Genting highlands
Iman's "POV"
Perjalanan yang memakan masa berjam-jam itu akhirnya sampai ke destinasi nya. Sebuah hostel disewa untuk mereka sekeluarga. Rynna sebilik dengan Iman, Imran sebilik dengan Faris, Along sebilik dengan anak dan isterinya manakala Encik Azmin sebilik dengan Puan Irdina.
Petang itu mereka sekeluarga bersantai di beranda sambil menikmati teh o panas dengan suasana sejuk. Kedinginan petang itu dinikmati oleh Iman dengan ceria... tidak sabar untuk keluar berjalan jalan esok, mereka sekeluarga bercuti 5hari 4malam kerana cuti sekolah.
"Umi Iman nak masuk bilik tau. Iman nak tulis sesuatu dekat dalam buku diari Iman." Ujar Iman yang seronok kemudian dia terus masuk ke dalam bilik yang dihuni oleh dia dan Kak ngahnya.
Didalam bilik Iman melabuhkan tubuh nya didepan tingkap menghadap ke homestay mewah disebelah bilik mereka. Homestay di sebelah sana kelihatan sedikit mewah dengan taman bunga. Dia tersenyum melihat sebuah keluarga yang baru sampai dan ingin masuk kedalam rumah. Dia cuba menegur sebuah keluarga itu.
"Hai Uncle, Aunty. Hai Abang abang hensemm." Dia tersenyum suka melihat keluarga itu pun menegur ramah dirinya.
"Uncle dengan Aunty datang bercuti ke? Wahhh best nya.. Nama saya Iman, Iman datang dengan Along, Angah, Achik dan Abang Faris. pastu kawan Iman ada jugak ni Ieycad dan Ieycha. Korang tengok kita ada jiran hensem dengan comel lah." Tegur Iman tanpa malu.
Itulah dirinya terlalu ramah menegur semua orang. Mereka tergelak melihat telatah Iman seperti kanak kanak berusia 7tahun dengan tudung nya sedikit senget lepastu memegang pensel hello kitty.
"Okey lah Uncle dengan Aunty nak masuk dulu ye. Bye Iman.." Balas Puan Sri Marissa selepas dia tergelak kerana tercuit hati dengan kecomelan gadis itu.
"Bye Aunty cantik Bye Uncle hensem dan bye juga abang abang hencem." Lambai Iman setelah pasangan itu meminta diri untuk masuk bersama anak-anak terunanya.
Iman terus berlari keluar dari bilik diikuti Ieycad dengan Ieycha.
"Umi Abah tadikan kat sebelah bilik Iman kan ada jiran baru lah. Homstay (homestay) tu cantik sangat... betul kan kan cad kan cha??" Ujar Iman seronok.
Budak berdua tu tersengih sahaja walaupun masih belum faham. Yelah macam mana nak faham kalau umur baru cad baru 4tahun manakala cha 2tahun.
***
Daniel's "Pov"
Sampai saja depan homestay mereka ditegur oleh seorang gadis yang elok duduk di tepi tingkap. Siap tegur Mummy dengan Daddynya lagi and paling tak sangka gadis itu memanggil dia, Qalish dan Abangnya abang abang hensem.
Tapikan gadis tu nampak macam lain dari yang lain sikit dengan tudungnya senget, gadis tu nampak macam kanak kanak berusia 7tahun. Yelah hyperactive dan paling penting cantik manis.
Kami melayan lah kerenah dia. Rasanya mungkin gadis tu mengalami masalah autistic kut. Tengok pada semuanya nampak sempurna tapi bila gadis tu bercakap memang macam budak budak.
Wajah gadis itu menunjukkan jelas reaksi seronok dan gembiranya. Paling ketara gadis itu langsung tiada rasa malu bertenggek di tepi tingkap menegur mereka sekeluarga nampak aneh dan lucu pada mata Daniel. Tapi tak mengapa cukup membuatnya rasa seronok dan tidak rimas sepanjang percutian di genting.
Selepas saja kami melambaikan tangan kepada Iman gadis tu terus menghilangkan diri dari sebalik pintu bilik yang terbuka luas itu. Tipulah Daniel tak tercuit dengan aksi manja Iman tu, gigi tersusun cantik pipi merah dan cukup pakej jarang di temui kalau cari.
Sempat si Iman ni bagitau namanya sepekej dengan nama budak budak sebelahnya mungkin anak buah Iman kut. Comel macam auntie diorang.
" Ehemm.." Deheman milik Zayn telah mematikan lamunan Daniel.
"Dani mengelamun apa sampaikan Along panggil pun tak dengar?" Soal Zayn kepada adiknya yang tengah menggosok lehernya akibat kantoi kerana mengelamun.
"Takde apa lah long. Just hairan je dengan perempuan yang tegur famili kita tadi. Kau tak pelik ke tengok tadi dengan cara percakapan seolah olah kanak kanak berusia 7tahun. Siap pakej panggil kita abang hensem lagi. Aku rasa gadis tu ada masalah otak kut. Lebih spesifik orang panggil autistic akibat kemalangan yang menghentak kepala mangsa. Aku pernah tengok dekat hospital." Ujar Daniel Mikhael dengan kening berkerut. Tidak hairan baginya kerana sudah sebati sepanjang menjadi doktor.
"Hurm aku pun tak tahu juga hal penyakit ni. Kau takpelah doktor serba serbi tahu nama penyakit. Aku ni kalau kau tanya pasal bisnes konfirm boleh jawab." Balas Zayn dengan senang hati.
"Kenapa ni Daniel? Zayn? Korang bersembang hal apa. Dah sekarang pergi mandi pastu rehatkan badan, malam ni kita keluar dinner. Mummy nak solat asar jap lagi maghrib nak masuk waktu. Esok baru kita keluar berjalan jalan Daddy pesan tadi." Tegur Puan Sri Marissa selepas keluar dari biliknya.
Percutian di Genting begitu menyeronokkan. Iman pun gembira. Dia sempat juga berkenalan dengan jiran homestay nya itu. Aunty dengan Uncle siap perkenalkan diri lagi. Uncle tu nama nya Uncle Michael manakala aunty pula nama Aunty Marissa.
Yang abang abang hensem pula yang sederhana nama nya Qalish yang putih kuning langsat tu Zayn. Manakala lelaki yang sebijik muka Armaan malik tu pula nama Daniel. TAPI dia tertarik dengan abang Daniel. Entah tak tahu kenapa dia asyik rindukan abang Dani.
Selepas je kenal dengan mereka Iman mula ingin rapat dengan abang Dani berbanding dua lagi lelaki itu. Siap berangan nak kahwin lagi. Percutian yang mengambil masa 5hari 4malam itu sangat bermakna kepada Iman.
Akhirnya mereka sekeluarga pulang ke KL setelah puas bercuti. Manakala muka Iman monyok kerana tidak dapat berjumpa lagi dengan Abang Dani. Sungguh dia sayang kan Abang Dani...
TO BE CONTINUED......
PLEASE COMMENT AND VOTE..
YOU ARE READING
Iman Mikhael | C
RomanceIman Farysha.. orang nya cantik, cukup sempurna tapi hanya disebabkan satu kemalangan menimpanya. Dia bukan lagi Farysha. Dia kembali menjadi seorang Iman yang cengeng dan kebudak-budakkan. Ditinggalkan bekas tunang dan kemalangan yang menimpa...