Part 4

5.2K 226 3
                                    

Kelibat mummy nya dicari. Melihat Puan Sri Marissa sedang santai di Taman Bunga miliknya, perlahan lahan Dani berjalan dan 1...2......3

"Bahhhh.." sergah Daniel Mikhael sehingga mengejutkan Puan Sri Marissa yang ralit melihat pokoknya.

"Opocot Abang sayang Pemilik Hati Dinda" latah wanita paruh baya itu dengan kejutan Daniel dari arah belakang.

"Ahahahahaha.. aduh lawak lah mummy ni melatah." bantai si Dani tergelak bila mummy nya melatah.

Tiba-tiba telinganya terasa sakit di pulas....

"Aduhhh mummy sakit janganlah tarik telinga Dani nanti tak pasal telinga Dani capang sebab mummy pulas." Rengek Daniel sambil menahan tangan Puan Sri Marissa yang hinggap ditelinganya.

"Tu lah sedap sangat gelakkan mummy kan dah makan pulasan dengan mummy. Dah duduk mummy nak tanya dekat Dani ni, Hurmm Dani cuti ni berapa hari?" Soal Puan Sri Marissa.

"Danny cuti 2weeks je mummy. Tu pun kalau takde emergency lah. Kalau ada Dani kena skip lah gamaknya cuti Dani." Balas Daniel lemau, jadi doktor bukan senang kalau cuti pun kadang-kadang terpaksa on-duty plus nasibnya yang bujang.

"Why mummy? Ada rancangan nak buat family day kat mana-mana ke?" Soal Daniel kembali dengan mata bersinar. Jarang mummy kesayangannya bertanya soal cuti melainkan wanita itu mahu mengajaknya bercuti bersama yang lain.

"Hurmm cadangnya mummy nak ajak Daddy bawa kita sekeluarga ke Genting highlands minggu depan. Biasalah dah lama tak bercuti dengan anak anak dan suami, lagipun mummy sunyi duk rumah. Daddy kamu tu bukannya lekat kat rumah walaupun dah letak jawatan.

Si Zayn pula mummy dapat jumpa pagi or malam tu pun kalau dia balik awal. Kamu pula hermm time tukar syif baru lah nampak batang hidung itu pun Qalish pula lagi lah jarang datang sibuk dengan cawangan baru di Penang. Langsung tak jenguk mummy kat rumah sendirian." Rungut Puan Sri Marissa. Selalu dia bersendirian di rumah di temani Bibik Siti yang merupakan temannya dirumah.

"Insyaallah Dani on je minggu depan sebab jadual kosong. Okey tak mummy?" Jawapan Daniel yang padat menarik senyum lebar Puan Sri Marissa.

"Ok jugak tu. Nanti Mummy bagitau Daddy kita sekeluarga join holiday ke Genting highlands okay." Balas wanita itu gembira. Kali ni percutian mereka tiada bantahan kerana Daniel free minggu depan.

"Okaylah Mummy. Dani nak masuk bilik jap. Tengah hari nanti kita makan kat luar tau biar Dani belanja Mummy hari ni." Ajak Daniel. Dia ingin meluangkan masa bersama wanita kesayangannya.

***

Iman Farysha "POV"

"Along, Kaklong jom kita bercuti nak tak? Iman nak sangat pergi Genting highlands ajak Abah Umi, Achik Kakngah, Abang Faris pastu bawak Ieycad dan Ieycha." Pujuk Iman manja. Lengan si Along di goyang.

"Jomlah along Iman Bosannn." Matanya di kelip kelip kepada abang dan kakak iparnya.

"Japp. Nanti along fikir dulu." usik Imran kepada adiknya. Walaupun dia rindu akan Rysha dia tidak pernah jemu melayan perangai dan karenah Iman kerana Rysha dan Iman orang yang sama cuma perwatakan je yang berbeza tiada kurang pun.

