"Summer!" Aku tunduk, membelai anak kucing yang menggeselkan badannya pada badan Baari. "Dah lama tunggu?" Tanyaku kepada Baari.
"Taklah. Baru je."
"Tak cakap pun nak ajak Summer sekali." Aku bangun semula.
Baari tunduk memandang anak kucing yang dia bela sejak enam bulan yang lalu. Rantai anak kucing disambung kepada tali yang dipegang oleh Baari. Kalau tadi kat rumah, bolehlah biar dia bebas jalan pergi mana-mana tapi kalau kat taman, kenalah ikat. Tak pasal-pasal dia terjun dalam tasik pula nanti.
"Dengan Summer pun nak jealous ke?" Balas Baari, sengaja memanaskan hatiku.
"Mestilah. Sejak ada Summer, awak jarang call saya. Lepas tu, Instagram awak penuh gambar Summer. Gambar saya satu pun tak ada."
Serentak dengan rungutanku, pasangan kekasih yang lalu di sebelah kami mencuri pandang ke wajah Baari yang tak tertutup oleh apa-apa. Aku memalingkan wajah ke arah lain sebelum mereka sempat melihat mukaku. Baari menyedari perbuatanku dan mengeluh perlahan.
Tiba-tiba, dia mengeluarkan telefon pintarnya dan aplikasi kamera dibuka. Kepala dia gerakkan, memberi isyarat untukku datang lebih dekat. Aku menggeleng laju. Sekarang bukan setakat pasangan kekasih tadi saja yang menuding ke arah kami. Pengunjung taman yang lain juga sudah menyedari kehadiran Mohd Baari, pemain nombor 12 itu dengan seorang gadis di sisinya.
"Cepatlah." Bisik Baari.
"Tak naklah. Nanti orang—"
"Sayang!" Jeritnya tiba-tiba. "Kita ambil selfie, jom?" Nadanya semakin tinggi seakan-akan sengaja mahu seluruh taman mendengarnya.
Dan mereka mendengarinya. Sudah terlambat untuk aku menafikannya. Lensa kamera yang tertumpu ke arah kami tak terkira banyaknya. Baari tertawa kecil.
"Tengok sini."
Aku menoleh ke arah skrin telefonnya dan klik! Gambar tersimpan. Tanpa berfikir dua kali, dia terus memuat naik gambar itu dengan emotikon hati.
"Isy, delete cepat!"
"Kenapa?"
"M-Muka awak handsome sangat."
"Meh." Telefon dia seluk masuk ke dalam poket celananya. "They'll be busy looking at you anyway." Balasnya selamba dan berjalan bersama Summer.
"Wait for me!"
Dia berhenti tetapi Summer meronta-ronta untuk dilepaskan kerana mata tajamnya menangkap kehadiran burung yang menyambar ikan di tasik.
"Summer. Tunggu mummy kejap." Arah Baari.
"Mummy?"
"Iyalah. You're the mummy, I'm the daddy."
"You're the... daddy?" Aku mengetap bibir.
Baari menggigit bibirnya. Sebelah kening dijongket ke atas dan bibir menguntum senyuman nakal.
"I'm the daddy." Ulangnya dengan nada suara lebih rendah.
Aku merampas tali dari tangannya. Membawa Summer lari dari situ.
"Eh, wait for daddy!" Jeritnya, mengejar kami.
Langkahku terhenti serta-merta. Tak dapat menahan tawa. Aduh, hari-hari hadap usikan nakal dia, macam manalah aku tak bahagia? Baari, Baari...
- T A M A T -
YOU ARE READING
Y/N
Teen Fiction"Bila hidup se-klise fanfiction." MOHD BAARI: Pemain pasukan bola sepak kebangsaan, IQ di atas 120, peramah, latar belakang keluarga yang serba-serbi cukup, lembut bila berbicara dan meski menjadi pilihan pertama ramai wanita di luar sana, di matany...