Bab 17

158 34 5
                                    

"Meen!"

Panggilan nama itu seakan memberiku nafas baru. Esakan reda dan juraian air mata berhenti seketika. Dari kejauhan, dalam pandanganku yang kabur, ada figura seseorang berdiri menatapku.

"Meen?" Panggil suara yang sama lagi.

"Baari..."

Sejak kecil lagi, aku jarang menunjukkan sisi lemahku di hadapan orang lain. Dididik agar sentiasa kelihatan kuat dan teguh tetapi melihat jejaka yang ada ketika susah dan senang bersamaku, hatiku yang rapuh tersentuh. Lantas esakan kuatku pecah lagi di tempat meletakkan kenderaan, tak jauh dari lobi pangsapuri.

Derapan tapak kaki kedengaran menghampiriku dan wangiannya semakin kuat. Dia merendahkan badannya, melutut di hadapanku. Memintaku untuk melihatnya dan aku akur. Tak takut untuk menunjukkan ada masa, aku juga lemah seperti manusia biasa.

"Kenapa ni?" Tanya Baari, lembut bila bersuara. "Pasal kakak awak ke?"

Aku mengangguk sekali. Baari menghembuskan keluhan. Dia bangun dan duduk bersebelahan denganku pada bahu jalan, di kawasan tempat meletakkan kenderaan yang lengang.

"You don't want me to ask more?"

Aku menggeleng. Walaupun aku dengan mudahnya memperlihatkan sisi ini kepadanya, tetap sukar untuk aku menjelaskan apa yang terjadi di antara aku dan Kak Eefa.

"It's okay. Saya faham." Ujarnya seraya tersenyum kecil.

Aku tunduk merenung jalan bertar di mana kaki berpijak. Esakan mulai reda. Tenang bila Baari ada di sisi.

"Nah!"

Baari menyuakan lengan baju yang dia kenakan kepadaku. Tawaku terlepas jua dan dia tersenyum manis ke arahku. Air mata aku kesat menggunakan lengan bajunya. Apabila menyedari kesan mascara melekat pada fabrik bajunya, rahangku hampir terjatuh ke atas jalan raya. Lebih-lebih lagi apabila menyedari dia mengenakan jersi pasukan.

"Awak..." Aku menekup mulut. "M-Macam mana ni..." Aku menggosok kesan hitam itu menggunakan ibu jari tapi sedikit pun tak pudar.

"Eh, it's okay!"

"No, it's not okay!" Aku menggigit bibir, geram terhadap diri sendiri. "Tak nak hilanglah pula..."

"Meen..."

"Sorry. Saya lupa saya pakai mascara."

"Meen..."

"Dahlah saya pakai waterproof mascara. Boleh hilang ke?"

"Meen!"

Baari memegang kedua bahuku. Aku memandangnya dan dia tertawa kecil. Terhibur melihatku yang panik kerana kesan hitam mengotori jersinya.

"It's okay. Saya ada banyak lagi jersi macam ni kat rumah."

"Awak nak flex awak kaya ke apa ni?"

Dia menjongket bahu. "Tak adalah kaya mana tapi setakat nak belikan awak banglo kat private island, bolehlah."

"Eleh!" Aku menepuk bahunya dan dia tertawa. "Kalau macam tu... bagi kat saya jelah jersi ni. Dah alang-alang kotor macam ni."

"Nanti jelah."

"Kenapa nanti pula?"

Baari bangun dan melihatku dengan sebelah kening ternaik dan hujung bibir menjongket ke atas, tersenyum herot. Aku keliru melihat ekspresinya.

Y/NWhere stories live. Discover now