Bab 10

183 33 26
                                    

"Mateo Tan, Mateo Tan. Kenapa Kak Eefa tak pernah sebut apa-apa pasal dia sebelum ni?"

Persepsi orang ramai terhadap kembar, mereka berkongsi segalanya. Memang ramai yang hidup dengan hakikat itu tapi di antara aku dan Kak Eefa, lebih banyak rahsia berbanding kejujuran. Banyak hal tentang Kak Eefa yang aku tak tahu, yang dia gigih sembunyikan.

"Kau nak kita putus ke?"

Tapi aku tak pernah terfikir Mateo Tan salah satu daripada rahsia yang dia simpan.

Ding, ding!

Baari: Kimi said you went to the hospital the other day. Kenapa? Awak okay tak ni?

Langkahku terhenti. Membaca pesanan ringkas yang Baari hantar dan menaip balasan sebelum dia mulai resah.

Meen: Saya tergelincir sikit hari tu tapi saya okay je.

Belum sampai sesaat pesanan berbalas, Baari membunyikan telefonku. Membuat panggilan dalam sekali degupan jantung. Nafas aku hela. Mengatur kata sebelum menjawab panggilannya.

"Kenapa tak bagitahu saya? Awak okay tak ni?"

"Okaylah. Saya okay je."

Baari mengeluh. "Awak kat mana sekarang? Saya pergi rumah awak."

"Eh, tak payahlah! Saya—saya pergi melawat kakak saya."

"Then saya pergi rumah kakak awak—"

"No!" Aku menggigit bibir. "Awak, kakak saya—dia tak berapa sihat. So saya kena jaga dia."

Keheningan berlarutan hampir setengah minit. Aku mula rasa tak sedap hati. Takut-takut cara aku terlalu kasar dalam menolak kebaikan hatinya kerana aku panik dia akan datang menemuiku.

"Awak?" Panggilku tapi tiada yang menyahut. "Baari?"

"Awak ada sembunyikan apa-apa dari saya ke?"

Jantungku seolah berhenti sedetik. Nafasku tertahan. Lidah membeku dan bibir terkunci rapat. Mata aku pejam. Menyusun kata dalam kepala. Mencipta alasan sepanjang karangan sekolah menengah tapi akhirnya, yang keluar hanya sepatah.

"Tak." Aku menggenggam jari, marah terhadap diri sendiri. "Saya tak sembunyikan apa-apa."

"Meen, saya bukannya nak control hidup awak. Saya bukan nak paksa awak share semua rahsia awak kat saya. There are things that you can't tell me, I get it. Tapi kalau awak ada masalah, you have to tell me okay? Saya tak nak biar awak handle semua seorang-seorang. That's why I'm here."

Aku mengangguk meski dia tak dapat melihatku.

"You should get some rest."

"Hm." Aku mengangguk lagi.

"Kirim salam kat kakak awak."

"Hm." Bibir aku ketap rapat.

"I love you Meen."

"Hm."

Tangan aku turunkan, menjarakkan telefon dari telinga setelah panggilan ditamatkan. Aku terduduk di bahu jalan dengan jari-jemari menarik kuat akar rambut. Tertekan. Aku benci situasi ini. Aku tak suka menyimpan rahsia dari Baari sedangkan dia tak pernah sembunyikan apa-apa dariku.

Kalau dia tahu apa yang aku buat...

"Apa aku nak buat ni?"

Aku buntu.





Bangun tanpa jam loceng ialah salah satu nikmat di dunia. Lebih-lebih lagi untuk yang bergelar pelajar. Apatah lagi untuk yang bergelar pelajar dan juga pekerja seperti aku. Sesungguhnya, nikmat itu ialah syurga di dunia.

Y/NWhere stories live. Discover now