Part 9

5.2K 210 11
                                    



"Gemuruh!!!." Perasaan ini yang dirasakan oleh Daniel.. walaupun sudah beberapa kali dia berlatih untuk belajar akad nikah dengan Zayn dan Qalish.

Tetap tergagap-gagap dia menyebut nama Iman.. Malah Zayn dan Qalish sempat menggelakkan dia kerana tersalah sebut mas kahwin.

Petang tadi dia dan Iman pergi ke butik milik Rizalman untuk mengambil baju akad nikah yang ditempah tempoh hari.. Esok adalah hari bersejarah dia dan Iman.. Dimana dia dan Iman bakal disatukan dalam ikatan perkahwinan..

Tanggungjawab dia lebih besar kerana dia ingin melihat Iman bahagia disampingnya dan dia nak Iman sembuh seperti sediakala.. Kasihan kepada Abah dan Umi yang masih tidak berputus asa membawa Iman ke tempat tempat yang pernah mereka kunjungi untuk memulihkan semula ingatan Iman.. Dia dah berjanji dengan bakal bapa mertuanya untuk membantu Iman...

Tak sabar dia ingin memiliki seorang gadis bernama Iman.. gadis itu persis seperti seorang model yang elegan.. cantik bak bidadari kayangan, mempunyai tubuh yang langsing, mata bundar yang cantik, seulas bibir yang memukau dan menjaga tatasusila sebagai seorang gadis..

Buta betul bekas tunang Iman yang telah meninggalkan gadis ini saat mereka bakal di ijab dan qabul kan pada beberapa tahun lepas.

"Andai aku berjumpa dengan Iman dari dulu lagi pasti aku tak akan lepaskan gadis secantik Iman." kata Daniel dalam hati. Tapi takdir Allah itu indah kerana dia juga menjadi titik takdir buat Iman selamanya. Manis betul percaturan Allah untuk dia dan Iman.

***

Throwback sewaktu mereka berdua fitting baju di butik Rizalman.

Daniel 's "POV"

"Mummy... Daniel berangkat ke rumah Iman dulu ekk.. Nanti jalan jammed nak ke butik.. dah lah hari minggu memang cari penyakitlah makan jammed.." pinta Daniel setelah dia sudah segak bersiap untuk berjumpa dengan cik tunang kesayangan.

"Mummy ada nak kirim apa-apa ke dengan bakal besan?? Mana tahu mummy nak kirim buah ke? Kuih muih ke? Or makanan lain?" Soal Daniel kepada Puan Sri Marissa yang sedang sibuk menggubah hantaran kahwinnya dengan bibik Siti.

"Hurm mummy takde apa nak kirim. Tak sempat nak buat kuih pula nak kirim. Takpelah kamu tolong kirimkan salam mummy kat bakal besan mummy tu pastu minta dengan abang Imran kad walimatul urus yang bahagian kita." Balas Puan Sri Marissa.

Selepas puas hati dengan hasil air tangan sendiri. Kali ni dia mahu gubahan itu nampak cantik hasil buatannya.

Iman's "POV"

" Umi..." meleret-leret Iman memanggil uminya didapur.

"Abang Daniel belum sampai lagi ke? Kata nak pergi fitting baju kat butik? Iman dah siap cantik cantik nak pergi fitting baju nikah." Ujar Iman memandang ibunya yang sibuk di dapur.

"Kejap lagi sampai lah tu Iman oii.. kamu ni alahai cantik cantik ber-blouse nya pastu seluar slack putihnya ni nak ajak Dani pergi dating ke??

Tak payah mengada-ngada nak keluar melencong kelain ehh.. Anak dara darah manis macam kamu tak boleh keluar merewang jauh ii dah!!" Tegur Puan Irdina kepada Iman.

Tidak elok dibiarkan anaknya berseronok keluar dengan Daniel. Tidak manis dengan status tunangan.

"Ye lah umi. Iman janji tak pergi ke mana mana lah lepas balik dari fitting baju nikah dan resepsi okey." Jawab Iman manja. Dia tidak mahu buatkan uminya risau.

"Pon...pon..!!" Bunyi hon mengejutkan mereka berdua.

"Haa tu Daniel dah datang... elok-elok ye Iman.. kalau apa-apa berlaku umi piat telinga kamu." Tegur dengan tegas Puan Irdina tidak mahu anaknya leka.

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now