Bab 14

169 37 20
                                    

"Hello?"

Nafasku tersekat di kerongkong setelah mendengar suara feminin tegas di hujung talian. Sebelah tangan merapatkan telefon ke telinga manakala sebelah lagi memeluk tubuh. Seolah-olah mencuba untuk meyakinkan diri sendiri, semuanya akan baik-baik saja.

"Hello?" Ulangnya, kedengaran jengkel.

"Meen ni." Aku bersuara.

"Hm. Tahu. Meen nak apa?"

"Meen... nak cakap something."

"Apa dia? Penting sangat ke?"

"Meen—"

"Can you just call me later? I have things to do. Important things." Suaranya diikuti oleh bunyi ketukan pintu dan suara seseorang. Jauh lebih maskulin berbanding suaranya. "Meen, I have to go."

"Meen nak berhenti!"

Dadaku naik turun dengan laju. Aku statik di tempatku. Melontarkan pandangan ke luar jendela. Mencerap pemandangan langit malam dengan hati yang tak tenang, dilanda ribut kencang.

Tiada sesiapa bersuara. Kerana keheningan, aku menyangka talian telah terputus. Kemudian kedengaran helaan nafas panjang dan bunyi derapan kaki tadi semakin menjauh dan bunyi pintu ditutup rapat bergaung.

"Kenapa Meen tiba-tiba nak berhenti?"

Seharusnya dia tahu mengapa... ataukah dia berpura kurang peka?

"This is wrong. Kita—kita tak sepatutnya buat macam ni." Aku meraup rambutku, tertekan.

"Meen. It's not wrong if nobody else knows about it. Yang tahu pasal ni, cuma Meen dan Kak Eefa je. So what's wrong about it? Plus, it's not for free. Kak Eefa bayar Meen, kan? Siap bagi Meen tinggal kat rumah Kak Eefa lagi."

"Then take it back! Meen belum pakai duit yang Kak Eefa bagi and I can transfer it back to you right now. Kalau Kak Eefa nak, malam ni juga Meen keluar dari rumah ni. Meen cuma—Meen cuma nak berhenti jadi Kak Eefa. Meen nak jadi diri sendiri."

"Jadi diri sendiri?" Tawa sinisnya kedengaran. "What's so great about you?"

Aku terkedu.

"Meen lupa ke? Sejak kecil lagi, I'm always better than you. I got the first place in class and you? Nombor 9? 10? I won the first place in every competition and you? Join pun tak pernah. While you were taking a gap year sebab tak tahu nak buat apa dalam hidup, I went out there and chased after my dream."

Air mata jatuh ke pipi tapi wajah kekal tanpa emosi terpampang. Seperti orang lain, aku juga mengaguminya. Yang sama tentang kami hanyalah wajah. Selebihnya, jauh berbeza. Jurang di antara kami terlalu besar. Aku tak dapat menandinginya, dulu dan sekarang.

"Mama dengan papa never said it, but come onlah Meen. You know I'm always better than you." Dia menghembus nafas perlahan. "So, bukan ke sepatutnya Meen rasa gembira sebab dapat jadi Kak Eefa walau hanya untuk sebulan? Kalau bukan sekarang, bila lagi Meen nak rasa jadi orang yang... sempurna dalam semua benda yang dia buat?"

"Sempurna?" Aku mengesat pipi yang basah. "Kalau sempurna sangat, kenapa perlu curang? Sebab tak jumpa orang yang sesuai, atau sebab tak ada sesiapa yang dapat terima Kak Eefa just the way you are?"

Tawanya pecah. Sinis dan seakan-akan mengejekku. Kehangatan dari hubungan adik-beradik yang pernah wujud di antara kami lesap begitu sahaja. Entah mengapa aku merasakan ini kali pertama aku melihat dirinya yang sebenar, yang sudah lama diselindungkan dari mana-mana mata yang memandang.

"So that's why Meen nak berhenti? Disebabkan—lelaki?"

"Lelaki?" Aku berpaling dari jendela. "Kak Eefa tak tahu atau buat-buat tak tahu pasal Mateo? Yes. I didn't have a good first impression about him but be honest to me. Sepanjang Kak Eefa kenal dia, Kak Eefa betul-betul tak pernah nampak ke effort dia? Kak Eefa tak pernah nampak ke just how much 'lelaki' tu, suka kat Kak Eefa? He's a good guy. So kenapa Kak Eefa kena cari lelaki lain?"

Mata aku pejam. Menarik nafas sedalamnya.

"Dan kenapa mesti Hailmie?"

"Hailmie? Hm... lama tak dengar nama tu." Tuturnya, langsung tak terkesan dek kata-kataku. "Patutlah dia dah berhenti call Kak Eefa. So, how was your first meet?"

"You know I liked him. Setiap hari, Meen cerita pasal dia kat Kak Eefa. Every day! Even lepas—lepas dia dah tak ada pun Meen tak berhenti cerita pasal dia. You know how much I liked him. So kenapa—kenapa mesti Hailmie?"

"But he likes me."

Sekali lagi, lidahku kelu.

"Salah ke? Dia suka Kak Eefa, Kak Eefa... well... nak cakap suka, tak juga tapi nak cakap tak suka pun, tak juga. Tapi tak salahkan kalau Kak Eefa nak cuba-cuba?"

Aku tertunduk. Kecewa. Kecewa melihat gadis yang membesar di depan mataku berubah menjadi seseorang yang tak berperasaan, yang narsisistik dan tak memikirkan tentang dalamnya luka yang dia berikan.

Dia bukan Eefa yang aku kenal. Mungkin juga, aku tak pernah mengenali Eefa yang sebenar.

"Meen. Nak. Berhenti."

Jarak telefon sejengkal dari telinga. Jari bersedia untuk menekan butang merah tapi dia bersuara lagi. Menyebut satu nama yang bermakna 'dunia' untukku.

"Baari. Unik nama dia. Dah lama ke kenal dia?"

Telefon aku rapatkan semula ke telinga.

"I don't know how long korang kenal satu sama lain, tapi Meen rasa sampai bila hubungan korang boleh bertahan? Sepuluh tahun? Lima tahun? Hm... lama sangatlah. Should we make it to lima bulan? I don't mind having another boyfriend."

"Baari bukan lelaki macam tulah!"

"Lelaki macam mana?! Hah? Meen sayang, semua lelaki sama jelah. Kalau Meen tak percaya, apa kata kita buat eksperimen? Tengok berapa lama dia boleh setia."

"You can do whatever you want. Meen tetap nak berhenti."

"Even if I tell mama dengan papa yang Meen ada kat Malaysia?"

Aku terdiam. Wajah dua insan tersayang itu terlintas dalam fikiran. Senyuman mereka perlahan-lahan memudar dan aku ditikam penyesalan kerana dusta sendiri. Mereka semakin menjauh dan akhirnya aku tinggal sendirian. Hidup tanpa sesiapa di sisi.

"Hm." Dia tertawa kecil. "Kalau Meen nak tarik diri, okay tapi jangan menyesal sebab Kak Eefa takkan teragak-agak untuk musnahkan hidup Meen. If that's what it takes to save mine, I'll do it. Whatever it is."

Talian mendatar. Aku berpaut pada lengan sofa dan telefon jatuh ke lantai terazzo. Sakinat jiwa terganggu. Apa pilihan yang tepat?

+

Terlupa nak tekan publish HAHAHAHAHAHA

Y/NWhere stories live. Discover now