Iman ialah seorang gadis normal tapi pemikiran nya tak ubah seperti kanak kanak berusia 7tahun manakala Rysha pula seorang gadis juga dan mempunyai pemikiran yang matang.

Penampilan nya seperti model model muslimah diluar sana tapi sayang kerana Zakwan lah adiknya kemalangan.

"Okey juga tu cadangan Iman tu, Along lagipun dah lama kita tak pergi bercuti. Genting Highlands pun boleh tahan best juga kerana banyak buah buahan segar dan taman tema. Elok lah kalau nak bawa Iman ni bercuti..." cadang Puan Irdina dan disokong oleh suami dan anaknya yang lain.

"Yeyyy sayang umi. Iman suka sangat." Suka dan gembira dalam masa yang sama sambil tangan nya ditepuk tepuk bersama dengan ieycad dan ieycha.

Melihat Iman bahagia pun hidup nya dah bahagia. Dia rela tengok Iman jadi seperti kanak kanak daripada tengok Iman menderita suatu hari nanti.

Doktor ada juga mengatakan Iman mungkin akan dapat kembali ingatan normal nya jika banyakkan terima rawatan seperti membawa Iman ke tempat yang pernah Iman pergi. Jadi dia mengikut sahaja saranan doktor. Keletah Iman sedikit mencuit hati tuanya. Jiran nya si Widad sudah berpindah selepas kejadian setahun yang lalu.

***

"Hurmm abah setuju kalau kita bercuti. Lagipun kesian dengan anak anak cucu menantu abah dah lama tak holly dengan famili. Lagipun kesian dekat Iman dah lama terperuk kat rumah, minggu depan kita pergi ye Iman." Pujuk Encik Azmin kemudian dahi Iman yang licin mulus dicium penuh kasih sayang.

"Sekarang abah nak Iman tidur. Lewat malam camni tak nak tidur lagi ke anak dara abah yang comel ni ha?" Tegas dia menegur Iman yang masih duduk dihadapan tv sedang melukis.

"Alahhhh abah Iman nak lukis rumah ni. Cantik tak abah pokok Iman lukis? Tadikan Fatia anak Mak Cik Ika tanya Iman. Dia tanya Iman tak nak kahwin ke? Kahwin tu apa bah? Iman tak tahu pula." Soal Iman kepada abahnya.

Tertelan air liur Encik Azmin bila Iman mempersoalkan tentang maksud kahwin. Ishh aku lupa nak suruh si Ika jangan suruh si Fatia sebut pasal kahwin.

  "Aduhhh lah kena jawab juga lah ni." Pening kepalanya ingin menjawab soalan Iman yang tak ubah seperti budak 5tahun yang tidak tahu apa-apa.

"Kahwin tu maksud nya. Hubungan halal antara suami dan Isteri. Setiap gadis yang umurnya dah cukup matang dan sudah memenuhi syarak wajib kahwin. Lumrah lah kalau setiap gadis harus dimiliki oleh sang suaminya macam along dengan kaklong Iman tulah saling melengkapi. Fitrah tu kita tak boleh tolak sayang nanti Allah marah. Dan Allah tidak suka manusia berkahwin sesama jenis. Maka golongan itu golongan munafik dan dilaknat Allah swt." Jelas Encik Azmin sebaik mungkin.

"Ouhh jadi Iman kena kahwin ke bahh? Macam mana Iman nak kahwin kalau Iman kecik lagi kan bah? tapi kenapa badan Iman sama besar badan kakngah bah? Iman nak kahwin lah camtu. Mesti Iman dapat abang hensem macam bakal suami Kak Rynna kan bah?" Soal Iman sambil tersenyum gedik.

"Aishhh kamu ni Iman..dah berhenti melukis pergi naik tidur dengan Kakngah. Kang abah tarik balik pasal percutian ke genting highland." Menggeleng kepalanya melihat telatah Iman seperti kanak kanak...





















To be continued......






Please comment and vote ❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤❤

Iman Mikhael | CWhere stories live. Discover now