemunculan tak dijangka Hailmie, aku hampir terlupa akan kehadiran seorang jejaka ini.
"Terjumpa kawan lama."
"Kawan lama? Oh." Mateo terangguk-angguk. "So, lepas ni kita nak pergi mana? Shopping? Makan aiskrim?"
"Er, actually aku rasa... tak sedap badanlah. Aku ingat nak balik."
Sangkaku, Mateo akan terasa hati bila aku menolak ajakannya, alih-alih raut wajahnya berubah. Memaksaku untuk menghadapnya. Mukaku dia teliti, mencari simptom sakit. Sekelip mata, dari ceria jadi bimbang.
"Kenapa? It's not your time of the month yet—"
"Excuse me?" Aku menepis tangannya yang memegang bahuku. "Macam mana kau tahu bila aku period? Even if we're friends, that's too much, don't you think so?"
Mateo berundur selangkah ke belakang. Terkebil-kebil memandangku. Pfft, dasar lelaki! Benda yang dia tak sepatutnya tahu, dia sibuk nak tahu. Benda yang dia sepatutnya ambil tahu, dia buat tak tahu pula.
"E-Eefa! Eefa, tunggulah kejap!"
Aku mengangkat kaki, pergi meninggalkannya.
Kad kredit di tangan aku renung. Berfikir bagaimana aku dapat mengembalikannya kepada Hailmie. Dia kata, nanti dia hubungi aku. Maksudnya, dia simpan nombor telefon aku ke? Tapi, aku dah tukar nombor telefon. Macam mana dia nak hubungi aku pula?
"Hai, kak?"
Aku menoleh ke kanan. Jejaka penyibuk itu muncul lagi. Kali ini dia menyapa wanita yang duduk bersebelahan denganku di dalam bas awam.
"Ya?" Sahut wanita tersebut.
"Boleh tak kalau kita tukar tempat duduk? Saya tak biasa duduk kat barisan belakang. Cepat mual." Mateo berdehem dan tiba-tiba, dia meraup rambutnya dengan gerak perlahan. "Bolehkan?" Senyuman herot dihadiahkan buat wanita tersebut.
Ha-ha. Dasar lelaki!
"Eh, b-boleh! Boleh, boleh!" Wanita itu bingkas bangun.
Eh, eh! Takkan macam tu je dah K.O kak?
"Terima kasih. Akak ni dahlah cantik, bertimbang rasa pula tu. Untung siapa yang dapat akak ni." Pujinya melangit.
Amboi, amboi! Bukan main lagi! Kang tiba-tiba jodoh akak tu kau, haa!
"Hai." Dia melabuhkan punggung di sebelahku. "Kita jumpa lagi." Tambahnya.
Aku mengetap gigi. Pandangan aku buang ke luar tingkap. Memandang bangunan-bangunan di sepanjang jalan. Alih-alih, aku merasakan sesuatu bersandar di bahuku. Seluruh tubuhku kaku, mengeras bak ais.
"K-Kau buat apa ni?" Aku cuba menolaknya.
"Seminit." Tuturnya perlahan. "Bagi aku seminit je."
Keluhan aku lepaskan. Seminit.
"Kenapa kita selalu sangat bergaduh?"
Aku terdiam. 'Kita' bukan merujuk kepada aku dan dia tapi dia dan Kak Eefa. Jawapan kepada pertanyaan itu tiada padaku.
"Pasal tadi tu, I didn't mean to be a creep. Mungkin kau dah lupa tapi hari tu, kau call aku cakap kau sakit. Bila aku pergi rumah kau, kau dah pengsan. Doktor cakap extreme period cramped. So aku pun... hafal tarikh tu. In case benda macam tu jadi lagi."
Aku menggenggam hujung t-shirt yang aku kenakan.
"Kenapa?"
"Hah?" Dia mengangkat kepalanya dari terus bersandar di bahuku.
"Kenapa kau nak kena hafal benda macam tu? Kalau pun benda macam tu jadi lagi, apa kaitannya dengan kau?"
"Hari tu, bila kawan kau tanya aku siapa dan aku cakap aku kawan kau, kau... betul-betul maksudkan ke?"
Kawan aku? Maksud dia, kat hospital hari tu ke?
"Kenapa? Salah ke?"
Mateo menghela nafas panjang.
"Kau... kawan akukan?"
Dia duduk menghadapku. Sebelah tangannya memegang kerusi tempat duduk penumpang bas barisan hadapan kami. Rahang tajamnya menonjol lebih ketara bila dia mengetap gigi. Mulut dia buka tapi tanpa sepatah kata keluar, dia menutupnya semula.
"Aku tersilap ke?" Tambahku lagi.
Tolonglah cakap kau kawan Kak Eefa.
"Kau..." Dia bersuara dan aku meneguk liur, kecut perut. "Kau... masih marah kat aku lagikan?"
Ya Allah, dia ni! Asyik-asyik soalan yang sama je keluar dari mulut dia.
"Kalau bukan sebab kau masih marah kat aku, I only have one explanation left. Hari tu kepala kau terhantuk lepas tu kau amnesia, tak ingat pasal aku lagi."
Ah, sudah! Sampai amnesia diheretnya masuk. Dah tu aku nak pilih jawapan mana satu ni? Kalau aku cakap aku masih marah kat dia, sampai kiamatlah dia tak habis minta maaf, pujuk aku. Tak boleh juga. Nanti aku rimas. Kalau aku cakap aku amnesia, tak pasal-pasal dengan aku sekali dia heret ke hospital. Lagilah bahaya.
"Aku—aku—"
"Kau nak kita putus ke?"
P-Putus?
"Maksud kau—" Aku duduk menghadapnya dengan rentak jantung semakin rancak. "Kau boyfriend aku?"
YOU ARE READING
Y/N
Teen Fiction"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matany...