Bab 3

286 42 0
                                    

"What?!"

Gadis mengenakan cardigan warna caramel di hadapanku menyilangkan kakinya. Selamba seperti dia sudah mengagak reaksiku akan jadi seperti ini. Wajahnya aku tatap lama. Mencari gurauannya di mana.

"Kak Eefa... main-main je kan?"

Dia menghembuskan nafas panjang. Tengkuk dia urut. Entah mengapa kebelakangan ini dia kelihatan lebih letih dan lesu. Kemungkinan juga kerana kerjanya yang bertimbun.

"Nampak macam main-main ke?" Soalnya dengan nada mendatar.

Aku menatapnya lebih lama kali ini dan buat seketika, terasa seakan aku memandang pantulanku sendiri pada cermin kerana wajah kami yang seiras. Kalau bukan sebab penampilannya yang elegan meski dalam pakaian kasual, aku pun tak dapat membezakan kami.

"Tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba nak Meen berlakon jadi Kak Eefa? Untuk sebulan pula tu."

"Sebab kita kembarlah." Jawabnya, mula naik jengkel.

"Ya, tahu kembar tapi Kak Eefa nak pergi mana? Kenapa tiba-tiba buat permintaan pelik macam ni?"

Dia bangun dan menuju ke jendela. Memandang kesibukan manusia dari aras lapan pangsapuri yang telah menjadi kediamannya sejak dua tahun lalu. Dia berpeluk tubuh. Nafas yang dihembuskan kedengaran seperti satu keluhan panjang.

"Sweden."

"Sweden? Buat apa pergi Sweden?"

Dia ada kawan kat Sweden ke? Kenapa aku tak pernah tahu?

"I just have something important to take care of." Dia berpaling menghadapku. "Dahlah! Tak payah banyak tanya! Nak tolong ke tak?"

"Bukan tak nak tolong tapi Meen pun sibuk dengan kelas. Kalau nak menyamar jadi Kak Eefa, maksudnya Meen kena pergi kerja—"

"Pasal tu, Meen tak perlu nak risau. Kak Eefa dah minta cuti."

"Sebulan?! Tak kena pecat ke?!"

"Well... my boss owes me something. So, Meen boleh teruskan pergi kelas macam biasa."

Tangan naik menggaru kepala. Kak Eefa selalu tolong aku dan aku selalu cuba untuk membalas budinya semampuku tapi... untuk permintaannya kali ini, aku rasa agak keberatan untuk menunaikannya.

"So kalau Meen tak perlu nak pergi kerja, Meen kena buat apa sebenarnya?"

"Socializing."

"Hah?!"

Dia berdehem. "Meen pun tahukan Kak Eefa ramai kawan?"

"Tahu."

"You just have to hangout with them."

"Tapi kenapa—"

"Kak Eefa tak nak diorang tahu Kak Eefa kena pergi Sweden."

Aku membuka mulut, mahu mengatakan sesuatu tetapi fikiranku kosong. Aku tahu itu bukan satu-satunya alasan mengapa tapi kerana kelakuannya yang terlalu berahsia, aku tahu sesi soal siasatku takkan membuahkan hasil.

"5K."

"Hah?"

"RM5000. Cukup tak?"

"RM5000...?"

Dia mengetap gigi. "RM5000 and Meen boleh duduk sini sampai bila-bila."

"Duduk kat sini?!"

Rahangku hampir jatuh ke lantai. Mata melilar memandang sekeliling. Dalaman pangsapuri dihias mengikut citarasa Kak Eefa. Elegan dan mewah, padanlah dengan dia. Tapi bukan setakat isinya saja yang mewah. Luarannya juga sama. Memang menjadi pilihan golongan elit di Malaysia.

"Tak cukup ke?" Kak Eefa menghampiriku dan duduk di sebelahku pada sofa. "Meen nak apa lagi? Cakap je. Kak Eefa boleh bagi."

