Part 17

4.8K 133 9
                                    



"Sayanggg...." Meleret suara Mikhael memanggil isterinya yang sedang membaca buku di atas katil beradu.

"Hurmm.. ada apa awak panggil saya. Ada apa-apa soalan ke nak tanya?" Sahut Rysha yang pura-pura tidak tahu apa yang diinginkan sambil melayan kerenah suaminya.

Sempat dia mengutarakan soalan kepada suaminya yang masih keliru dengan hal semalam.

"Sayang tak nak cerita ke? Macam mana sayang boleh kenal dengan Ratna? Dan apa kaitan dengan Zakwan tunang Ratna tu macam rumit je masalah korang? Adakah diorang ada kaitan dengan masa lalu sayang?" Ujar Mikhael keliru.

Dia hanya tahu Zakwan bekas tunang Iman dan menjadi tunang Ratna yang sekarang.

"Ratna kawan baik saya. Kitorang kenal sejak zaman sekolah menengah lagi. Kami bergaduh hanya sebab Zakwan saja. Sejak kemalangan tu Ratna tak tahu pun yang saya amnesia so dia hanya tahu tentang saya kemalangan saja.

Then selepas dapat tahu saya kemalangan dia terus lari bawak diri ke luar negara." Jawab Farysha panjang lebar.

"Tidak banyak pun saya tahu. Kawan saya yang kerja Inspektor je tahu benda ni. Semalam saya call dia dengan nombor lama tahu-tahu plan rosakkan majlis tu memang kerja Ratna waima Zakwan dah lama kut moveon dengan Fazira itu lah saya pelik bila Zakwan tiba-tiba plan untuk fly jauh tinggalkan wedding kami masa tu.

Saya marah dengan sikap Zakwan sampai tak boleh brain and boom saya eksiden tak sedar kan diri." Jujur Farysha menceritakan kejadian sebenar.

"Tapi kenapa sayang marah-marah dia semalam pastu tiba-tiba boleh berbaik. Sayang tahu tak yang semua ahli keluarga kita termasuk tetamu dah konfius dengan perangai sayang yang kejap garang kejap baik.

Kemungkinan sekejap lagi pasti sayang akan diserang soalan dari semua ahli keluarga kita " Terang Mikhael kepada isterinya. Sempat lagi isterinya buat drama spontan dengan Ratna tadi. Hampir tercopot jantung dia dengan perangai mereka.

"Saya tahu, sebab tu la saya cerita dekat abang. Senang nanti abang pulak tolong cerita kat diorang. Lagipun saya malas nak bahas benda sama.

Okey sekarang ni saya nak berterus terang dekat abang. Lelaki semalam yang tunang Ratna tu ialah bekas tunang Iman Farysha kawan satu Universiti dulu. Semalam Ratna datang sebab keluarga saya yang jemput dan mereka tak tahu pun pasal pergaduhan kitorang.

Satu lagi Ratna datang dengan Zakwan sebab nak bagi kad kahwin diorang." Terang Farysha menjelaskan kepada Daniel. Dia belum tahu yang Daniel sudah kenal dengan Zakwan.

Mesti isterinya lupa yang Zakwan pernah datang ke rumah mereka beberapa bulan lepas.

"Ouh sebab tu je. Ingat kan dia datang nak rampas abang dari sayang. Yela kitorang pernah kenal dekat tempat kerja sekali sebab abang jadi bos sementara kat syarikat Zayn kejap.

Kemungkinan kalau dia nak rampas abang tu ada 50persen dalam rancangan dia. Tapi isteri ku sayang sebenarnya abang dah tahu Zakwan tu ex fiancee sayang. Mesti sayang lupa dia pernah datang rumah dengan Famili dua bulan lepas." Ujar Mikhael kembang kempis.

Perasan yang Ratna mahukan dirinya lagi. Sempat dia mengingatkan isterinya semula.

"Abang tak payah nak perasan. Saya kenal Ratna tu macam mana. Datang lah seribu jejaka kacak sekalipun kalau dah sayang dekat seorang dah tak pandang lelaki lain. Ratna tu dia terlalu setia lagi-lagi bila lelaki yang dia sayang tu Zakwan.

Jodoh dah tertulis dia dengan Zakwan cuma silapnya saya yang tersalah langkah. Jadi abang dah kenal lah dengan Zakwan. Mana lah sayang tahu sayang kan lupa." Menjuih mulut Rysha sambil mengejek suaminya yang kuat perasan.

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now