Part 21

2.4K 83 3
                                    



A few month ago....

Perutnya yang semakin membesar diusap sayang, siapa sangka kandungannya sudah mencecah 9bulan dan kini Iman sedang memandang 4pasangan sejoli yang tersenyum gembira diatas pelamin. Orang pertama yang tahu tentang kehamilannya adalah Umi.

Dia sendiri tidak sedar yang dia sedang mengandung kerana alahan semasa mengandung tidak terkena kepadanya tapi alahan tu terkena kepada encik suami. Ketika itu, Mikhael kerap demam pada waktu malam dan pagi pula suaminya tidak boleh terbau kopi.

Pantang bau kopi terus cari singki untuk membuang sisa dalam perut. Tapi alhamdulillah sebab alahan yang kena dekat suaminya hanya trimester pertama sahaja selepas itu alahan itu kembali kepadanya seperti mengidam dan pening kepala.

Selepas buat pregnant test terus di check result tak disangka betul telahan uminya. Dia terus mesej Mikhael untuk ke hospital dan suaminya yang berada dalam syif semasa itu hanya membenarkan sahaja. Mereka berdua bertemu di lobi hospital, Mikhael juga bertanya beberapa soalan kenapa datang ke hospital namun dia hanya diamkan sahaja dan mengajak suaminya ke bahagian klinik Ibu dan Anak.

Tercengang masa tu Mikhael. Sumpah kalau sempat ambik gambar hantar dalam grup konfirm malu setahun si Mikhael. Suaminya hanya diam sahaja, usai membuat pendaftaran dia terus cakap dekat encik suami.

Mikhael terkejut tapi disabarkan dahulu kerana belum di sahihkan oleh doktor. Sempat nurse yang lalu menegur Mikhael dan dirinya nak buat macam mana semua staff dan doktor dah kenal dia sebagai isteri Mikhael. Risau si isteri jealous bila suami kena ngorat dekat nurse.

Selepas namanya dipanggil mereka berdua terus bangun dan masuk kedalam bilik doktor. Sempat Mikhael bertegur sapa dengan doktor perempuan itu, doktor itu lebih kurang bayanya juga namun masih bujang tapi Iman tidak kisah selagi doktor perempuan tu tak cari pasal dengannya masih tidak mengapa.

Iman bukanlah seorang wanita yang kaki cemburu buta cuma kalau Mikhael buat hal tunggu la nasibnya dan wanita itu. Lepas je Doktor Afeefa sahkan dia mengandung terus Mikhael memeluk nya dan mengucapkan alhamdulillah tanda syukur.

Doktor Afeefa hanya tersenyum sahaja melihat perlakuan Doktor Mikhael semasa tu. Nampaknya wanita itu bukan lah saingannya jadi dia menarik nafas lega.

Balik je rumah terus dia berehat didalam bilik. Mikhael tidak membenarkannya untuk keluar kemana-mana risau akan risiko kandungan pertama mereka. Suaminya sempat memesan yang dia akan pulang awal untuk berehat bersama sang isteri.

Sejak hari itu Mikhael tidak pernah mengeluh melayani perangainya ketika mengandung dan suaminya juga amat gembira untuk menyambut anak sulung mereka. Kelibat Mikhael di cari, entah kemana la suaminya pergi tadi kata mahu pergi jumpa Mummy sekejap namun sampai sekarang tak nampak batang hidung lagi.

Dia bangkit dari meja vip dan memegang perut besarnya berhati-hati risau terberanak dalam majlis orang. Terasa mahu menikmati puding diatas bufet yang di sediakan. Malas duduk dikerusi lama-lama entah kenapa perutnya terasa tidak selesa, lebih baik kakinya banyak bergerak nanti mudah untuk dirinya bersalin.

Sepanjang 7bulan dia bawa perut tidak pernah dia mengeluh malah terasa gembira dapat menjadi ibu secepat ini. Masih ramai lagi tetamu yang menghadiri majlis 4 orang pasangan mempelai ini iyalah buat 2majlis sekali gus senang.

Mummy dan Daddy lagi suka kerana tidak perlu mencari tarikh lain. Sedang dia tengah memasukkan puding dalam pinggan terasa tubuhnya dirempuh dari tepi mujur la dirinya tidak terpelanting ke tepi, dilihat seorang kanak-kanak lelaki bermata hazel berada di sisinya.

Kanak-kanak itu bangun dan memeluk kakinya manakala kepala budak itu betul-betul di depan perutnya, terasa tendangan sikecil dari dalam seperti marah kerana memeluk si ibunya. Baru ingin menegur teriakan gembira budak lelaki itu mengejutkannya.

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now