"Bukan macam tu. Rumah ni... tak sesuailah dengan Meen."

"Kenapa pula? Kan rumah ni lebih dekat dengan kampus Meen? Meen pun tak perlulah nak bangun awal, travel sejam nak pergi kampus. Oh! Meen nak kereta ke? Nak kereta apa?"

"Kak..."

"Meen. Please." Dia tiba-tiba meraih tanganku. "Please. Kali ni je. Kak Eefa minta tolong sangat-sangat." Rayunya.

Rasanya, permintaan dia tak adalah berlebihan sangat. Walaupun aku masih tak dapat rungkai alasan sebenar dia terburu-buru nak tinggalkan Malaysia, aku kenal dia. Tak mungkin dia meletakkanku dalam posisi yang bahaya. Kak Eefa tak pernah buat orang lain terima kesan daripada kesalahan dia. Aku percaya itu.

"Okay..."

Badanku kaku apabila dia tiba-tiba menarikku ke dalam pelukannya. Meski tak dapat melihat wajahnya, aku dapat merasakan dia tersenyum. Lega kerana aku bersetuju.

"Thank you Meen." Ucapnya.

Nampaknya, sebulan ni aku bukan setakat jadi Ameena tapi kena jadi Lateefa sekali. Harap-harap, tak sia-sialah aku masuk kelas lakonan masa sekolah rendah dulu.





"Hello. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Aku tersenyum mendengar suara Baari menyapa di hujung talian. Keresahan tadi hilang digantikan dengan rasa teruja.

"Kelas dah habis ke? Saya on the way nak jemput awak ni."

"Eh! Actually kelas tadi cancel. Sekarang ni saya kat rumah kakak saya."

"Oh, iya ke? Okay tak apalah. Saya pergi sana. Awak hantar alamat kat saya."

"Okay."

Panggilan ditamatkan. Aku membuka ruang bual kami dan menaip nama pangsapuri tersebut. Alih-alih, terasa hentakan kuat pada bahuku. Telefon di tangan terjatuh pada lantai sesaat setelah mesej berjaya dihantar.

Aku menoleh ke belakang. Jejaka berjaket kulit hitam itu dengan bersahaja meneruskan langkahnya dan masuk ke dalam lif. Tiada permohonan maaf darinya walaupun setelah melanggar bahuku. Malas mahu memperbesarkan masalah, aku tunduk mengambil semula telefonku. Pintu lif aku tatap hingga tertutup rapat.

"Biadabnya. Mentang-mentanglah dia duduk kat apartment mewah. Entah-entah apartment ni pun beli pakai duit parents je. Pfft! Berlagak!"

Aku berpaling dari lif dan mengatur langkah menuju ke luar lobi.

"Miss Eefa!"

Langkahku terhenti. Apabila aku menoleh, seorang lelaki yang sudah berusia berdiri di belakangku. Dia menyuakan tapak tangannya kepadaku.

"Miss jatuhkan ni tadi." Beritahunya.

Setelah itu, barulah aku menyedari seutas rantai dengan loket burung berwarna hijau pucat duduk pada tapak tangannya. Aku mengambil dan menelitinya dengan lebih dekat tapi masih tak mengecamnya. Kalau bukan aku punya, lelaki tadi ke?

"Er, sorry. It's—"

Deringan telefon mencantasku. Aku memberi isyarat kepadanya untuk tunggu sebentar. Mesej yang baru masuk aku buka.

Baari: I'm outside

Senyuman kembali menghias bibir. Aku menoleh semula kepada lelaki tadi. Mahu mengembalikan rantai yang bukan milikku itu tapi dia tak lagi kelihatan di mana-mana. Teringatkan Baari yang sedang menantiku di luar, aku jadi terburu-buru untuk pergi. Rantai aku selukkan ke dalam poket celana dan bergegas keluar.

Y/NWhere stories live. Discover now