Bab 23

152 33 1
                                    

Buku berkulit putih bertukar tangan. Hailmie mengangguk, menyuruhku untuk melihat buku yang dia berikan sebaik sahaja kami bergerak ke lantai dua galeri. Buku aku terbalikkan. Jari mengamati tulisan timbul pada permukaannya. 'First Sight' tercetak pada kulit hadapan.

"Buku puisi?"

Hailmie mengulum senyuman. Aku tunduk semula, mata mengekori ilustrasi daun menjalar ke bawah buku di mana parap seseorang tertera. 'HE' seperti nama galeri ini, HE Gallery. Jadi, inilah buku puisi yang Hailmie karang?

"HE..." Bisikku, jari menyentuh dua abjad yang diletakkan bersama itu.

"Hailmie, Eefa."

Jariku terhenti. Aku mendongak. Hailmie tersenyum bangga. Hailmie dan Eefa. HE. Dia jadikan parap nama mereka berdua sebagai nama penanya? Kenapa terasa seakan... dejavu?

"Meen!"

Batu di tangan jatuh menyembah tanah. Hailmie berlari sekuat hatinya dan aku mulai panik, bersembunyi di sebalik pohon rimbun terletak bersebelahan bangunan terbiar sekolah. Macam mana dia tahu aku ada kat sini?

"Tak payah nak menyoroklah. Cepatlah keluar!" Gesa Hailmie dengan nafas tercungap setelah berlari merentasi padang bola.

Aku mengunci bibir. Tak akan menyerah kalah dan akur terhadapnya!

"Tak nak keluar ke?" Nafasnya lebih teratur. "Kalau tak nak keluar, tak apalah."

Hailmie mengeluh kuat dan kedengaran sesuatu dihempaskan pada permukaan keras berumput hijau di sebalik pohon tempat aku bersembunyi. Suasana kembali hening seperti sebelum Hailmie datang menemuiku. Dia dah pergi ke?

"Sorry."

Baru saja aku mahu menjenguk ke sebalik batang pokok yang dua kali ganda saiz badanku itu, Hailmie bersuara lagi. Aku pun pegun di tempatku.

"Budak-budak yang lain, semua dah tahu aku nak pindah. Aku ingatkan kau pun dah tahu. Sebab itulah aku tak cakap apa-apa kat kau." Hailmie tertawa kelat. "But then again, kalau kau dah tahu pun, sepatutnya aku tetap kena beritahu kau sebab... sebab kau kawan baik aku."

Aku berpaling dan bersandar pada pokok. Mendongak, mencerap dedaunan kering yang jatuh seperti hujan setiap kali bayu bertiup lebih kuat berbanding selalunya. Tiba-tiba, kedengaran bunyi geseran yang kuat dan tindakan refleks menyebabkan aku menjenguk ke sebelah.

Hailmie duduk bersila pada tanah. Batu yang terlepas dari genggamanku tadi kini berada dalam tangannya. Aku menghampirinya dan melihat aku akhirnya keluar dari tempat persembunyianku, dia tersenyum kecil. Tangan masih sibuk mengukir sesuatu pada kayu pohon.

Di hadapan setiap parap namaku, 'M' yang aku ukir sebelum kemunculannya dipasangkan dengan huruf 'H' dan simbol tambah, '+'.

"H.M?"

"Hailmie, Meen. Nama kita." Hailmie melepaskan batu di tangannya. "Aku tak tahu bila aku akan balik sini lagi tapi kita ada tiga bulan lagi sebelum graduation day. So apa kata kita guna masa tiga bulan ni untuk... buat apa yang kita nak? Together."

Pandangan aku talakan pada huruf awalan dua nama itu. Hailmie dan Meen. H dan M.

"H.E." Aku menatap Hailmie. "You used our initials as your gallery's name and your author's name."

Hailmie mengangguk. Tersenyum bangga kerana dia memikirkan idea yang pada pendapatnya, agak bijak dan romantis.

"Can I ask you something?"

"Apa dia?" Balas Hailmie, sebelah tangan diselukkan ke dalam poket celana.

"You betul-betul suka I ke? I mean, do you really like me that much sampaikan you guna nama initial I dan tulis puisi untuk I?"

"Yes." Jawabnya selang satu degupan.

"Kenapa? Apa yang I ada, yang perempuan lain tak ada?" Hailmie membuka mulut tapi aku mencantasnya. "I tak nak jawapan yang klise. 'You have everything that I want', I tak nak jawapan macam tu. I nak jawapan jujur."

Hailmie menghela nafas dalam. Tangan dikeluarkan dari dalam poket. Kedua tapak tangan dia gosok dan buat seketika, imej Hailmie yang pernah aku kenali suatu ketika dulu terlintas depan mata. Hailmie yang dulu juga selalu melakukan itu bila dia ingin meluahkan sesuatu tetapi dihentikan oleh rasa gemuruh.

"Please?" Rayuku.

Hailmie menurunkan kedua tangan ke sisi. Dia maju selangkah mendekatiku. Buku puisi di tangan dia ambil.

"Tahu tak kenapa tajuk puisi I kali ni, First Sight?" Soalnya, separa berbisik meski hanya kami berada di sini. "Because I fell in love with you at first sight. Masa tu Meen ajak I keluar untuk beli barang for our science project and kitorang terserempak dengan you. I felt something. I didn't know what it was but a few years later, kita terserempak lagi kat airport masa I baru balik dari Lima, Peru. Kita tertukar luggage, ingat tak?"

Hati yang retak menyuruhku untuk menggeleng tapi akal lebih pantas. Aku mengangguk, mengakui aku mengingati memori yang tak pernah menjadi sebahagian dari hidupku.

"Lepas hari tu, I selalu sangat teringatkan you tapi bukan Eefa yang I jumpa kat airport. Eefa yang I pernah jumpa sekali masa zaman remaja. That's when I know, I liked you for a long time and it was love at first sight."

"Are you sure?"

Raut wajahnya berubah. "What do you mean?"

"Meen and I are twins. Muka kitorang sebijik, sama. Macam mana kalau selama ni you cuma keliru? Macam mana kalau sebenarnya you rindu Meen tapi disebabkan you terserempak dengan I kat airport, you—you misunderstood your feeling and thought you liked me? What if that's the case?"

"Eefa, I dengan Meen dah kenal lama—"

"Exactly!" Getusku, mula hilang akal. "Maybe you liked her, not me."

"No, you don't understand." Hailmie maju selangkah lagi. "I kenal Meen untuk bertahun-tahun. During those years, kitorang cuma kawan je. Kalau betullah I suka Meen, kenapa I tak confess je kat dia? Nothing's gonna stop me, right? But I didn't. I tak confess, tak kejar dia, sebab I tak suka dia. I anggap dia kawan je."

Aku yang membuka topik bicara tapi aku juga yang terluka. Saat ini, aku teringatkan satu pepatah inggeris yang berkata 'curiosity killed the cat'. Kalau layankan sangat rasa ingin tahu, akhirnya perasaan itu juga yang akan memakan diri. Sesuai untuk situasi ini di mana aku kucingnya.

Namun ramai yang tak tahu, pepatah terkenal itu tak lengkap. Seharusnya, 'curiosity killed the cat, but satisfaction brought it back'. Rasa ingin tahu boleh mendera jiwa, tapi jawapan terkadang membawa kembali ketenangan. Itulah yang menggambarkan perasaanku ketika ini. Sedikit terluka mendengar jawapannya, tetapi dalam masa yang sama, lega kerana aku tak lagi dihantui oleh rasa ingin tahu yang mencengkam jiwa.

"Thank you." Hujung bibir naik ke atas. "Thank you sebab jujur."

Hailmie menghembus nafas panjang. Membalas senyumanku dengan pandangan penuh kasih sayang. Malam berlalu pantas dan buat pertama kalinya sepanjang tempoh lebih seminggu, aku tidur dengan lena.

+

sometimes you cant move on because there's something you haven't asked him/her. cuba beranikan diri tanya. siapa tahu, lepas dah dapat jawapan nanti, awak sedia nak letak noktah?

btw, sorry for the late update. petang tadi seronok layan netflix hehe. oh and kalau wattpad unpublish chapter ni or any other chapter, pls let me know ya

Y/NWhere stories live. Discover now